lil_honey posted on 12-9-2013 08:23 AM 
td ade pisangg makan pisang dulu baru nasi lemak...dah lama tak makan pisang..
Selain daripada enak untuk dimakan, buah pisang juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk membantu dalam keadaan kesihatan tertentu : 1. Darah tinggi dan strok – Buah pisang bagus untuk penghidap darah tinggi. Ia mengandungi ‘potassium’ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang mengamalkan diet rendah garam. Ia dikatakan membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi. 2. Kolestrol – pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol. 3. Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit. 4. Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah. 5. Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang. 6. Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. 7. Sembelit : Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit. 8. Seimbangkan Fungsi Jantung : ‘Cilium’ pada pisang berfungsi untuk menjaga keseimbangan air dalam badan, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot. 9. Redakan Tekanan : Protein ‘trypotophan’, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin’ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium’ pula mampu membuat denyutan jantung lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil. 10. Kurangkan Rasa Mual
Ibu hamil yang sering terasa mual di pagi hari bolehlah memakan pisang kerana kandungan gula semulajadi yang tinggi yang terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga dapat mengurangkan rasa mual.
[ AWAS : Walau pun pisang baik untuk kesihatan dan mampu membantu merawat sesetengah penyakit, ia tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis. Ini adalah disebabkan oleh kandungan gula di dalam pisang yang tinggi. Terdapat 25 gram gula dalam setiap 126 gram pisang (19.85%) ]
|