Salah seorang hero legenda dunia Bollywood, Salman Khan sudah menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram bagi menjayakan wataknya dalam filem terbaru berjudul Tiger Zinda Hai.
Menurut portal Dunyanews, Salman yang disayangi ramai peminat kini sedang menjalani latihan ketat bagi mendapatkan berat dan bentuk tubuh ideal.
Foto: Daily News & Analysis
Terdahulu, portal Daily News & Analysis melaporkan Salman terpaksa menaikkan berat badannya bagi menjayakan watak sebagai seorang ahli gusti dalam drama Sultan yang ditayangkan tahun lalu. Malah, dalam satu babak filem berkenaan, Salman kelihatan seperti seorang yang obes.
Foto: IMDb
Tiger Zinda Hai arahan by Ali Abbas Zafar merupakan filem aksi yang memerlukan Salman kelihatan sado dan ia akan menemui penonton pada Disember ini.
Pasti peminat tak sabar melihat rupa baru Salman dalam filem itu nanti! - CARI |