View: 1585|Reply: 9
|
Kes Jangkitan Virus Zika Bertambah Menjadi 6 Kes Di Negara Kita
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://sowegalive.com/
Dua lagi kes jangkitan virus zika membabitkan adik-beradik dikesan di Miri, Sarawak dan Setapak, Kuala Lumpur, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak enam kes dilaporkan di negara ini.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, kes kelima membabitkan wanita berumur 35 tahun yang hamil dua bulan di Miri, dan pernah bekerja di Singapura sebelum ini.
Jelas beliau, Kali terakhir wanita itu melawat Singapura selama enam hari iaitu antara 24 hingga 29 Julai dan telah ke klinik swasta di Miri pada 6 September lepas mengalami demam yang berpanjangan dan selesema serta sakit tekak.
"Keputusan ujian zika yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur dan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menunjukkan keputusan adalah positif untuk zika."
Kesemua enam anggota keluarga yang tinggal serumah dengan wanita itu tidak menunjukkan sebarang gejala dan tanda-tanda jangkitan zika.
Sementara itu, berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan sejak 1 September hingga 14 September lepas, sebanyak 68 kes yang didapati mempunyai tanda-tanda virus zika telah dilaporkan, namun kesemua keputusan ujian adalah negatif, katanya.
Bagi individu yang mengalami gejala seperti demam, ruam dan konjunktivitis serta mempunyai sejarah melawati kawasan yang melaporkan zika juga dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sapa nak kelambu cm khemah pm aku.saiz katil. sini bnyk. |
|
|
|
|
|
|
|
So scary... |
|
|
|
|
|
|
|
sempat berbiznes ko ye tuntung, post la gambar kelambu tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn replied at 14-9-2016 09:47 AM
sapa nak kelambu cm khemah pm aku.saiz katil. sini bnyk.
Brape hengget kelambu tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Postlah gambar kelambu yang nak dijual tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa nak gelang anti nyamuk / bugslock band pm aku |
|
|
|
|
|
|
|
tengah hot kes zika nih, kurangkan laa berjalan ke kawasan yg berisiko tinggi....tolong la jgn sebarkan merata2.... |
|
|
|
|
|
|
|
menakutkanlah skrg. especially bila dgr virus zika ni kalau perempuan pregnant yang kena, kesian baby dalam kandungan bila affected. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau najib tak potong bajet KKM, dah lama dah malaysia jumpa vaksin untuk zika nih |
|
|
|
|
|
|
| |
|