|
Buat aduan terus di KPT
KUALA LUMPUR: Pelajar yang berasakan ditipu institusi pengajian tinggi (IPT) swasta diminta membuat aduan terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat, berkata pihaknya memandang serius kes IPTS menipu pelajar kerana ia boleh mencemarkan institusi pendidikan negara secara keseluruhannya.
Mengenai kes lima pelajar sebuah IPT swasta di Selangor yang berhenti selepas berasa ditipu berikutan IPT berkenaan tidak mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN), beliau berkata:
揥alaupun membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), itu berkaitan soal kepenggunaan. Namun, mereka juga harus mengemukakan aduan kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana kes ini di bawah bidang kuasa kami.
揚erkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan ia tidak harus berlaku. Kita juga tidak mahu perkara ini terus berleluasa dan lebih ramai menjadi mangsa jika dakwaan itu benar.
揝aya meminta kerjasama pelajar berkenaan supaya siasatan dapat dijalankan kementerian ini dan tindakan sewajarnya diambil ke atas institusi itu jika didapati bersalah, |
|
|
|
|
|
|
|
Tiga tersepit rempuh pokok palma
Oleh ZULIATY ZULKIFFLI
ALOR STAR: Seorang lelaki tergamam apabila melihat sebuah kereta Proton Iswara yang ditimpa sebatang pokok tumbang hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok palma, menyebabkan pemandu kenderaan itu dan dua penumpangnya tersepit.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.10 petang ketika angin kencang serta hujan lebat melanda sekitar bandar raya ini.
Dalam kejadian itu, sebatang pokok palma di depan Muzim Negeri, Lebuhraya Darul Aman, di sini, tumbang dan menghempap sebuah kereta yang datang dari arah pusat bandar raya.
Berikutan itu, pemandu kereta terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh sebatang pokok palma lain di penghadang jalan yang terletak kira-kira lima meter dari tempat kejadian.
Mangsa dikenali sebagai Ahmad Radzai Abu Bakar, 38, (pemandu kereta), Norshita Shaari, 31; dan adik angkat Ahmad Radzai, Che Hayati Mahmud, 26. Mereka berasal dari Pendang dan menyewa rumah di pekan Simpang Kuala, di sini.
Seorang saksi, Krisnan Moorty, 42, berkata dia di belakang kereta terbabit yang datang dari arah sebuah kedai aksesori kereta yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
Katanya, dia tergamam melihat pokok itu tumbang di atas bumbung kereta, menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas dan merempuh pokok lain.
揝aya kemudian turun dari kereta dan mengambil telefon bimbit untuk menghubungi pasukan bomba dan penyelamat bagi mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang tersepit.
揝aya kemudian pergi menghampiri mereka untuk melihat apa berlaku dan mendapati semua mangsa masih hidup serta berlumuran darah, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Minyak urut bawa maut
Oleh Suriati Ali
[email protected]
KUALA TERENGGANU: Kandungan bahan kimia 憈urpentine |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: Jambatan baru undang masalah
Oleh Amir Mamat
[email protected]
MELAKA: Pembinaan jambatan baru berharga RM1.7 juta di Kampung Tambak Bugis, Telok Mas di sini bukan membantu menyelesaikan masalah lalu lintas yang sering dihadapi penduduk, malah menimbulkan masalah kepada mereka.
Selain kecuraman jambatan berkenaan yang dianggap terlalu berbahaya, pembinaan jalan sementara bersebelahan jambatan terbabit juga tidak sesuai kerana terlalu kecil.
Masalah akan timbul sekiranya ada kenderaan seperti kereta atau lori berselisih antara satu sama lain, khususnya pada waktu pagi kerana laluan itu menjadi jalan utama pelajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas.
Turut dibebani masalah itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Wira Amid Nordin yang menghadapi kesulitan ketika melalui jalan terbabit.
Ketika ditemui, Amid meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri melihat semula kesesuaian jambatan berkenaan di samping membaiki serta melebarkan jalan sementara yang dibina di situ.
揝etiap hari lebih 5,000 penduduk yang tinggal di Kampung Bukit Larang, Perumahan Bukit Larang dan Bukit Pegoh menggunakan jalan berkenaan dan menghadapi kesukaran ketika melaluinya.
揃erikutan itu, keselamatan mereka terutamanya kanak-kanak sentiasa terancam dan terdedah kepada kemalangan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Sesat bersama rakan wanita
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
[email protected]
GEORGETOWN: 揝aya sudah banyak kali mendaki bukit di sini tetapi tidak sangka pula boleh tersesat ketika mencari jalan pulang, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan: Hilang sumber pendapatan
Oleh Sahlina Sahkirin
[email protected]
MERSING: Sekeluarga Orang Asli di Tanjung Tuan, dekat sini, mendakwa kehilangan mata pencarian berikutan tindakan pegawai dan penguat kuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor memusnahkan 17 sangkar ternakan ikan air tawar majikannya serta membakar tiga pondok yang dibina di situ, Rabu lalu kerana dikatakan beroperasi secara haram.
Orang Asli berkenaan, Wahab Yusof, 79, berkata lebih 30 penguat kuasa dipercayai dari PTG Johor Bahru datang ke kolam berkenaan kira-kira jam 10 pagi untuk memeriksa kawasan berkenaan.
Menurutnya, pasukan terbabit memotong dawai pukat di kolam berkenaan di enam sangkar ikan baung, dua sangkar ikan ubi, satu sangkar ikan tapah dan lapan sangkar ikan patin.
Katanya, tindakan mereka terhadap sangkar ikan patin yang mengandungi ikan seberat kira-kira 100,000 kilogram dan akan dipasarkan itu menyebabkan kerugian besar.
揝elepas memotong dan melepaskan ikan dari sangkar ke dalam sungai berkenaan serta memusnahkan kolam ikan itu, mereka membakar tiga pondok, dua pondok di kawasan kolam manakala satu lagi di tebing kolam.
揔ami kesal dengan perbuatan pasukan terbabit dan mereka tidak pernah memberikan amaran kepada saya sebagai penjaga kolam berkenaan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Peras bermotosikal
Oleh Rosliza Mohamed
KOTA BHARU: Sekumpulan remaja lelaki yang menggunakan motosikal atau kereta dikesan bergerak aktif melakukan peras ugut di negeri ini.
Dalam kejadian terbaru, seorang remaja berusia 21 tahun menjadi mangsa kepada empat lelaki ketika berada di sebuah kedai di Kok Lanas, kelmarin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Shafie Ismail, berkata sebelum kejadian mangsa membeli barang di sebuah kedai yang kemudian didatangi seorang lelaki tidak dikenali, kira-kira jam 1.15 tengah hari.
Menurutnya, lelaki itu meminta mangsa menghantarnya dengan membonceng motosikal untuk pergi ke Kampung Setek, dekat Kok Lanas.
揔etika dalam perjalanan, mangsa diarah berhenti di laluan agak sunyi dan pada masa sama datang dua motosikal dinaiki tiga lelaki lain dan mangsa dipaksa menyerahkan RM130 dan telefon bimbit supaya tidak dicederakan kumpulan lelaki terbabit, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: Mengalah remaja
Oleh Sulaiman Salleh
[email protected]
SEREMBAN: Peratusan saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap golongan dewasa berumur lebih 30 tahun di negeri ini didapati semakin meningkat berbanding remaja.
Ketua Bahagian Penguat kuasa dan Pendakwaan JPJ negeri, Abdul Manaf Salleh, berkata peningkatan saman itu membimbangkan pihaknya.
Katanya, masalah itu boleh mempengaruhi golongan remaja mengikut perbuatan yang dilakukan golongan dewasa itu.
Beliau berkata, sebelum ini, JPJ hanya mengeluarkan saman antara 10 hingga 20 peratus kepada golongan dewasa berbanding 40 peratus sekarang.
揔enderaan yang cukai jalan dan insurans sudah tamat tempoh akan menghadapi masalah jika berlaku sesuatu kemalangan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan: Dua lelaki samun pusat tuisyen
Oleh Ibrahim Isa
[email protected]
JOHOR BAHRU: Dua perompak berpura-pura mencari dua kakitangan sebuah pusat tuisyen di Taman Molek di sini, sebelum merompak premis terbabit, Rabu lalu.
Dua lelaki itu yang dipercayai sudah memerhatikan pusat tuisyen berkenaan sejak beberapa hari sebelum kejadian, menunggu tiga kakitangan bersarapan, sebelum menaiki tangga dan mengetuk pintu sambil menanyakan nama seorang kakitangan pusat tuisyen terbabit.
Pengurus pusat tuisyen berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, 33, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, dua lelaki berkenaan pada mulanya datang ke pusat tuisyen itu dan menanyakan nama seorang kakitangan yang bertugas di situ.
揇isebabkan pintu itu berkunci dari dalam, kakitangan yang ada terpaksa membuka pintu berkenaan sebelum dua lelaki terbabit merempuh masuk ke dalam premis kami.
揝ebaik memasuki premis itu, dua lelaki itu kemudiannya mengeluarkan parang panjang yang tersembunyi di bahagian belakang badannya dan meminta kerani menyerahkan rantai emas bernilai RM700 dan gelang emas bernilai RM1,000, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Diserang depan rumah
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
KAJANG: Seorang jurufoto sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris lebam hampir seluruh badan selepas diserang seorang lelaki yang mendakwa kerani syarikat guaman menggunakan topi keledar, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa mendakwa didatangi lelaki tidak dikenali itu di rumahnya di Sungai Long, di sini.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Law, 37, berkata lelaki terbabit yang menaiki motosikal Modenas Kriss berhenti di hadapan pintu pagar rumahnya sebelum memanggilnya keluar.
Menurutnya, lelaki itu kemudian memberitahu ingin menyerahkan dokumen penting kepada mangsa, namun enggan dilayan kerana ragu-ragu dengan identitinya.
揕elaki sekitar 30-an itu sebaliknya bertindak biadap dengan membaling dokumen itu ke rumah saya sebelum melarikan diri tanpa mengambil motosikalnya.
揋elagat aneh lelaki itu menyebabkan saya cuba mengekori dan mengarahkannya mengutip semula dokumen yang dibaling itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Nota mohon maaf suami
Oleh Zuliaty Zulkiffli
[email protected]
ALOR STAR: 揝uami meninggalkan nota memohon maaf dan meminta saya menjaga anak-anak kami dengan baik sebelum dia menghilangkan diri dari rumah, Januari lalu.
揝aya bimbang jika sesuatu berlaku terhadapnya kerana dia seorang suami yang baik dan tidak mempunyai masalah dengan sesiapa, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Datuk, nenek khalwat
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
[email protected]
GEORGETOWN: Gelora nafsu tidak pernah mengenal usia apabila pasangan yang layak digelar datuk dan nenek dicekup selepas disyaki berkhalwat di sebuah hotel murah di sini, dalam satu serbuan, semalam.
Pasangan kekasih berusia 50-an itu ditemui dalam keadaan memalukan apabila pasangan lelaki ditemui hanya menutup tubuh dengan kain selimut tanpa pakaian manakala wanita terbabit memakai baju tidur.
Pemeriksaan menerusi 慜ps Sejuk Dinihari |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Mangsa gigitan kucing kian serius
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
SHAH ALAM: Seorang suri rumah yang hampir lumpuh kesan jangkitan kuman dalam air liur daripada gigitan kucing peliharaannya Rabu lalu, dilaporkan kian serius apabila kaki kirinya membengkak semula sehari selepas menjalani pembedahan.
Mangsa, Roziah Razali, 38, sebelum ini menjalani pembedahan kecemasan jam 5 petang Jumaat lalu bagi mengeluarkan nanah dan darah kotor yang dipercayai disebarkan melalui kuman dalam air liur kucing terbabit.
Suami mangsa, Joha Pie, 41, berkata keadaan isterinya tidak banyak berubah berbanding tiga hari lalu walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan.
Menurutnya, selepas menjalani pembedahan Jumaat lalu, bengkak pada kaki kiri Roziah yang digigit dan dicakar kucing itu dilihat kembali susut.
揘amun hari ini (semalam) kaki isteri saya kembali membengkak termasuk di bahagian yang menerima enam jahitan sebelum ini.
揗ulanya saya sangkakan Roziah dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor hari ini (semalam), namun dengan perkembangan terbaru ini, dia terpaksa terus ditahan di wad untuk rawatan lanjut, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Geng Kontena larikan daging beku
KUALA LUMPUR: Kumpulan penjenayah dikenali Geng Kontena turut membawa sebuah kepala trailer semata-mata untuk melarikan kontena bermuatan 1,400 kotak daging kerbau beku bernilai RM130,000 milik Ramly Burger, di Kawasan Perindustrian Mewah, Cheras, di sini, 9 Mei lalu.
Geng Kontena sanggup membawa kepala trailer itu kerana tidak mahu dikesan pihak berkuasa ketika dalam perjalanan ke lokasi rahsia untuk menyorokkan daging yang dicuri itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Superintendan Ramli Mat Arshad, berkata penjenayah kemudian melarikan kontena dengan muatan berkenaan ke sebuah pasar borong, di sini, untuk disimpan dalam peti sejuk milik seorang daripada mereka.
揗ereka mengangkut 984 kotak daging kerbau beku itu ke dalam peti sejuk di sebuah premis perniagaan milik seorang anggota mereka.
揗ungkin kerana peti sejuk berkenaan sudah penuh atau tiada tempat lain untuk menyimpannya, penjenayah meninggalkan baki 171 kotak daging dalam kontena itu yang ditinggalkan di tepi jalan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: CVT specialist ubah nasib Fazly
Oleh Basri Basir
KANGAR: Penderitaan remaja berusia 14 tahun yang tidak mampu menikmati makanan keras seperti rakan sebayanya ternyata menyentuh hati seorang doktor yang menguruskan sebuah pusat rawatan alternatif, di sini.
Ini berikutan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Tengku Sulaiman, di sini, Fazly Ahmad tidak seperti rakan sebaya kerana hidupnya hanya bergantung kepada makanan bayi.
Namun sejak sebulan lalu, kesihatannya bertambah baik dengan kehadiran Dr Che Manis Saad yang sudi mengambil Fazly sebagai anak angkat kliniknya dan memberi rawatan percuma.
揊azly anak angkat kelima pusat rawatan ini dan dia diberi rawatan percuma. Kita bersyukur semua anak angkat yang sebelum ini mendapat rawatan di sini sembuh daripada penyakit yang dihidapi.
揝elain prihatin penyakit yang dihidapi Fazly, kami juga yakin dapat merawatnya supaya mampu menikmati makanan seperti orang lain, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Pelajar sah dicabul bukan rogol
Oleh Erywan Norshal
KOTA BHARU: Polis mengesahkan dakwaan termasuk menerusi satu surat misteri seorang pelajar tingkatan tiga dirogol atendan sebuah hospital di Pasir Puteh, adalah tidak benar.
Pemeriksaan polis terhadap pelajar terbabit mendapati tiada kesan koyakan pada kemaluannya sekali gus membuktikan dakwaannya dirogol adalah tidak wujud.
Bagaimanapun, siasatan awal polis mendapati remaja berkenaan dipercayai dicabul atendan terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Razalli Mohd Yusof, berkata oleh kerana tiada kesan luka pada kemaluan pelajar itu, pihaknya terpaksa menjalankan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Oleh itu, katanya, polis berharap mana-mana pihak yang tidak berpuas hati termasuk menuduh pengurusan hospital sengaja `menutup kes |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan: 2 das peluru tersasar
Oleh Saipul Adli Mohamad
[email protected]
JOHOR BAHRU: Tindakan nekad seorang peniaga buah-buahan dan pemandunya cuba mengejar tiga perompak, nyaris membawa padah apabila mereka ditembak kumpulan lelaki terbabit dalam kejadian rompakan di i Taman Kim Teng Baru, Jalan Tebrau, di sini, petang semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, peniaga berusia 60-an itu dan pemandunya bernasib baik apabila satu atau dua das tembakan yang dilepaskan kumpulan perompak bersenjatakan pistol itu tidak tepat mengenai sasaran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata sebaliknya, peluru itu mengenai bahagian tepi sebelah kiri kepala pemandu berusia 49 tahun itu manakala peniaga berusia 60an itu tidak cedera.
揚eniaga terbabit dikatakan dalam perjalanan untuk melawat seorang rakan di taman berkenaan sebelum kereta BMW dinaiki mereka dihalang sebuah Proton Waja yang melintang di tengah jalan manakala sebuah motosikal berada di belakang Proton Waja itu.
揟iga lelaki termasuk dua daripadanya memakai topi keledar dengan bersenjatakan pistol kemudian menyerbu kereta BMW berkenaan untuk merompak peniaga terbabit.
揗engikut saksi, berlaku tarik menarik merebut beg dipercayai berisi wang tunai antara perompak terbabit dengan salah seorang daripada kedua-dua mangsa sebelum perompak terbabit berjaya melarikan diri dengan sebuah van, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Angkara Ninja Indon
Oleh Syed Abdullah Syed Nordin
KUANTAN: Empat lelaki dipercayai warga Indonesia yang menutup muka ala ninja melarikan kereta dan barang kemas RM7,000 milik seorang peneroka Felda Selancar Tiga, dekat Rompin, awal pagi kelmarin.
Empat lelaki yang dipercayai bersenjatakan parang itu dikatakan memecah masuk rumah mangsa selepas mengumpil pintu dapur, kira-kira jam 3 pagi.
Mangsa, peneroka sepenuh masa berusia 40 tahun itu dikejutkan ketika sedang tidur oleh seorang daripada empat penyamun terbabit sebelum diikat bersama isteri dan anaknya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Ahmad Noordin Mustaffa, berkata dalam kejadian itu, mereka sekeluarga dikurung dalam sebuah bilik tetapi tidak dicederakan.
揗angsa hanya melepaskan diri kira-kira dua jam selepas kejadian dan membuat laporan polis di Balai Polis Cenderawasih, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Penolong kanan bawa guru ke bilik hotel
LANGKAWI: Seorang guru penolong kanan sebuah sekolah menengah di Perlis dicekup kerana disyaki berkhalwat dengan pasangannya di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Padang Mat Sirat, di sini, Sabtu lalu.
Guru lelaki berusia 45 tahun yang beristeri dan mempunyai empat anak itu mendakwa mengenali guru dari sekolah sama berusia 27 tahun itu sejak setahun lalu.
Difahamkan, mereka pergi ke pulau berkenaan untuk menyambut perayaan Hari Guru peringkat negeri pada 20 Mei lalu.
Ketika ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Langkawi (Jail), lelaki itu menipu dengan mendakwa bekerja sebagai ejen jualan langsung manakala pasangannya bekerja sebagai tukang jahit di Arau, Perlis.
Bagaimanapun, selepas Jail menerima laporan daripada orang awam dan menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, didapati pasangan terbabit adalah guru di sebuah sekolah menengah di Arau.
Penolong Pegawai Penyiasat Jail, Abdul Halim Adam, berkata pasangan itu ditahan jam 1.30 pagi di sebuah bilik hotel yang disewa lebih RM200 semalam selepas menerima maklumat orang awam.
Beliau berkata, sebelum itu, lima pegawai penguat kuasa diketuai Pegawai Operasi, Saiful Aswad Kasa pergi ke hotel mewah berkenaan untuk membuat pemeriksaan.
Katanya, sebaik tiba di bilik yang disyaki, pihaknya mendapati pintu ditutup dan berkunci manakala bahagian dalam bilik itu didapati gelap.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita yang berbaju tidur membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.
揝ebelum itu, wanita terbabit mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuka pintu kerana dia dipercayai menyembunyikan beg pakaian milik pasangannya di dalam bilik air.
揚emeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki yang berbaju-T dan seluar panjang berbaring di atas sofa kayu dan berpura-pura tidur, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Nasional: 'Saya pun marah'
Oleh Manan Samad
[email protected]
PUTRAJAYA: 揃ukan saja perempuan, saya pun marah. Mana boleh macam tu, kasihan isteri dan anak-anak, |
|
|
|
|
|
|
| |
|