CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: CARI-MRO

Penunggang Agama Buat Duit, Tawar Pakej Doa Pasti Makbul Di Mekah

[Copy link]
Post time 15-2-2017 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN ISU VALET DOA

1.        Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ingin memberi peringatan kepada umat Islam agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan individu atau pertubuhan yang menawarkan pakej khidmat valet doa (servis doa) di kota suci Makkah dengan harga tertentu termasuk harga diskaun.

2.        Doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Allah SWT. Islam sangat menggalakkan umatnya untuk berdoa di mana sahaja mereka berada. Doa perlu menepati syarat dan adab agar ia dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama’.

3.        Adalah sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian agama Islam. Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT. Pakej valet doa ini jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

4.        Jakim juga menyarankan agar umat Islam memberikan maklumat kepada Jakim dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu seperti ini demi menjaga kemaslahatan dan kesucian Islam di negara ini.

TAN SRI DATO’ OTHMAN BIN MUSTAPHA
15 FEBRUARI 2017
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 05:07 PM | Show all posts
yg buat pakej ni gila, yg beli lg 3x gila...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah caj sampai 5k tu, baik pergi sendiri.. doa sendiri kat sana.

Paling kelakar confident gila doa makbul..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 05:32 PM | Show all posts
Terang2 ianya itu bentuk penipuan. Kalau ada yang tertipu, ntah la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 06:59 PM | Show all posts
tipisnya iman mana yg percaya tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sape yg percaya pd tuan haji pnipu  ni, aku rasa blh cepat2 g gali kubur sdiri..korang dah x layak dah hidup dah :
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2017 09:43 PM | Show all posts
mcm2 hal di akhir zaman ni..berani nye mempergunakan ugama mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tak habis2 ambil kesempatan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 10:41 PM | Show all posts
darjat sesuatu doa tu bukan pada tempat semata-mata.

tetapi tengok taqwa, ikhlas & kesungguhan nya.

kalau dah kun faya kun, kat memana pon boleh makbul.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah berteleku kat sejadah sendiri tetiap malam buat smyg hajat dr spend kat penunggang agama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 07:25 AM | Show all posts
Lps ni ada la valet sembahyang, puasa etc...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:43 AM | Show all posts
bangang abadi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 02:39 PM | Show all posts
Tak takut dosa agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 05:09 PM | Show all posts
ini orang pendek akal je percaya ni..
tak pun orang yg tak berakal~

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh buat valet holiday
Untuk org berduit tp xda masa nk holiday
Byr saja kat org lain utk tolong nikmati holiday
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu tak makbul bg dia buku 5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2017 01:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.063933 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list