CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] SPM 2013: 13,970 dapat semua A, teramai dlm sejarah SPM

[Copy link]
Post time 21-3-2014 07:39 AM | Show all posts
machiko posted on 21-3-2014 06:56 AM
Bak kata kawan aku, ramai pelajar zaman ini yang lebih rela mati daripada berfikir.

That last  ...

dah kamu itu cikgu tuisyen, dibayar untuk suap budak kan? huehuehue
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2014 07:53 AM | Show all posts
chazey posted on 20-3-2014 04:56 PM
Melampau dah tu tak tahu Melaka di mana. Dapat soalan bocor ka ataupun A itu milik cikgu2 yang ber ...

Kalau nak tgk samada students kita benar benar pandai atau tak, kena tgk performance dlm peperiksaan GCE A levels, Internstional Baccalaureate... Sebab yg tu kertas sama di pakai semua negara satu dunia
marking pun lebih telus

tapi makcik tgk memang ramai students kita yg dapat score terbaik utk A Levels n IB, cuma corot dari Singapore lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 07:57 AM | Show all posts
Muntz posted on 21-3-2014 07:38 AM
Zaman aku dulu, A tu tak dikira. Pakai pangkat jah. Tapi kalau dpt 9A1, mmg dah kira taraf agung l ...

Mesti ko ni baya baya makcik
Top student sekolah makcik dulu pun 7A1 gak ...masa tu maximum 8A je kalau skool biasa
tapi best student tu mmg terror lah... Skrg jadi partner Big 4 accounting firm kat Oz, dah migrate sana
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 08:43 AM | Show all posts
Innrukia posted on 20-3-2014 10:55 AM
Kenapa terlalu ramai dpt A? Adakah scale markah diturunkan? Dulu nak dpt B pun susahhhhhh.
Sorry s ...

bukan..skang teknologi dh maju bukan mcm dulu..cara pembelajaran pun lain...so budak2 skang mmg bykla y pandai..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
cheeky_meal posted on 21-3-2014 08:43 AM
bukan..skang teknologi dh maju bukan mcm dulu..cara pembelajaran pun lain...so budak2 skang mmg by ...

Pandai jwb exam aja... Problem solving & analitikal skill out.... Semua kna suap hatta graduate U yg 4 flat.
Pengalaman interview 4 flat grad... Dia marah kami interviewer sbb taktau universiti dia antara top 5 u kat us hahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 08:55 AM | Show all posts
Innrukia posted on 21-3-2014 08:49 AM
Pandai jwb exam aja... Problem solving & analitikal skill out.... Semua kna suap hatta graduate U  ...

hahaha..dia xpk ke ada kau kisah ke..hik3..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2014 08:55 AM | Show all posts
kalau korang kutuk2 cerca 13,970 orang yang dapat straight A ni

apa agaknya kau nak kata kat adik-beradik, sedara mara,anak buah
yang tak dapat straight A ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 08:58 AM | Show all posts
sbb mmg bdk2 ni pndi...atau sbb soklan kacang nk mampos...
time aku dulu ...jenuh study...siang mlm
cukup mkn jek aku dpt  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2014 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ringcat posted on 21-3-2014 08:55 AM
kalau korang kutuk2 cerca 13,970 orang yang dapat straight A ni

apa agaknya kau nak kata kat adik ...

Bagi tau depa score exam bkn segalanya. Yg penting improve aspek lain @ focus kemahiran diri. Bidang technical mcm goreng pisang panas kat market even cuma sijil.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 09:04 AM | Show all posts
pandainya budak2 sekarang..time aku dulu pangkat 2 aje pun dah besyukur gila..siap buat kenduri lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 09:06 AM | Show all posts
iza_yuss posted on 20-3-2014 12:19 PM
aku rase camtu lerr....

sbb yg pergi IPT ni, sendu tau....

setuju...nama je ramai..
tapi kualiti nan hado jew..
bukan ke ckp2 katanye spm soalan bocor thn ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 09:07 AM | Show all posts
ifanonline posted on 20-3-2014 05:58 PM
sebab tu i rasa people quality is lacking in malaysia, budaya 'high class mentality' ni kurang...b ...

jangan lupa:-
>disogokkan lagi dengan segala macam hiburan..
>cerita cinta time maghrib..
>makbapak nak pastikan anak cukup didikan agama, terpaksa kuar duit hantar sekolah agama pulak selepas balik sekolah kebangsaan -itu untuk yang berduit.. kalau orang biasa?..
>bla bla bla
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2014 09:21 AM | Show all posts
STF sekolah berasrama penuh terbaik

JOHOR BAHRU 20 Mac - Sekolah Tun Fatimah (STF) muncul sekolah berasrama penuh (SBP) terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 apabila mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 0.84 mata dengan 21 pelajarnya mendapat keputusan A+ (Cemerlang Tertinggi) dalam semua mata pelajaran diambil.

Pengetuanya, Kamisah Aziz, 52, berkata, ia yang terbaik dalam sejarah sekolah tersebut dan pihaknya berharap mampu mengekalkan momentum kecemerlangan berkenaan.

"Sebagai pengetua, pastinya saya berbangga dengan pencapaian murid sekolah ini kerana mereka sudah saya anggap sebagai anak sendiri.

"Kejayaan 21 pelajar mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran juga merupakan kejayaan manis berbanding hanya seorang tahun lalu," katanya yang berharap prestasi cemerlang itu dapat diteruskan.

Selain STF, antara sekolah lain di negeri ini yang turut mencatatkan keputusan SPM 2013 membanggakan adalah Sekolah Menengah Sains Johor dengan GPS 1.54 mata diikuti Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, 1.65 mata.

Salah seorang pelajar STF yang berjaya mendapat keputusan 10A+, Qistina Syasya Maslan, 18, mengakui tidak mempunyai rahsia tertentu, sebaliknya hanya memberi tumpuan sepenuhnya ketika di dalam kelas.

"Saya sebenarnya tidak menjangka akan mendapat keputusan seperti ini kerana bukanlah seorang pelajar yang terlalu memberi fokus kepada pembelajaran sepenuh masa.

"Bagi saya, apa yang penting adalah tumpuan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran serta diskusi bersama rakan-rakan sekelas sebagai cara mengulang kaji," katanya yang bercita-cita menjadi akauntan suatu hari nanti.

Seorang lagi pelajar sekolah tersebut yang mencatatkan keputusan 10A+, Fatin Farhana Ali Badron, 18, pula amat teruja dan gembira dengan keputusan yang diperoleh.

"Perasaan saya bercampur gembira, teruja, terharu dan amat bersyukur dengan keputusan diperoleh ini. Kejayaan ini adalah hasil dorongan daripada ibu bapa dan guru-guru.

"Saya sebenarnya tidak menjangka akan mendapat keputusan seperti ini kerana tidak mempunyai rutin pembelajaran khusus selain memberi tumpuan sepenuhnya sewaktu sesi pembelajaran," katanya yang merupakan anak pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM).


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 09:23 AM | Show all posts
Mcm senang sangat nak dapat byk2 A.  Tertanya2 gak diorang ni memang pandai ke, or cuma pandai menjawab soalan exam je.  Are they street smart as well?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2014 09:23 AM | Show all posts
Keputusan SPM terbaik


PUTRAJAYA 20 Mac - Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 merupakan yang terbaik dalam tempoh lima tahun berdasarkan indeks nilai Gred Purata Nasional (GPN).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, nilai GPN pada tahun ini ialah 4.93 mata berbanding 5.34 mata pada 2009.

Beliau berkata, jumlah yang memperoleh semua gred A (Cemerlang) juga menunjukkan peningkatan iaitu seramai 13,970 calon dengan 11,892 daripadanya merupakan calon sekolah kerajaan manakala 2,078 calon pula sekolah persendirian.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 405 calon berjaya mendapat gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

"Jumlah yang memperoleh semua gred A lebih baik berbanding pada 2012 iaitu sebanyak 13,720 dengan peningkatan 0.05 peratus.

"Pada tahun ini, seramai 442,588 calon menduduki SPM berbanding 441,542 pada 2012 dengan penurunan sebanyak 1,046 calon," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2013 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khair berkata, dalam SPM 2013, mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai wajib lulus sebagaimana Bahasa Melayu bagi melayakkan calon mendapat sijil.

Berikutan itu, sejumlah 378,490 calon layak mendapat sijil berbanding 402,859 pada tahun sebelumnya dengan penurunan sebanyak 24,369 calon.

Walau bagaimanapun, katanya, penurunan jumlah calon layak mendapat sijil bukan hanya disebabkan mata pelajaran Sejarah sebaliknya berdasarkan keseluruhan prestasi semua mata pelajaran mengikut nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).

"Berdasarkan GPMP, prestasi 61 mata pelajaran meningkat manakala 46 mata pelajaran menurun dan hanya satu subjek kekal prestasinya berbanding 2012.

"Walau bagaimanapun kesemua subjek teras meningkat kecuali Matematik yang menurun dengan 4.99 mata berbanding 4.91 mata tahun lalu," katanya.

Mengulas lanjut, Khair berkata, peningkatan calon luar bandar lebih tinggi berbanding pencapaian calon bandar sekali gus jurang pencapaian antara kedua-dua kawasan itu mengecil sebanyak 0.01 peratus mengikut nilai GPN.

Tambah Khir, SPM 2013 juga menyaksikan lapan calon berkeperluan khas mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) membuktikan semua calon tanpa mengira kekurangan mereka berpeluang untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM.

"Kementerian menggunakan khidmat pakar pentaksiran luar negara yang terlibat dalam SPM 2013 antaranya Cambrige International Examinations (CIE), United Kingdom bagi memastikan peperiksaan yang dikendalikan kami mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Pakar pentaksiran terlibat berpuas hati dengan proses pembinaan instrumen pentaksiran, pemeriksaan skrip jawapan calon dan penentuan standard yang telah dilaksanakan secara profesional dan memiliki kredibiliti tinggi.

"Kesemua proses tersebut menepati ciri-ciri piawaian pentaksiran pendidikan bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan keputusan peperiksaan adalah tinggi," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 09:23 AM | Show all posts
schababe posted on 21-3-2014 09:06 AM
setuju...nama je ramai..
tapi kualiti nan hado jew..
bukan ke ckp2 katanye spm soalan bocor thn  ...

akak rase la kan, sokmo bocor .... repeating the same story forever..... haha

cikgu predict soalan keluar je kot.... pastu the form of questions lebih kurang same jek.... pulak tu yg buat tu cikgu2 tu jugak.... boleh aje nak bocorkan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2014 09:46 AM | Show all posts
pandai budak2 skrg
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 09:55 AM | Show all posts
Manala tak banyak A..C3 pun dah ditukar jadi  A-..kalau result aku convert sekarang pun mau 8A  jugak
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 10:14 AM | Show all posts
Tahniah utk anak dpt  straight's A utk semua peperiksaan utama zaman  persekolahan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 11:39 AM | Show all posts
makin susah lah nak masuk u. haishh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.090697 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list