amik dr komen dalam satu blog
zack said...Somebody kepada somebody said yang di negara kita ni memang ada kota-kota lama yang boleh dikatakan sebagai lost world dan ketamadunan yang hilang, malahan ada yang mengaitkannya dengan Atlantis dan juga ketamadunan Lemuria yang hilang. Kaji mengenai letak duduk Mount Ophir yang dikatakan sebagai tempat Nabi Sulaiman A.S menyimpan emas/mendapatkan emas semasa zaman pemerintahan baginda dan letaknya Mount Ophir itu adalah di Gunung Ledang, Johor.
Kebanyakan kota-kota ini terletak di tempat yang sangat sukar dijangkau oleh manusia, malahan ada kota-kota ini yang tersembunyi oleh pandangan mata kasar (bab ni depend kat korang nak percaya atau tak, kalau nak tahu lanjut boleh rujuk orang tua-tua yang tahu kisah ni). Ada jugak ketamadunan yang tersembunyi dalam ‘perut gua’ yang dikatakan sebagai nenek moyang kepada suku kaum asli hari ni. Ada tok batin pernah open cerita masa aku buat operasi dan dia cabar kalau aku boleh menyelam dalam ‘perut gua’ selama 5 minit dia akan bawak aku masuk satu lubang pintu dalam air yang boleh tembus ke satu tempat yang dikatakan sebagai kota asal nenek moyang mereka.
Well, kepala otak aku dah pikir nak pakai sub-tank oksigen tapi awal-awal tok batin tu dah kata kalau nak pakai ‘balang angin’ jangan masuk sebab lubang cuma muat untuk badan sorang manusia. Jadi aku cancel je la cadangan tu dan 3-4 tahun lepas tu masa aku masuk operasi sekali lagi aku dapat tahu tok batin tu dah mati. Rasa melepas dan agak frust pun ada sebab kenapa la kan aku tak mintak tok batin tu tunjuk tempat, sekurangnya aku tahu tempat nak masuk tu!
Cuba korang pikir, zaman sekarang kita banyak fokus pada kota-kota yang ada atas darat. Macam mana dgn kota yang tersembunyi macam tu. Yes, the secret finally buried with tok batin punya jasad.
Somebody to somebody also said, ada kota ketamandunan yang disembunyikan pihak kerajaan dan dikawal ketat oleh ATM. Kat mana? Well, tunggu la aku dah betul-betul clean dari nombor yang ada kat badan ni, boleh la aku cerita kat korang. Maaf ye, aku masih ‘diikat’ dengan kod ‘rahsiakan rahsia negara’. tamat cerita dongeng, nak percaya boleh, tak percaya pun boleh. aku on..
ini komen dari kawan saya di sebuah blog,kalau cik sri berminat..saya boleh tolong aturkan komunikasi dengan..kebanyakkan mereka adalah "indiana jones" malaysia.
zack said...Baik. Oleh kerana dah mendapat respon daripada Tuan admin blog sendiri(bukan admin misticfiles) maka saya akan bukakan sedikit selimut mengenai rahsia Piramid.
Saya akan ceritakan secara kasar, siapa yang dapat tangkap apa yang saya maksudkan ni maka beruntunglah kamu. Saya nak buka banyak-banyak mungkin agak bahaya. harap difahami beberapa kekangan ke atas diri saya.
Baik, apa kata kita lakukan satu simulasi eksperimen. Ambil satu tudung saji, timbuskan saja dengan tanah dan biarkan di persekitaran rumah anda. kemudian perhatikan tudung saji yang sudah ditimbus tu dalam masa 4-5 bulan..setahun..dua tahun. Well apa akan jadi pada timbusan tadi. Ditumbuhi dengan rumput-rumput dan lalang dan akhirnya akan kelihatan sama dengan kawasan sekitar, cuma bentuknya sahaja yang kelihatan sedikit tinggi berbanding yang lain.
Baik sekarang cuba bayangkan satu binaan yang lebih besar dari itu, mengalami perubahan dalam masa yang sangat lama dan apatah lagi dalam keadaan cuaca tropika. Pastinya banyak pokok-pokok yang tumbuh dan akhirnya ia kelihatan sama seperti bukit bukau di sekitarnya sehinggakan piramid itu tersembunyi.
Kenapa Piramid di Mesir tak jadi macam tu. Ya, Cuaca.. Iklim Padang pasir dan iklim tropika adalah sesuatu yang berbeza. Balik semula kepada kisah tudung saji tadi, anda akan faham apa yang saya maksudkan. Tanah kering dan tandus, adalah berbeza dengan tanah yang lembap dan subur.
Ni yang saya cerita ni agaknya di mana ya? China? Jepun? Myanmar? Indonesia? Thailand? bukan…bukan di situ. tapi di SINI.
Di mana letaknya? Dalam Hutan? Semestinya dalam hutan. Hutan mana? Luas kan hutan di sini. Letaknya di sempadan dua negeri yang hutannya tersangat tebal dan dara. Oh di mana ya? Sudahlah tu, bro semua ambil benih ni dan tanam ia. Semoga ketemu yang dicari nanti.
ini adalah copy-paste dari komen rakan saya di sebuah blog ketenteraan..beliau mungkin berpangkat kolonel dalam sebuah unit elit khas ATM..cerita soal piramid ini timbul apabila kami sibuk membincangkan tentang kota2 lama british di tengah hutan malaysia serta kubu2 bawah tanah komunis,dan kolonel ini membuka cerita bahawa goverment sedang melindungi kota2 purba dari pengetahuan umum..sebab itu saya kesini untuk meminta pendapat coz seperti ada pertalian je cerita kolonel tu dengan blog ni. June 12, 2012 11:23 PM
|