|
Good job! |
|
|
|
|
|
|
|
jgnlah cik yah speku bukan... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung
x sabar dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya sambung jugak....nak lagiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam pagi Jumaat semua... |
|
|
|
|
|
|
|
cik yah dah bangun pagi belum nie |
|
|
|
|
|
|
|
apa sambungan che yah dan che mamat? |
|
|
|
|
|
|
|
Minta maaf semua
Keadaan tak mengizinkan kaka juna sambung buat sementara waktu
Insyaallah cik yah n mamat kembali dalam pertengahan bulan Jun
Terimakasih kerana sudi baca n komen |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu...lamanya nk kn tungu |
|
|
|
|
|
|
|
sang_arjuna posted on 20-5-2014 11:37 PM
Minta maaf semua
Keadaan tak mengizinkan kaka juna sambung buat sementara waktu
Insyaallah cik ya ...
lamanyanya. nanti maklum pula selepas Ramadan. kacawanyaa
|
|
|
|
|
|
|
|
sang_arjuna posted on 20-5-2014 11:37 PM
Minta maaf semua
Keadaan tak mengizinkan kaka juna sambung buat sementara waktu
Insyaallah cik ya ...
k amb la masa ..akan sabar menanti
|
|
|
|
|
|
|
|
alaaa..lamanya takde hapdet |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
lama tak jumpa
....................................................................................................................................................
Bab 13
Mak Jah baru meletak mangkuk berisi sambal tumis ikan bilis di tengah meja bila Datuk Ahmad Zaki masuk ke ruang makan. Berkeletang bunyi sudu Azalea yang terjatuh. Tok Ibu mengurut dada sambil berdecit.
“ Isk .. isk… terkejut Tok Ibu!”
“ Sorry… maaf, Tok Ibu. “ Azalea tunduk mengutip sudu dari lantai. Tak sanggup rasa nak bersemuka dengan lelaki tua hipokrit miang keladi. Depan keluarga sungguh hebat lakunannya sebagai suami dan bapa mithali.
“ Mana Aki pergi, dah lama mak tak jumpa. ” Tok Ibu bersuara.
“ Pergi Jakarta, mak. Awal pagi tadi baru balik. Hmm… sedap bau nasi lemak Mak Jah. “ Datuk Ahmad Zaki menceduk nasi dan sambal ke pinggan dan mula menjamu selera.
“ Kinah mana? Tak sarapan ke?”
“ Dia masih ada di Perth dengan Along. Tengah lepas rindu dengan cucu. Mungkin lusa baru balik. Mak bila sampai?”
“ Dah lama dah. Entah berapa hari, Mak pun tak ingat. Sunyi saja rumah ni, nasib baik ada Yah nak layan Mak. Baik menantu kamu ni, Aki”
“ Yah? “ Datuk Zaki mengangkat kening. Sejenak kemudian dia tersengih. Mesti mak susah nak sebut nama Azalea.
“ My new nickname” Azalea senyum segaris.
“ Muaz tak turun breakfast? Lea sihat?” Datuk Zaki merenung menantunya yang sedang menguis nasi lemak. Macam tak ada selera, takkan cepat benar lekat selepas pembedahan appendiks. Tapi kalau betul, Alhamdulillah.
“ Sihat, Papa. Muaz ada kat bilik, kejap lagi dia turun. ” Aib suami kena jaga. Muaz tengah hangover, entah pukul berapa nanti baru bangun. Nasib baik dia bukan jenis pemabuk yang muntah muntah, kalau tak aku dah cabut pergi tidur di rumah Kerina atau di hotel.
“ Mamat selalu bangun lambat. Macam mana rezeki nak masuk? Aki kena tegur Mamat tu. Keluar masuk sesuka hati, balik rumah jauh malam. Mak tengok dia tak ada disiplin.” Tok Ibu membetulkan cermin mata.
Azalea memadamkan tawa yang terletus. Kelasss kau Tok Ibu! Sebijik macam guru besar menegur guru tentang anak murid nakal.
“ Mak, cucu mak tu dah besar. Dah ada isteri pun. Takkan Aki nak tegur dia macam budak kecil.”
Takkan bapak ketam nak ajar anak ketam jalan lurus, ya dak? Bapa borek anak rintik. Azalea menyapu mentega ke roti wholemeal kemudian meletaknya atas piring Tok Ibu. Dia sudah arif dengan makanan kegemaran Tok Ibu. Wanita itu tak suka makanan manis kecuali aiskrim dan koktel buah, makanan yang susah di dapati ketika zaman Jepun katanya. Sejak Tok Ibu tinggal bersama, Azalea sudah menjadi pakar sejarah zaman Perang Dunia Kedua. Dah boleh tulis novel sejarah atau skrip filem ala ala Pearl Harbour atau Embun. Sedih juga bila Tok Ibu pulang ke kampung hari ini. Beg pakaiannya di bawa turun oleh Miskiah.
“ Nasib baik Mamat dapat isteri yang sabar macam Yah. Kalau perempuan lain, mesti dah bising. Teruk betul perangai Mamat sekarang. Dulu dia tak macam ni. Ini semua mesti pasal kawan dengan budak tak senonoh” Tok Ibu terus membebel sambil mengunyah roti.
|
|
|
|
|
|
|
|
“ Bila Lea mula kerja?” Bapa mertuanya menukar topik. Pedih telinga bila di tegur oleh ibu sendiri seolah dia tidak pandai mendidik anak.
“ Besok. “ Muka nya tidak di angkat dari pinggan nasi lemak.
“ Lea nak sambung kerja di Prima Group macam biasa? Tak nak tukar tempat kerja? Papa tengah cari PR manager untuk rangkaian hotel Papa. Manager sekarang dah tender resignation sebab nak pergi Switzerland ikut suami dia. “
Azalea menggeleng. Lagi trauma hidup aku, 24 jam bersama Keluarga Si Mamat yang penuh skandal.
“ I am happy with my job. Nanti kalau kerja dengan company Papa, mesti staf lain kata nepotisma.”
“ Peduli lah apa orang nak kata. Its my company, our family company. Kalau Lea buat kerja dengan baik, tak ada siapa berani cakap belakang. We are professional in our work. Papa tak paksa tapi I will give you a very good offer. Papa nak discuss dengan Lea nanti”
“Not now lah Papa. Lea sayang tempat kerja sekarang.”
Suasana berubah hening. Datuk Zaki memandang tajam pada menantu nya. Ada sesuatu yang tak kena, Azalea enggan bertentang mata dengannya.
Tok Ibu meneguk kopi dan mengelap mulut. “ Mana beg Tok Ibu? Tok Ibu nak balik dah”
“ Beg Tok Ibu ada dalam kereta. Tok Ibu nak balik sekarang? Tak nak tunggu Mamat turun?” Azalea segera memimpin tangan wanita itu. Sunyi kalau Tok Ibu tiada. Biarpun baru jumpa, tapi dia dan Tok Ibu dah “ bonding".
“ Hummpph.. tak payah lah, dah lambat ni. Aki kena tegur Mamat tu. Entah entah sembahyang Subuh pun terlajak. Lagi satu, jangan lupa balik kampung hujung bulan ni, anak Zainal nak kahwin. Ajak semua sekali datang, Mamat, Yah, Qay. Dah lama keluarga Aki tak balik. “
“ Ya, Mak. Memang kita semua nak pergi kenduri anak Zainal. Mak jaga diri baik baik. Jangan lupa makan ubat.” Datuk Zaki mencium tangan ibunya. Azalea menyusul keluar bersama Tok Ibu.
“ Papa, Lea nak keluar jumpa kawan.” Baik aku ambil peluang untuk lesap sepanjang hari. Kerina pun tengah free, sekurangnya dia boleh jadi tempat luahan masaalah aku.
“ Tunggu kejap, Papa nak cakap sikit. Jom kita pergi study room” Nada Datuk Ahmad Zaki yang tegas membuat Azalea menghentikan langkah. Kasut ballerina flats French Sole di tanggal semula.
Pintu di sebelah bilik tidur utama di buka dan Azalea masuk ke bilik studi buat pertama kali. Dindingnya di penuhi dengan rak buku. Meja kayu mahogany berada di satu sudut dan bertentangan dengannya terdapat sofa tiga berangkai. Sehelai sejadah terbentang mengadap kiblat. Azalea rasa kekok , seolah berada dalam ruang peribadi pengarah syarikat. Kena tunggu di pelawa duduk atau buat macam rumah sendiri?
“ Duduklah. Ini ofis Papa di rumah. Bila Papa letih melayan kerenah orang, Papa bawa balik kerja. Di sini Papa boleh concentrate. Anyway, I will get straight to the point. Macam mana hubungan Lea dengan Muaz?”
Muka Azalea terasa panas. Apahal orang tua ni nak tahu kisah dalam selimut aku dengan anak dia? Pervert!
“Huh? Kenapa Papa nak tahu?” tingkahnya
“ Sorry, bukan Papa nak busybody pasal private life anak menantu Papa. Sebenarnya, Papa risau pasal Muaz. Di ofis dia tak dapat tumpukan perhatian. Papa hampir rugi besar sebab dia cuai. “
Memang pun Muaz selalu mengelamun, kalau dia tidak cari pasal dengan aku. Ada masaalah mental atau pun tengah angau, teka Azalea.
“Entah lah, Papa. Muaz tak pernah discuss pasal kerja dengan Lea.”
“ Papa tahu susah untuk Lea mendekati Muaz. Lea dengan Muaz tak pernah berkenalan, apa lagi bercinta. Tapi Papa dan Mama tahu Lea gadis yang baik dan pilihan yang tepat untuk Muaz. Tengok, Tok Ibu pun bukan main sayang kat Lea. Lea cubalah ambil hati Muaz. Apa kata Lea dengan Muaz pergi honeymoon? Spend time together, treat him nicely. Papa gerenti Muaz akan jatuh hati. I want my son to have a happy marriage and a stable life.”
Azalea senyum sinis “ You can bring a horse to the water, but you cannot make it drink. Papa mesti pernah dengar pepatah Inggeris itu kan? Papa dan Abah yang nak kita kahwin. Okay, kita dah kahwin tapi Muaz tak suka Lea, Lea pun tak suka Muaz. Kami sama sama tak bahagia.”
“ Kita kena bertolak ansur dan saling memahami dalam setiap hubungan. Bukan semua perkahwinan sempurna tapi kita kena bekerja keras untuk membahagiakan pasangan supaya rumahtangga kita berkekalan. Macam your parents, macam Papa dan Mama juga”
Patutlah Papa kaki kelentong yang berjaya, pandai betul dia menyusun kata. Bak kata orang, boleh jual peti ais pada Eskimo. Sheeesh! Ingat aku tak tahu rahsia dia?
“Betul ke Papa dan Mama bahagia?” Azalea bertanya dengan wajah bajet suci. Muka Datuk Ahmad Zaki berkerut.
“ Yes, I think so. Kita dah berkahwin lebih 30 tahun. Mama banyak berkorban untuk Papa dan keluarga. Dulu dia seorang akauntan dengan Ernst and Young, tapi dia berhenti kerja untuk besarkan anak sebab Papa terlalu sibuk dengan business. Lepas anak anak dah besar, barulah dia kerja semula sebagai consultant di company Papa.”
“ Dan Papa balas jasa Mama dengan berkahwin lagi sorang” sembur Azalea. Amarahnya sudah tidak terbendung lagi. Gasaklah kalau aku kena halau dari rumah ini. Lagi bagus!
“ What are you talking about?” Roman Datuk Zaki seolah ingin menelan menantunya. Urat di pelipisnya berdenyut.
“ Untuk pengetahuan Papa, Lea kenal Faten Zahira. Lea jumpa dia semalam di One Utama. Lea nampak dengan mata sendiri dia naik kereta Jaguar Papa yang di pandu oleh Rashid. Pandai Papa sembunyi dia di Jakarta. Tahniah kerana berjaya menipu isteri yang sudah banyak berkorban.” Azalea menepuk tangan perlahan.
Datuk Ahmad Zaki melepaskan keluhan dan meraup muka. “ Its not what you think. Biar Papa terangkan cerita sebenar”
Dan cerita itu membuat jiwa Azalea berkocak dengan pelbagai emosi… sedih, benci, marah, simpati. Mega blockbuster Bollywood pun tak berbelit macam ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
yeayy....cik yah is back...next... |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada sambungan!
best2
|
|
|
|
|
|
|
|
yeah... sayang TT... sukanya dpt baca pasal che yah ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|