CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: srumut

Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 1-11-2008 02:10 PM | Show all posts
Laporan Keputusan/Preview Match 3 LCX Premier Khamis jam 4.30 ptg / 30/10
5 perlawanan lagi berlangsung bagi pasukan LCX Premier khamis lalu
Keputusannya:

pacubob united   2 -  Changloon FC 3
Changloon FC memperolehi kemenangan pertama apabila mengutip tiga mata penuh di padang majlis daerah apabila berhadapan dengan pasukan pacibob united. Agak mendukacitakan bagi pasukan tuan rumah setelah mendahului 2-1 melalui jaringan Armand Le Morvan(16) dan Vicente Oronozo(47) apabila pasukan pelawat memberikan aksi terbaik mereka selepas 2 perlawanan dengan Kaya K鰏eoglu mucul wira menjaringkan gol kemenangan di minit 92 masa kecederaan. 2 gol lagi dari pasukan pelawat juga menerusi Kaya K鰏eoglu(86) dan Ozan 謟tonga(35). Padang majlis daerah  juga menyaksikan dua kad kuning dikeluarkan oleh pegawai perlawanan kepada pasukan tuan rumah dan satu kad merah untuk Ozan 謟tonga dari pasukan Changloon FC.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Vicente Oronozo      
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Sait Ercan
Changloon FC bakal berkelana sekali lagi untuk bertemu pasukan testituFC dan sekali lagi bakal menuntut aksi terbaik dari mereka bilamana tesitituFC juga pastinya memburu kemenangan sulung musim ini. Manakala pasukan pacubob united pula bakal berhadapan Nasri Kawase FC di HanJiHye Stadion. Kecederaan dua  pemain barisan hadapan dan seorang pemain barisan belakang pasukan mereka pastinya menyukarkan misi pacubob united bagi menebus kekecewaan pada perlawanan lalu.

Nasri Kawase FC 0 -  KaCak FC  0
Tiada gol terhasil di HanJiHye Stadion bila pasukan tuan rumah terikat tanpa jaringan 0-0 apabila melayan kunjungan pasukan KaCak FC. Perlawanan dilihat seimbang dengan masing-masing mempunyai tiga peluang terbaik bagi merobek pintu gol lawan.Empat kad kuning dilayangkan oleh pegawai perlawanan menyaksikan tiga kepada pasukan tuan rumah dan satu kepada pasukan pelawat.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah:Pascal Authier      
Pemain Terbaik pasukan pelawat:Vin韈ius Ourique
Nasri Kawase FC bakal menanti kunjungan pasukan pacubob united dan kecederaan penyerang sensasi mereka Th閛dore Celle pastinya merumitkan usaha mereka bagi meraih tiga mata. Manakala pasukan KaCak FC pula bakal menanti kunjungan pasukan CFC Koben di ol trapod. Perlawanan pastinya sengit.

testiruFC 1 - Rocky FC1
Perlawanan di stade de blueblanch  menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata apabila terikat 1-1 hingga tamat permainan. Pasukan terlebih dahulu mengejutkan pasukan pelawat apabila dianugerahkan sepakan penalti tiga minit sebelum babak pertama berakhir dan disempurnakan dengan baik oleh penjaring terbanyak mereka Ognjen Bare. Di babak kedua, pasukan testiruFC cuba mempertahankan kelebihan satu gol namun sekali lagi pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti dan kali ini kepada pasukan Rocky FC yang disempurnakan oleh Alastair Breckin pada minit 67 bagi mengikat kedudukan 1-1 hingga tamat perlawanan. Hanya1 kad kuning dilayangkan kepada pasukan tuan rumah oleh pegawai perlawanan sepanjang 90 minit masa permainan.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Dejan Bulajic
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Tyrone Birch
Pada perlawanan empat nanti, testituFC bakal menanti kunjungan pasukan Changloon FC dan pastinya mereka akan mengasak habis-habisan bagi meraih tiga mata pertama untuk musim ini.Manakala penyandang juara Rocky FC bakal menanti kunjungan pasukan Saja Saja F.C di Sungai Penchala.

Saja Saja F.C 1  -  Saro FC  3
Pasukan tuan rumah gagal mengutip mata di laman sendiri kali ini apabila mereka tumpas 1-3 kepada pasukan pelawat. Pasukan Saro FC mendahului dua gol di separuh masa pertama menerusi jaringan Luis de Souza Deco(14) dan gol sendiri oleh pemain pertahanan pasukan Saja Saja F.C, Jean-Paul Berthou minit 42.  Pasukan tuan rumah kembali mengasak di babak kedua dan hasilnya mereka menjaring satu gol menerusi Jacques Raoux(71) Bagaimanapun gol menerusi sepakan percuma minit 95 oleh pemain tengah pasukan Saro Fc Sheldon McCaffer berjaya menerjah jaring menamatkan sisa-sisa perjuangan pasukan tuan rumah. Tiga kad kuning dilayangkan oleh pendagil perlawanan dengan satu kepada pasukan tuan rumah manakala dua buat pasukan pelawat.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah:Jacques Raoux
Pemain Terbaik pasukan pelawat:Ming-Hui Mu
Aksi seterusnya pasukan  Saja Saja F.C bakal berkunjung ke Sungai Penchala bagi bertemu penyandang juara dua musim berturut-turut Rocky FC. Tugas getir menanti mereka di sana Manakala Saro FC bakal menanti kunjungan korr fc di Stamford Bridge.

CFC Koben 2- korr fc 1
Perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan ternyata pasukan tuan rumah lebih dominan menguasai bola di tengah padang. Pada minit 24 menyaksikan  pasukan CFC Koben di depan menerusi rembatan jauh penyerang sensasi mereka, Harun Akinci minit 24 sebelum jaringan pemain tengah korr fc Baltazar Martim minit 41 berjaya mengikat kedudukan pada babak pertama. Bagaimanapun tandukan Sadi Karahan pada minit 55 memisahkan kedua pasukan dengan memberi 3 mata mutlak kepada pasukan tuan rumah. TIADA kad dilayangkan dalam perlawanan tersebut.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Harun Akinci
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Baltazar Martim
Pasukan CFC Koben bakal berkunjung ke ol trapod bagi bertemu pasukan KaCak FC dan sekiranya dilihat dari prestasi terkini, CFC Koben tidak ada masalah untuk meneruskan aksi cemerlang di gelanggang lawan. Bagaimanpun Cabaran pasukan KaCak FC yang berjaya mengikat pasukan Nasri Kawase FC di tempat lawan tidak boleh dipandang ringan apatah lagi beraksi di laman sendiri nanti. Bagi korr fc, sekali lagi mereka bakal bermain diluar Giggsy lane apabila bertandang ke Stamford Bridge bagi bertemu pasukan Saro FC.

Semua pengurus pasukan Premier berehat dihujung minggu bagi menyaksikan aksi EPL

[ Last edited by  srumut at 1-11-2008 02:12 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2008 07:52 AM | Show all posts
lama tak login, apa dah jadi ngan tim aku ha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2008 07:30 PM | Show all posts
nama baru tim perunding atur fc --> Airod FC
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 12:05 AM | Show all posts


REVIEW MATCH 3 DIVISION 1

sekulakitaFC- darulaman fc 5

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 12:15 AM | Show all posts


PREVIEW MATCH 4: LCX DIVISION 1 (3Nov 2008)
Pundit undangan: masih lagi Stif McMeehoon

DonTOugh FC - Atomic FC
Setelahtewas ditmpat lawan mnntang TrueBlue FC, DonToogh kembali ke gelanggang sendirimenanti kunjungan Atomic FC. Dgn rekod 1 win,1 draw,1 loss.. DonTough memilikikelebihan dlm perlawanan ini, kerana 1 win yg mereka peroleh setakat ini adalahat home (lwn Team Kuku Cekam 3-0) manakala Atomic masih belum beroleh sebarangkemenangan musim ini. Bahgian serangan Don Tough perlu dirombak semulaberdasarkan agak layu dlm perlawanan lepas, Formasi 3 penyerang utk DonTOugh FCjuga tampak tidak berhasil apabila penyerang2 tersebut masih belum menemuisentuhan gol setakat ini,dan berharap kpd pemain tgh utk mnjaringkan gol pdperlawanan menentang Team Kuku Cekam. Selain perlawanan itu,tiada sebarang goldihasilkan oleh pasukan Don. Atomic FC yg bolos 4 gol dlm perlawanan lepas,perlu berhati2 dan mengukuhkan lg pertahanan, selain mereka juga perlumgharapkan pemain serangan mereka utk menemui sentuhan gol secepat mungkin, danberharap penyerang termahal mereka dgn skill=8, Dennis Loviste utk kembalibermain setelah sideline akibat kecederaan.
Ramalan: DonTough 0-1 Atomic FC (Denis Loviste menjaringkan gol kemenangan)

Negro United- sekulakitaFC
Perlawananmenarik, kedua2 pasukan on-form setakat ini dgn tuan rumah, Negro United kekaltanpa kalah manakala Sekulakita FC setelah tewas dlm perlawanan pertama,bangkit dlm perlawanan kedua dan ketiga, dengan 2 kemenangan berturut2. Namunbg Sekulakita FC, ini adalah perlawanan pertama mereka beraksi ditempat lawan,dan ujian buat pasukan bimbingan Thegmail08 ini,yg dijangka akan menurunkanskuad yg lebih defensive, penyerang Alex Pavia pasti akan diturunkan selakupenyerang utama, namun adakah Thegmail08 berani mengekalkan trio penyerangnya?dijangkaPavia digandingkan dgn Sid Fuentes. Persoalan yg sama juga kepada Epitome,adakah Negro United berani mengekalkan corak positif 3-4-3 yg berhasil minggulalu? Penyerang utama Christophe Sarazin beraksi cemerlang namun Noel Vannieryg mghasilkan 2 gol tersebut.Kelemahan utama Negro United adalah apabila akanberaksi tanpa 2 tonggak pertahanan, veteran Author Maupin dan Yves Commes, danagak sukar jika Epitome mahu mengekalkan 3 person defence. Pemain2 tgh NegroUnited akan menjadi kunci kepada perlawanan ini, sekiranya dpt membantupertahanan dan mengikat pemain tgh Tino Moreno yg telah pun menyumbang 2 assistsetakat ini. Sekulakita FC pula dilihat tiada masalah, namun barisan pertahananyg diketuai Ulrich Yildiz perlu focus dan serius thadap gandinganSarazin-Vannier.
RAmalan: Negro United 1-2 Sekulakita FC (krisis kecederaan pertahanan too costly for home team)

Team KukuCekam - darulaman fc
Setelahmengikat pendahulu liga KBM 1-1, Team Kuku Cekam menerima kunjungan pasukanterbawah liga, darulaman FC di stadium.
DarulamanFC yg tewas 2x berturut2, selain bolos 5 gol bg tiap perlawanan itu, Kedua2team yg baru dipromotedkan ini, dlm last season match, berkesudahan dgn pasukantuan rumah menang 1-0 hasil gol pemain tgh Elvin Norris. Pemain ini yg cederadlm perlawanan lepas, dijangka akan kembali menguatkan jentera tgh Team Kuku Cekam.Tuan rumah sudah pasti akan meneruskan aksi gigih dan teamwork yg tinggi utkmenundukkan darulaman FC , dgn penyerang Stu Armstrong, yg tiap kali bekerjakeras,walaupun tanpa gol lagi,telah pun menyumbangkan 2 assist. Darulaman FCakan beraksi tanpa pakar sepakan jarak jauh dan free kick, Frankie Flack, ygdigantung akibat menerima kad merah. Darulaman perlu menguatkan lagi barisanpertahanan dgn bermain lebih defensive, dan dijangka Gk, Bebeto Kaka akankembali menjaga gawang.
Ramalan:Team Kuku Cekam 1-0 darulaman FC (extra advantage for home team)

K.B.M - TrueBlueFC
KBM, selakupasukan pilihan, akan turun menerima kunjungan TrueBlue FC, tanpa penyerangskill=8, GAetano Galante yg cedera dan akan menerima kembali pemain tgh veteran,Baas Van Huijksloot yg pulih. Pasukan ini terus memberi sandaran kepada satu lgpemain veteran, Stephan Davids utk memacu pasukan, Walaupun KBM dgn selesamendahului liga, tp secara amnya, pasukan ini dilihat masih sedang dlm prosesrebuilding oleh pengurusnya Zulz Legend yg mengambil alih daripada Moist. Pemainmuda 19thn, Jejaka Berbakat yg kelihatan begitu berpotensi,telahpun dijual dgnharga 4 838 064 econs, selain GK, Erik van Schoonhoven turut dijual. Penyerangskill=5 , Ties Hofstede turut dijual, menjadikan penyerang skuad setakat ini cuma3 orang. KEtiadaan GAlante, dilihat memaksa Zulz Legend menggunakan penyerangmuda 19 tahun skill=4, Tana Umaga utk bergandingan dgn Panayotis Poulios ataumenggunakan formasi 4-5-1 dgn Poulios selaku lone striker. Pasukan TrueBlue FCtidak menghadapi sebarang unavailable players, dgn captain, Nari Lotti danMazzi akan menerajui serangan, and Marazzina mnjadi midfield general mereka.
Ramalan: KBM 1-1 TrueBlue FC (another drop points from KBM)

asyik kalahfc - kg boy fc
kedua2pasukan ini bertemu, terikat dgn 3 mata, hasil satu kemenangan. Kekuatanseimbang bg kedua2 pasukan, dan pengurus Aku76 dan Ctaz pasti lega apabilapemain utama mereka, Moya dan Harlander yg cedera dlm perlawanan lalu, pulihdan akan beraksi esok. Tuan rumah pasti akan recover semula setelah ditewaskandgn gol last minit oleh Negro United, dan beraksi pada pertama kali di tempatsendiri, kosentrasi bhgian pertahanan dan serangan yg berkesan penting utkmemastikan penyokong2 di asyik kalah FCarena akan berpuas hati. Sistem 5-4-1yg diadapt oleh Asyik Kalah FC agakdefensive dan setakat ini cuma dapat 1gol pada setiap perlawanan,dan memberikan beban yg berat buat Harlander utk mnjaringkangol. Selain itu, support dari midfield terutamanya dari Bernd Knoch dan barangkalipemain skill=7, Robert HOlzer patut diberi peluang lagi utk menunjukkankemampuan. Nilai kerjasama yg tinggi Kg Boy FC dijadikan kunci utk pasukanpelawat utk meraih sebarang mata dlm perlawanan kali ini. Gandingan Gomez danMista dijangka akan berterusan memberi aksi yg baik, namun persembahanCaupolian Moya menjadi tunjang pasukan. Kemampuan pertahanan Kg Boy yg telahmelepaskan 7 gol setakat ini bakal diuji lagi dan AKu76 pasti akan merangkastrategi khas utk barisan pertahanannya.
Ramalan: asyik kalah 2-0 Kg Boy FC (pertahanan Kg Boy FC perlu diperkasakan)

[ Last edited by  Rocky_balboa at 3-11-2008 12:27 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 12:12 PM | Show all posts
Thks ROcky... Player2 aku xde yg hebat2..harapkan kerjasama ant mereka jerk
berpeluh btemu team power KBM ptg ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2008 05:43 PM | Show all posts

Reply #1546 ibujarikaki's post

waaaa...tim ko memang hebat la...cam chelsea la plak...menang pon sebijik jek..

apa da hal...asal menang kan...heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by Rocky_balboa at 3-11-2008 12:15 AM
http://hosting07.imagecross.com/image-hosting-th-07/6239forecast.png

PREVIEW MATCH 4: LCX DIVISION 1 (3Nov 2008)
Pundit undangan: masih lagi Stif McMeehoon

DonTOugh FC - Atomic FC
Setelah ...



hehehe...sori...ramalan mu salah blaka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 05:46 PM | Show all posts
Originally posted by Don Henley at 3-11-2008 05:43 PM
waaaa...tim ko memang hebat la...cam chelsea la plak...menang pon sebijik jek..

apa da hal...asal menang kan...heheh...






tim aku pun menang sebijik gak...

celsi gak la tim aku ekk....

sib baik tim aku  tak seri...kalau idak musti ko menang judi tadik kan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 05:51 PM | Show all posts
Originally posted by Don Henley at 3-11-2008 05:44 PM



hehehe...sori...ramalan mu salah blaka...






tu la penting ada ramalan....aku suka....
lih jugak aku pakai utk main judi.......huhuhu


bila org ramal tim hg kalah...jadi hg lih ubah ramalan tu, dgn perbaiki taktik sampai hg lih menang
.....haha....berguna tu DOn..berguna...

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 06:28 PM | Show all posts
Originally posted by Don Henley at 3-11-2008 05:43 PM
waaaa...tim ko memang hebat la...cam chelsea la plak...menang pon sebijik jek..

apa da hal...asal menang kan...heheh...

Zam Changloon ckp jelmaan chelsea
tak sangka lak ble mng lawan KBM..aku main blasah jerk..
entah ler....cma taktik menjadik kot..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 06:40 PM | Show all posts

Balas #1551 ibujarikaki\ catat

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 07:58 PM | Show all posts
aku kaloh lagik...turun dibisen balik jwpnyer....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by neo-painkillerz at 3-11-2008 05:46 PM




http://img295.imageshack.us/img295/7280/r6veqrvxnz2.gif

tim aku pun menang sebijik gak...

celsi gak la tim aku ekk....
sib baik tim  ...



heheh...aku memang letak ko seri w/pon 12 penjudi len ltak ko menang...
pasal aku tk konpiden ngan tim ko...hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 08:46 PM | Show all posts
Originally posted by pacubob at 3-11-2008 07:58 PM
aku kaloh lagik...turun dibisen balik jwpnyer....



masa masih panjang bob...

tp kalo ko turun dibisen...aku la plak naik dibisen...heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 08:47 PM | Show all posts
Originally posted by ibujarikaki at 3-11-2008 06:28 PM

Zam Changloon ckp jelmaan chelsea
tak sangka lak ble mng lawan KBM..aku main blasah jerk..
entah ler....cma taktik menjadik kot..



ada harapan naik liga premier tuh kalo prestasi dikekalkan...

psst...kito jgn kasik negro utd naik...jumpo nnt kito blasah...hahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by Don Henley at 3-11-2008 05:44 PM



hehehe...sori...ramalan mu salah blaka...


tp ramalan ku utk dennis loviste score tepat skali ..muahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by Don Henley at 3-11-2008 08:47 PM



ada harapan naik liga premier tuh kalo prestasi dikekalkan...

psst...kito jgn kasik negro utd naik...jumpo nnt kito blasah...hahaha...

tapi ari tu , tim neh dah titik tim trueblue
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 09:43 AM | Show all posts




ala...sesapa yang kat dibesen satu tu....next sezen temankan jer tim aku kat dibesen 2 ni...

cam nak mintak permenant jer dok dibesen 2 ni...
aku nak buat hatrik kejuaran liga dibesen 2...jadi kena stay sini la....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by epitome at 4-11-2008 09:08 AM

tapi ari tu , tim neh dah titik tim trueblue

tim aku tak kuat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.098926 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list