CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akubukangrunge

Novelis Ramlee Awang Murshid (RAM)

   Close [Copy link]
Post time 16-10-2009 08:38 AM | Show all posts
1400# mijot
alahai Cik Izzati Hamizah,
aku ada. Cuma xsempat nk masuk forum. Agak bz ngn keje n projek.
Ok, pasal 9Nyawa tu nnt aku reservedkn utk ko.
Tp byr double tau. service charge! uhuhuhuhu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 12:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by hafieza at 16-10-2009 12:08

1395# attokz


wah..
tq² so much for da info..

ala..nk mntk tlg blikn leh x..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 12:06 PM | Show all posts
wah, dh masok web tu..
baca skit je mcm dpt feel citer tu 'power' jek..
x saba nyeeeeeee..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 12:08 PM | Show all posts
yes..tajuk buku Sunan 4 is 'Cinta Sufi'..

x saba btol laaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 05:03 PM | Show all posts
1401# attokz


hohoho...terukla satu forum dh tau nama aku
ok nnt dh dpt 9nyawa roger kt aku,aku bank in duet..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 05:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by attokz at 16-10-2009 17:09

1404# hafieza
Heh! mmg la tajuk camtu. Tp tajuk sementara je.
Tp xbyk citer pasal sunan. More pada haryani..
upppsss! uhuhuhuhuhuh!
Kalo nak tau lebih lanjut, korang tunggu la.
Bwk bsbr byk-byk tau. Meh la lepak ngn Abg RAM kalo nak tau hint.
hahahahahaha!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2009 05:15 PM | Show all posts
1405# mijot
Alamak Mijot! Maafla. AKu tersebut nama penuh ko. Ala, ayah ko Pakcik Baharum tu dh bg nama cantik..bg la penghargaan sket. Eh, aku tersebut plak nama ayah ko mijot..Gulp! Sori tau..maafkan aku penunggu gua!
Muahahahahahaahahaa!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 05:25 PM | Show all posts
1406# attokz oo..tajuk semntara..ingt dh finalised..huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 10:19 PM | Show all posts
ooo Cinta Sufi ka ... Bila kan kuar ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 03:51 PM | Show all posts
makna nyer RAM akan kuar 2 buku - 9 Nyawa + Cinta Sufi
perghh x bis lagi cite Laksamana Sunan
bagus2 .....
mmg ku minati Laksamana Sunan ...... {:2_76:}
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 11:25 PM | Show all posts
wow...ade lg rupanye sambungan bagaikan puteri nih ek?? x melalut- lalut ke nanti??
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 11:27 PM | Show all posts
macam manapun, aku akan try beli dua-dua novel nih nanti ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 12:16 PM | Show all posts
aku pon nak bli gak..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 04:28 PM | Show all posts
utk geng-geng yg nak hint psl 9 Nyawa tu...nah, aku bg korang hasil tulisan Abg RAM sendiri (kredit utk blog Kelab RAM).

Oleh Ramlee Awang Murshid
Angka 9 mempunyai makna yang berbeza pada persepsi setiap orang. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya paling takut kalau mendapat angka 9 pada setiap subjek peperiksaan. Angka 9 sebagai tanda kekalahan atau gagal. Ia paling mendukacitakan. Mujurlah saya mendapat angka 2 untuk sastera dan angka 4 untuk Bahasa Malaysia.

Manakala nyawa pula adalah ‘takungan kehidupan’ pada setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini atau mana-mana makhluk yang tidak terlihat oleh mata kasar. Walhal hakikatnya...pada akhirnya nanti...hanya ALLAH sahaja yang akan kekal abadi apabila sangkakala pertama ditiupkan Malaikat Israfil. Hatta...Malaikat Izrail yang ditugaskan mengambil nyawa juga akan turut mati.

Semakin dewasa...kerap terdengar mengenai kucing yang dikatakan memiliki 9 nyawa. Saya mendengarnya sekian lama namun langsung tidak singgah di benak untuk difikirkan. Sehinggalah satu hari...anak saya Muhammad Aizuddin mengatakan bahawa kucing mempunyai 9 nyawa. Bertitik tolak daripada itu, saya mula memikirkannya untuk dijadikan sebuah novel.

Alhamdulilah...novel 9 Nyawa telah selesai dan saya serahkan kepada editor Alaf 21 pada minggu pertama bulan Syawal. Sebenarnya cerita itu boleh ditamatkan pada akhir penghujung ramadan. Bagaimana pun...saya melengah-lengahkannya untuk mencari satu penamat yang tragik. Ia dinoktahkan dengan hukuman mati di Penjara Cipinang Jakarta yang dilaksanakan sepasukan regu penembak.

9 nyawa berkonsepkan drama. Ia mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan. Intan Suryani yang menghidap sakit jantung dipercayai ibunya Azizah memiliki 9 nyawa. Kerap kali menghadapi maut namun ajalnya masih bertahan menunjang jasad. Intan Suryani tetap bernyawa sehinggalah suatu ketika dia terperangkap dalam kehidupan antara hidup dan mati iaitu koma.

Hakim pula dapat mendengar suara Intan Suryani yang bernyawa dalam keadaan halimunan. Tragedi ini berlaku di Singapura. Antara dua kehidupan tidak menghalang untuk Hakim membantu Intan Suryani. Hanya berdasarkan suara sahaja tidak menghalang ‘mata hati’ itu untuk melihat kebenaran. Hakim yang cacat penglihatan juga menggunakan ‘mata hati’ untuk melakukan kebaikan.

9 nyawa saya sifatkan tidak terlalu ganas dari aspek tindakan watak-wataknya. Ia berkonsepkan drama yang mementingkan ‘cara penceritaan’ berbanding ‘tindakan’. Apa pun...9 nyawa masih dalam bentuk thriller. Menumpukan aspek pengorbanan yang seharusnya dilakukan secara tulus ikhlas. Percayalah...kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Kejahatan pula pasti akan menerima hukuman. Ia dasar biasa dalam aspek penceritaan tradisional mahu pun masa kini. Yang ingin saya tekanan di sini adalah...’Mata Hati Tidak Pernah Berdusta’. Salam hormat...insya-ALLAH...jumpa lagi dalam CINTA SUFI.

Antara dialog yang dikekalkan dalam CINTA SUFI nanti adalah seperti – ‘Maukah kamu mendengar tawaranku?’ dan ‘Sebagai manusia...aku sayang padamu’.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 06:02 PM | Show all posts
bila nak kuar...x sabar2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 01:13 AM | Show all posts
salam.

novel RAM dh menang 4 anugerah kan? satu lagi sy tak dpt nak recall

1. Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
2. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
3. Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah

Satu lagi?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2009 09:49 AM | Show all posts
1416# loversickgirl
Sebenarnya Abg RAM menang 6 anugerah (tambahan yg sudah sedia ditulis)...ini infonya :

1. Anugerah Sastera Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut
2. Anugerah Sastera Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pan
3. Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (Tempat-3)

Semoga jelas dan maklum. Doakan agar ada anugerah lagi utk karya Abg RAM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 11:04 PM | Show all posts
1416# loversickgirl  
Sebenarnya Abg RAM menang 6 anugerah (tambahan yg sudah sedia ditulis)...ini infonya :

1. Anugerah Sastera Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut
2. Anugerah Sastera Sa ...
attokz Post at 21-10-2009 09:49


insyaalah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 08:17 PM | Show all posts
saya tambah lagi satu --> Hadiah Tinta Sastera Sabah utk prolifik penulis Sabahan.. alamak lupa tanya tahun bila!

erkk.. semalam saya baru g rtm, temubual En. RAM utk tesis saya. tak sangka pula beliau nihh sgt kelakar... dalam busy2 pon sempat lagi layan saya tanya soalan hehe.. cool!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 11:46 AM | Show all posts
1419# loversickgirl
Ahh...orang tua ni kalo awek yg jumpa dia, confirm dia layan punya. Hahahahaha!
Erk, ko buat tesis tajuk apa ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.315585 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list