CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: joe1983

Berita Roda2 Kehidupan

[Copy link]
 Author| Post time 19-5-2006 07:50 PM | Show all posts
Edisi KL : Dituduh rogol 2 anak kandung

Oleh Meor Riduwan Ahmad

SHAH ALAM: Seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan merogol dua anak kandungnya, masing-masing berusia 13 dan 15 tahun, pada prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh berusia 44 tahun dan tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu antara Januari hingga Mei lalu di rumahnya di Rawang.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 13 tahun, iaitu pada Januari lalu, kira-kira jam 7 pagi, di rumahnya.

Bagi dua lagi tuduhan, dia didakwa merogol mangsa sama pada Februari dan 8 Mei lalu, pada masa dan tempat sama.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan itu di hadapan Hakim Azimah Omar selepas mendengar pertuduhan dibacakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Samihah Rhazali berkata, pihaknya membantah sebarang jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan itu adalah serius dan tidak boleh dijamin.

Beliau juga memberi alasan bahawa mangsa tinggal serumah dengan tertuduh dan dikhuatiri jika dilepaskan, dia mungkin mengganggu mangsa yang juga saksi utama kes itu.

Sementara itu, ketika ditanya hakim, tertuduh memberitahu dia tidak mempunyai wang bagi melantik peguam dan menyerahkan kepada mahkamah untuk urusan itu.

Azimah kemudian menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi melantik peguam.

Ketika dihadapkan di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya, tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun.

Dia dituduh melakukan semua kesalahan itu di rumahnya pada Januari, Februari dan Mac lalu, kira-kira jam 1.40 tengah hari.

Samihah menggunakan hujah sama membantah jaminan dan permohonannya itu dibenarkan hakim yang turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan kes itu.

Bagi keenam-enam tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2006 07:50 PM | Show all posts
Edisi Tengah : Bekas tentera parah ditetak

Oleh Sulaiman Salleh

SEREMBAN: Seorang bekas tentera yang hendak menghubungi seorang rakan di pondok telefon awam, cedera parah di kepala dan tengkuk ditetak sekumpulan perompak di Rasah Jaya, di sini, malam kelmarin.

Mangsa, M Saravanan, 36, dari Kampung Chedang dan bekerja di sebuah restoran di Rasah Jaya berhenti daripada pasukan keselamatan itu kira-kira enam tahun lalu.

Saravanan berkata, ketika kejadian, dia ke sebuah pondok telefon awam untuk menghubungi seorang rakan apabila didatangi dua lelaki bermotosikal dan empat lelaki menaiki sebuah kereta, kira-kira jam 10 malam.

Katanya, seorang daripada lelaki itu berpura-pura bertanyakan satu alamat kediaman tetapi tidak tahu di mana alamat berkenaan.

揝ebaik bercakap demikian, lelaki terbabit terus menetak tengkuk dan kepala serta merentap rantai leher membuatkan saya hampir pengsan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 11:52 PM | Show all posts
Geng Zorro tunjuk belang

Oleh Badrila Jamlus
[email protected]

PUTRAJAYA: Geng Zorro dianggotai empat lelaki dipercayai warga Indonesia kini giat melakukan samun bersenjata di kawasan perumahan sekitar daerah ini, sejak kebelakangan ini.

Ini kerana, kawasan perumahan itu tidak berpagar sekali gus memudahkan perompak memilih sasaran sesuai terutama rumah yang tidak mempunyai kawalan keselamatan, biarpun sedar polis sentiasa melakukan rondakan di lokasi terbabit.

Dalam kejadian Jumaat lalu, empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan pisau mengikat sepasang suami isteri dan seorang pembantu rumah sebelum melarikan wang tunai dan pelbagai barangan bernilai kira-kira RM8,000 di Presint 9, di sini.

Kejadian berlaku ketika semua penghuni rumah terbabit termasuk dua anak lelaki pasangan suami isteri berkenaan sedang tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

Difahamkan, pasangan suami isteri dan orang gaji terbabit diikat tangan masing-masing dengan tali pengikat langsir, manakala dua anak mangsa yang masih kecil tidak diikat kerana tidur nyenyak.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan Mohd Khalil Kader Mohd, berkata kumpulan penyamun mengambil wang tunai kira-kira RM2,000 serta pelbagai barangan termasuk barang kemas, kamera digital dan seutas jam tangan milik suami mangsa bernilai kira-kira RM4,000.

揗angsa yang sedang nyenyak tidur dikejutkan empat lelaki dipercayai rakyat Indonesia bersenjatakan pisau dan parang yang diambil dari dapur mangsa.

揝elepas melakukan rompakan, mereka melarikan diri menerusi pintu belakang dan polis sedang melancarkan gerakan bagi mengesan empat lelaki terbabit yang dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk rumah mangsa.

揃erdasarkan taktik samun dan lari, kami tidak menolak kemungkinan kumpulan penyamun yang sama juga terbabit dalam satu lagi kes samun bersenjata menyebabkan kerugian kira-kira RM8,000 di sebuah rumah lain di Presint 14, Sabtu lalu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 11:53 PM | Show all posts
Samun ala 'James Bond'

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
[email protected]

SUBANG JAYA: Sekumpulan penyamun beraksi ala James Bond| dengan menghimpit dan menghalang kereta seorang pengurus sebuah kompleks komuniti sebelum menyamunnya di sini, beberapa hari lalu.

Empat penyamun menaiki dua kereta itu dikatakan mengepung| mangsa dari depan dan belakang dipercayai selepas mengekorinya sejauh beberapa kilometer.

Selepas berjaya memaksa kereta dinaiki mangsa dan pekerjanya berhenti, dua daripada penyamun yang bersenjatakan parang segera turun dan memecahkan cermin kenderaan lalu merampas beg mengandungi wang tunai RM21,440.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang Selasa lalu, pengurus berusia 54 tahun bersama pekerjanya dikatakan dalam perjalanan memasukkan wang di sebuah bank berdekatan.

揝ebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa dihalang dua kenderaan dinaiki empat lelaki dari arah depan dan belakang.

揇ua lelaki bersenjatakan parang turun dan memecahkan cemin kereta mangsa sambil mengugut agar tidak melawan sekiranya tidak mahu dicederakan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 11:53 PM | Show all posts
Motosikal tak selamat

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin, Siti Aishah Shafiee dan M Thilageswary
[email protected]

GEORGETOWN: Sebanyak 23,100 unit daripada 430,000 motosikal yang didaftarkan di negara ini sepanjang tahun ini dikesan 憈idak selamat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 11:54 PM | Show all posts
6 remaja conteng sekolah direman

Oleh Muhd Izawan Baharin

SEREMBAN: Enam remaja ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian menconteng beberapa blok sekolah dan membakar buku di Mantin, di sini, Rabu lalu.

Semua remaja itu yang dipercayai mempunyai masalah disiplin ditahan di beberapa lokasi sebaik polis menerima laporan berhubung kejadian itu petang semalam.

Difahamkan, selepas seorang remaja daripada kumpulan itu ditahan pengawal keselamatan pada malam kejadian, polis menjalankan gerakan dan berjaya menahan lima lagi rakannya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api di bangunan.

Bagaimanapun, motif kumpulan remaja itu 憁engamuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-5-2006 11:54 PM | Show all posts
Ular Sawa di Stesen Monorel

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu restoran nyaris dibaham seekor ular sawa batik yang digelar orang ramai sebagai 慡awa Stadium Merdeka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 11:55 PM | Show all posts
Kuaters BPR diceroboh

Oleh Ahmad Syahrul Derauh
[email protected]

SEREMBAN: Dua penjenayah berpura-pura mencari seorang lelaki bernama 慉nuar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2006 11:56 PM | Show all posts
Kesal tak sudah

Oleh Nor Hairulnizam Wahid
[email protected]

KUANTAN: 揝aya melakukannya kerana sayangkan dia tetapi kerananya masa depan saya gelap,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 11:57 PM | Show all posts
Tauke terpaku

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Nur Asnawi Daud
[email protected]

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik kedai jam tangan mewah hanya mampu diam terpaku sebaik perompak bertindak meletakkan muncung pistol semi automatik di atas kaca pameran sebagai isyarat memaklumkan kedatangannya untuk merompak.

Dalam kejadian jam 5.10 petang semalam, mangsa bersama seorang pekerjanya kerugian 60 utas jam tangan terutama jenama Rolex bernilai lebih RM1.5 juta akibat perbuatan dua penjenayah licik yang dipercayai anggota 慓eng Rolex
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 11:57 PM | Show all posts
Amah dipukul, campak kolah

Oleh Mohd Fazil Ahmad
[email protected]

ALOR STAR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia nyaris maut selepas dipukul dan dicampak oleh penyerangnya ke dalam kolah yang dipenuhi air di Taman Emas di sini, semalam.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Sukarti, 18, ditemui dalam keadaan terduduk dan terendam serta tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi rumah berkenaan.

Kejadian itu disedari seorang anak majikannya, Lim Wei Chen, 17, yang pulang ke rumah kira-kira jam 10 pagi apabila mendapati pintu pagar serta pintu rumahnya terbuka seperti dimasuki orang.

Mensyaki sesuatu, Lim yang membuat pemeriksaan menemui Sukarti terduduk dan terendam dalam kolah air di belakang rumah serta tidak sedarkan diri.

揚ada mulanya saya ingat rumah kami tidak berkunci ketika keluar berniaga tetapi selepas difikirkan baru saya ingat keadaan pagar dan pintu rumah berkunci ketika keluar pagi berkenaan.

揝aya menemuinya dalam keadaan terendam dan tidak sedarkan diri. Pada mulanya saya menyangka Sukarti sudah meninggal dunia lalu menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 11:58 PM | Show all posts
Derita Noraini berterusan

Oleh Nasir Hassan
[email protected]

KOTA BHARU: Pelajar yang menjadi mangsa cubaan bunuh dan rogol oleh seorang lelaki di sebuah stor di Rantau Panjang, awal bulan lalu, semakin tertekan apabila mendakwa ada pihak merakam gambar dia sedang mandi dengan menggunakan telefon berkamera di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), pagi kelmarin.  

Kejadian itu disedari pelajar berkenaan ketika mandi dan menukar pakaian di tandas perempuan di hospital berkenaan, kira-kira jam 8 pagi

Ibu mangsa, Halimah Harun, 48, berkata kejadian berlaku ketika dia dan anaknya, Noraini Othman, 16, masuk ke bilik air itu untuk mandi dan menukar pakaian sebelum doktor membuat pemeriksaan.

揔etika itu, Noraini duduk di atas bangku sambil saya menjirus kepalanya.

揝aya terkejut bila Noraini menjerit kuat beritahu orang rakam gambarnya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2006 12:00 AM | Show all posts
Datuk Bandar minta seks


WALDRON: Datuk Bandar berusia 72 tahun ditangkap atas dakwaan meminta habuan seks daripada dua wanita sebagai balasan kerana menghalang bekalan air diputuskan.

Seorang wanita berkenaan memberitahu penyiasat dia mengadakan hubungan seks dengan Troy Anderson dari Waldron untuk mendapatkan wang selama lapan hingga 10 tahun, menurut afidavit.

Katanya, minggu ini Anderson membayar kepadanya AS$25 (RM92) setiap kali mengadakan hubungan seks dan AS$60 (RM222) untuk deposit bil air yang lewat.

Dia juga membenarkan mangsa menukar nama pada bil air yang sudah tamat tempoh untuk memastikan bekalan tidak diputuskan.

Februari lalu, wanita berkenaan memakai alat rakaman ketika Anderson mengambilnya untuk mengadakan hubungan seks, kata pihak berkuasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2006 12:00 AM | Show all posts
China haram cecair besarkan payu dara

BEIJING: China mengharamkan sejenis cecair untuk membesarkan payu dara yang sudah pun disuntik kepada lebih 300,000 wanita negara itu selepas mereka mengadu sakit dada sehingga payu dara masing-masing terpaksa dibuang.

Cecair Ao Mei Ding yang dikeluarkan Fu Hua Pharmaceutical Co, diluluskan untuk kegunaan am pada 2000 sebelum ia menyempurnakan ujian yang disyaratkan. Cecair berkenaan digunakan di hospital dan butik kecantikan seluruh negara, lapor akhbar China Daily.

揑a sering memberi kesan negatif dan pengguna turut mengemukakan aduan. Pusat Pemantauan Pentadbiran percaya cecair ini tidak boleh dijamin selamat,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2006 12:02 AM | Show all posts
Wanita rela jadi hamba

LONDON: Polis Britain mengesan satu kumpulan ajaran sesat di sebuah rumah teres di pinggir bandar raya ini selepas menerima laporan seorang wanita Kanada ditahan secara paksa di situ.

Kumpulan itu menjalani kehidupan mereka berdasarkan sebuah novel fiksyen sains yang menganjurkan perhambaan wanita.

Wanita Kanada berusia 29 tahun itu dihantar pulang selepas diselamatkan. Dia memberitahu pihak berkuasa keazamannya meninggalkan kumpulan itu tetapi terhalang kerana membakar pasportnya.

Jurucakap polis berkata, setakat ini tiada kegiatan jenayah dikesan dan mereka yang terbabit dengan kumpulan itu adalah orang dewasa dan secara sukarela.

Polis turut menyiasat dakwaan daripada seorang bapa dari Essex mengenai anak lelakinya berusia 18 tahun yang dilatih sebagai tuan kepada hamba seksnya.

Pegawai polis menemui remaja itu dan berpuas hati dia tinggal dan mengikut kumpulan itu secara sukarela.

Kumpulan itu dikenali sebagai Kaotian, serpihan kumpulan Goreans yang mempunyai 25,000 pengikut di Britain. Mereka menjalani kehidupan berdasarkan siri novel yang ditulis John Norman, nama pena seorang profesor sebuah universiti di Amerika Syarikat, Joh Frederick Lange.

Buku itu mengisahkan kehidupan di sebuah planet bernama Gor yang masyarakatnya dibahagikan mengikut kasta dan wanita pula memegang fungsi hamba.

Populariti buku itu meningkat di internet dengan wujudnya laman sembang dan sesi permainan yang diabadikan kepada dunia fiksyen.

Lee Thompson, 31, yang tinggal di rumah itu menyifatkan dirinya sebagai tuan yang melatih hamba, berkata ahli wanita melakukan kerja memasak dan mengemas, tetapi akur kepada perintah dalam aktiviti seksual.

揝aya selalu dianggap tidak waras, namun saya tidak fikir apa yang saya lakukan jahat,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2006 11:23 PM | Show all posts
Nyaris lumpuh angkara kucing

Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN

KUALA LUMPUR: 揔ami sayangkan 慣ompok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2006 11:30 PM | Show all posts
Hamba abdi syarat dapat permit


KUALA LUMPUR: Sindiket haram dikesan menggunakan taktik baru dengan membawa masuk pekerja asing menggunakan pas pelancongan sebelum dikerah sebagai 慼amba abdi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2006 11:31 PM | Show all posts
Ralat tidak bela anak

Oleh NORAINON OTHMAN

KAJANG: 揝aya kesal. Kalau boleh, saya tidak mahu dia jadi macam saya. Selepas keluar dari penjara, saya ingin jaga sendiri anak saya dan memperbaiki kehidupan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2006 11:32 PM | Show all posts
Pelanggan akhir jadi petunjuk

Oleh ZAINAL ZAWAWI MOHAMED

KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap kes rompakan kedai jam membabitkan kerugian RM1.5 juta di pusat beli-belah Sungei Wang di sini, petang kelmarin, ditumpukan terhadap pelanggan terakhir memasuki kedai berkenaan.

Ini berikutan, dua perompak bersenjata pistol memasuki kedai jam berkenaan sebaik saja pelanggan terakhir itu keluar dan sebelum pintu terkunci secara automatik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Karn Kam Peng, berkata perompak terbabit dipercayai merancang rompakan mereka dengan rapi kerana menyedari kedai jam itu mempunyai sistem kawalan keselamatan canggih.

揚erompak dipercayai menggunakan tangga kira-kira 100 meter dari kedai jam itu untuk melarikan diri selepas melakukan rompakan.

揃agaimanapun, kamera litar tertutup yang dipasang dalam kedai itu berjaya merakam aksi perompak,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2006 11:33 PM | Show all posts
Waris Syafinaz dicari


KLANG: Pejabat Kebajikan Masyarakat Klang meminta sesiapa yang mengenali atau mengetahui latar belakang kanak-kanak malang yang ditemui di Jalan Segget, Johor Bahru, tampil memberikan maklumat bagi membolehkannya kembali ke pangkuan keluarga.

Kanak-kanak terbabit yang hanya memberitahu namanya sebagai Syafinaz, dipercayai berusia antara tujuh dan lapan tahun, ditemui orang awam keseorangan di sebuah bilik pada Januari lalu.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, kanak-kanak itu kemudian dijaga satu keluarga yang bersimpati sementara menunggu jika ada sesiapa datang untuk menuntutnya semula.

揃agaimanapun, baru-baru ini keluarga berkenaan meminta saudaranya di Klang pula menjaga kanak-kanak terbabit atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

揝elepas merujuk kepada JKM, perintah mahkamah diperoleh untuk membenarkan kanak-kanak itu dijaga sementara keluarga berkenaan bagi membolehkan pihak yang berhak dikesan,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.053974 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list