|
or..sbnrnya raja n permaisuri ni xde anak kandung pun..both syakila n arania tu anak angkat..but arania sbnrnya anak kandung raja sape ntah lgi sorg tu (abg raja skrg)..aku pakat lupa dh nama2 watak dlm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iya, daku mengertik. Hapdetnya sebulan sekali, mau tak lupa nama watak2 semua....
|
|
|
|
|
|
|
|
Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
ingatkan ada sambungan...
|
|
|
|
|
|
|
|
jahat tau tron
|
|
|
|
|
|
|
|
padahal tengah busy ngan aweks baru
|
|
|
|
|
|
|
|
awww.... comeynya..
macam nak pijak-pijak je
|
|
|
|
|
|
|
|
lama sudah ku tertinggal cerita ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Wei..npa mkin lma mkin.tak syok?
By the way, aku still baca perkataan. RATU SELLIE dengan perkataa. RATU SELFIE. |
|
|
|
|
|
|
|
10 harkat panjangnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Awat hang pecah rahsia aku?
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks pen, sebab sudi baca. Cerita ni pun lamaaaaaaaaaa tak berhapdet
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab ada rasa macam kureng feel nak mengarang.
Sebab idea ke laut.
Atau mungkin, cerita ni memang tak sesuai dengan citarasa ko?
Pilih ler mana nak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eheh. Si Tron tu pun tak tau dah nak selit kat mana wataknya...
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 41
Kediaman Zaffar
Zaffar mengambil tempat di atas kerusi empuk yang terletak berhampiran dengan pintu beranda. Bersendirian pastinya. Semenjak ditinggalkan Linora, dia tidak pernah terfikir mahu mencari pengganti. Pada dia, semua itu akan menjadi penghalang kepada cita-citanya yang satu itu. Impian yang dipendam sejak sekian lama. Malah sebelum dirinya dilantik sebagai penasihat utama Di Raja. Jawatan yang telah dipegang oleh keturunannya sejak turun-temurun.
Walaupun menjadi orang terpenting dalam urusan pentadbiran Amariya, itu masih belum mampu memuaskan hati dan nafsunya. Dia mahu lebih dari itu. Dia mahukan Amariya! Itulah cita-cita utama sehingga sanggup membelakangkan segala-galanya. Pabila dia berkuasa nanti, semua perkara yang telah dia korbankan, pasti akan datang kembali.
Termasuk perempuan itu...
Kemahuannya untuk memerintah Amariya terlalu kuat. Mati sekalipun, dia akan pastikan Amariya berada dalam genggaman. Kerana keinginan yang terlalu itu, dia memaksa kedua-dua anaknya itu mematuhi segala arahannya. Namun begitu, hati masih pusang. Baik Zamzam mahupun Zuhril, kedua-duanya masih belum menunjukkan kemampuan untuk menjadi pemimpin. Zamzam lebih tegap dan cergas namun perengus. Selalu mengikut kata hati. Zuhril pula lebih pendiam dan cerdas tetapi, hatinya lembut. Lalu, diantara mereka itu, siapa yang perlu dia pilih untuk meneruskan cita-citanya?
Tatkala memikirkan tentang anak-anaknya itu, perihal Puteri Arania pula menjengah minda. Kegeringan Puteri Diraja itu telah menjadi berita dan cerita dikalangan mereka dalam Istana Suriyan. Masakan tidak? Puteri itu tidak pernah gering seteruk itu, sehingga mercau-racau tidak sedarkan diri. Entah kerasukan apa, tabib istana tidak memberikan jawapan.
“Anak Zulkhan berada dekat dengan takhta.”
Kata-kata Judasi tiba-tiba saja terngiang-ngiang ditelinga. Sehingga saat ini, maksud ayat itu belum dapat dirungkai. Dan Judasi terlalu gila untuk didesak.
Zaffar merengus. Judasi kini menjadi satu bebanan. Dia berada dalam bahaya, seandainya rahsia dia menyembunyikan pengikut utama Raja Zulkhan itu terbongkar. Dia dalam bahaya, sekiranya Judasi dijumpai oleh sesiapa. Judasi perlu dihapuskan namun masanya masih belum tiba.
Bunyi ketukan pada pintu kamar sebanyak tiga kali mematikan lamunan. Merasa terganggu, Zaffar merengus. Dia merenung pintu agak lama sebelum membuat keputusan. Perlahan-lahan dia bangun dan menuju ke pintu, lalu dibuka.
“Tuan Zaffar.”
Dia disapa oleh Anding, orang yang diupah untuk menguruskan hal-hal rumah kediamannya. Lelaki itu sudah lama berkhidmat dengannya, semenjak ketiadaan Linora. Anding membuat tunduk hormat.
“Ada apa, Anding?” Soal Zaffar, mendatar.
“Maaf kerana mengganggu waktu rehat Tuan.” Balas Anding, bermukadimah. Zaffar diam. Hanya wajahnya memberikan riak supaya Anding terus berkata.
“Ada tetamu mohon keizinan untuk bertemu dengan Tuan.” Anding bersuara lagi. Kening Zaffar berkerut.
“Katakan pada dia, aku tidak mahu menerima tetamu buat masa ini.” Arah Zaffar.
“Tapi...Tuan...dia berkata ini sangat penting.” Anding berkata lagi apabila melihat Zaffar sudah mahu berpaling. Tidak jadi, lalu Zaffar memandang Anding kembali.
“Suruh saja dia pulang.”
“Tetamu ini datang dari Lembah Keramat.”
Kata-kata dari Anding kali ini menarik perhatiannya. Riak wajah Zaffar bertukar lagi, penuh dengan tanda tanya.
“Apa tetamu ini mahu?”
“Tidak tahu, Tuan. Dia cuma mengatakan, ada urusan penting untuk bertemu dengan Tuan.”
“Suruh dia tunggu di ruang tamu.” Agak lama berfikir, akhirnya Zaffar membuat keputusan.
“Baik tuan.” Anding pantas berlalu.
Tetamu dari Lembah Keramat. Pelbagai soalan mula bertindan dalam kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
tetamu lembah keramat?
hmm..pelbagai persoalan bertindan dalam otak aku...hmm..hmm...hmm...
|
|
|
|
|
|
|
|
no!aku suka cter ni.tpi bila ko dah wat babal flash tu..ohh
aku prefer qi,syakila dan arania..hmm |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|