|
[Tempatan]
Peniaga bumiputera tidak mampu lawan Suria KLCC - Kelantan Delights
[Copy link]
|
|
Sokong BritishIndia saman Suria KLCC – POKB
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) menyokong keputusan pengasas BritishIndia (Asia) Sdn. Bhd. (Bri­tishIndia), Pat Liew menyaman pihak pengurusan Suria KLCC berhubung tindakan pusat beli-belah tersebut yang cuba memindahkan butik pakaian itu ke premis lain yang tidak strategik.
Sheikh Ahmad Dusuki
Presidennya, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, pihaknya turut menyambut baik usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memanggil pengurusan Suria KLCC bagi mendapatkan penjelasan mengenai tindakan pusat beli-belah itu.
“Kita sedar me­reka perlu menjana keuntungan tetapi setiap keuntungan hendaklah dicapai dengan turut me­nimbangkan kepentingan nasional dan awam. Jenama BristishIndia juga sudah tersohor di rantau Asia dan tidak seharusnya dianaktirikan.
Advertisement
“Namun kami yakin Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dapat menyelesaikan kemelut ini. Diplomasi senyap dan tegas yang diamalkan mampu membawa sinar baru kepada semua peniaga dan penyewa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan pihak pengurusan Suria KLCC akan dipanggil KPDNKK bagi memberi penjelasan berhubung tindakan pusat beli-belah itu memaksa BritishIndia berpindah dari premis sedia ada ke premis lain yang tidak strategik.
Advertisement
Dalam pada itu, Sheikh Ahmad Dusuki turut menyarankan pihak pengurusan Suria KLCC mencontohi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang memberi keutamaan kepada peniaga tempatan.
“Pengurusan MAHB di bawah pimpinanan Datuk Badlisham Ghazali telah berjaya membuktikan usaha untuk mengutamakan peniaga tempatan masih mampu membawa keuntungan justeru sikap sebegini harus dicontohi,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 21-2-2015 02:40 AM
I pulak tgk stp kali bln puasa time terawikh, ramai andartu pi solat terawih kat situ walhal umah ...
carik jodoh kat klcc??
why?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|