Video pasangan Gay yang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Aceh, Indonesia baru-baru ini menjadi tular di media sosial.
Dalam video berdurasi 1 minit itu, kelihatan salah seorang dari mereka mula panik dan cuba menghubungi ahli keluarganya sebaik sahaja diserbu penguatkuasa Jabatan Agama Aceh.
Memetik laporan Kanalaceh.com, atas aduan penduduk Darussalam Banda Aceh, pasangan sejenis itu berjaya ditangkap ketika sedang berkhalwat di sebuah bilik rumah sewa.
Menurut kata penduduk, mereka berdua kerap dilihat bermesra-mesraan seperti pasangan suami isteri yang baru berkahwin.
Ketika serbuan, kedua-dua lelaki terbabit sedang "bersetubuh?" dan penguatkuasa Jabatan Agama turut menemukan barang bukti berupa kondom.
Selepas disoal siasat, pasangan tersebut mengaku bahawa mereka sudah menjalin cinta selama tiga bulan dan sudah beberapa kali melakukan hubungan seks luar tabii.
Pasangan gay berkenaan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut, jika disabitkan kesalahan kedua-dua pasangan itu akan disebat sebanyak 100 kali sebatan di khalayak ramai. - CARI
Post time 3-4-2017 08:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tapi mereka mengamalkan sex selamat kerana ad kondom.
Ini satu kesedaran yang baik.
Perlu dimanfaatkan dan dipopular kan kepada pasangan heteroseksual bagi mengelakkan pembuangan bayi!