View: 3939|Reply: 16
|
[Tempatan]
Pesakit mental mati ditembak lepas melibas ketua balai dengan sabit.
[Copy link]
|
|
TIMBALAN Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Superintendan Nik Azaham Nik Aziz melawat Yusuf yang kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, hari ini. - Foto ihsan PDRM
KOTA TINGGI: Seorang lelaki kurang siuman mati ditembak selepas menyerang anggota polis menggunakan sabit di sebuah rumah di Jalan Pendekar, FELDA Pasir Raja di sini, awal pagi tadi.
Kejadian itu turut menyebabkan Ketua Balai Bukit Besar, Sarjan Mejar Yusuf Ahmad, 57, parah di tangan dan ditikam di rusuk kiri.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, berkata kejadian bermula kira-kira jam 7 malam, ketika Yusuf bersama lima anggota dan dua kakitangan Klinik Kesihatan Bukit Besar pergi ke sebuah rumah selepas menerima aduan mengenai seorang lelaki pesakit mental mengamuk dan bertindak agresif.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa mengetuk pintu rumah sambil memujuk lelaki berusia 43 tahun itu, namun mangsa dan anggota diserang suspek yang melibas sabit.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian lengan dan tangan dihantar ke Hospital Kulai sebelum dirujuk ke HSA untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rahmat berkata, pada jam 4.15 pagi tadi, lima pegawai dan anggota bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bersama Pasukan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pergi ke kediaman untuk menahan suspek yang berada dalam rumah dan masih dalam keadaan agresif bersenjatakan sabit menyebabkan usaha memujuk suspek supaya menyerah diri gagal.
"Anggota kemudian masuk menerusi pintu belakang rumah itu dengan bersenjatakan pistol elektrik dan menggunakan pelindung. Bagaimanapun ketika tiba di ruang makan, tiba-tiba suspek meluru ke arah pasukan serbuan D9 dengan bersenjatakan sabit.
"Tembakan pistol elektrik terus dilepaskan ke arah suspek, namun tidak mendatangkan kesan dan suspek terus meluru ke arah anggota menyebabkan dua tembakan terpaksa dilepaskan ke arah mangsa dan suspek terus rebah ke lantai," katanya.
Beliau berkata, sabit yang digunakan suspek adalah senjata yang sama digunakan untuk mencederakan mangsa.
"Suspek cedera di dada dan terus dibawa dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan.
"Mayat suspek akan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat hari ini," katanya.
Rahmat berkata, suspek tidak bekerja dan juga pesakit mental yang dirawat di Hospital Tampoi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hui...
Selalu klu tgk drama tembak mcm ni, mesti akn ckp npe polis x tembak tgn je ke kaki je ke..
Klu real ni..xtau nk kata apa...Adakah pegawai yg lepaskn tembakan tu akn disoal siasat terlebih dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
Mestilah tapi sebabnya nyata, mempertahankan diri.Elektrik tak berkesan, apa pilihan lagi selain dr menembak?
Wajarlah dimatikan, sebelum itu pun dah cederakan orang yg blh bawa kematian.
|
|
|
|
|
|
|
|
selayak nya lah mati.
mereput la kau dek.
|
|
|
|
|
|
|
|
ya rab...
kes yang sama juga ye berulang - ulang ?
isk apa jadi sebenarmya? |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah dna memang tingtong ke sis? Takutnya hidup di tanah tumpah dna. |
|
|
|
|
|
|
|
sakit mental adalah penyakit DNA...jaga jaga kpd yg bujangan kalau cari pasangan tu.. ... |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya dia MATI, keluarga dah tau mamat tu mental, tak buat sesuatu KAH..
jgn kata ABAM POLIS KEJAM.
org mental nie samada dia MATI atau DIA MEMATIKAN orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
apa jadi ye sebenarnya... |
|
|
|
|
|
|
|
semakin menjadi2 pesakit mental skrg ni mengganas.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah laa dap nak jadi juara konon polis kejam etc2... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas kena stun gun pun boleh menyerang lagi..pergghhh... kuat betul tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ummah dna jawa johor? kes cangkul, sabit
|
|
|
|
|
|
|
|
iya sis..semoga dijauhi keturnan melayu tulen kita darpd pencemaran dna tingtong.amin
|
|
|
|
|
|
|
|
yang mental tu takde family ke? kalau ada kenapa family dia tak kurung je dia dalam rumah ya..pelik sungguh..ke takut orang cakap kejam pulak kalau kurung..tapi kalau dah mendatangkan bahaya kepada orang sekeliling memang patut lah kena kurung..ataupun hantar p tanjung rambutan.. |
|
|
|
|
|
|
|
meklalala replied at 14-11-2016 10:44 AM
yang mental tu takde family ke? kalau ada kenapa family dia tak kurung je dia dalam rumah ya..pelik ...
Kalo kurung, nanti si mental bunuh orang yg dalam rumah plak. I wonder, bole tak wujudkan isolated Island utk orang2 mental ni
So Kalo mati kena bunuh pon, tak ganggu orang lain. Sebab dah masing2 dalam pulau tu mental kan |
|
|
|
|
|
|
|
takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|