Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1459
View
2
Reply

[Dunia] Serbia roboh masjid sehari sebelum Ramadan.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 27-5-2017 04:58 AM | Show all posts |Read mode

JUMAAT, 26 MEI 2017 @ 11:03 PM Serbia roboh masjid sehari sebelum Ramadan

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/286859




BELGRADE: Pihak berkuasa di Serbia memusnahkan sebuah masjid yang dikatakan dibina secara tidak sah di pinggir ibu kota selepas polis mengepung kawasan itu dalam satu operasi awal pagi hari ini, sehari sebelum Ramadan.

Masjid dua tingkat tanpa menara dibina di kawasan kejiranan Zemun pada 2014 walaupun pihak berkuasa enggan mengeluarkan permit binaan. Semalam, pihak berkuasa cuba merobohkan bangunan itu namun terpaksa menangguhkannya selepas bantahan daripada penduduk Islam di kejiranan itu, minoriti Roma (gipsi).

Awal hari ini, pihak berkuasa kembali dengan diiringi polis dan berjaya merobohkan masjid itu. Pengurus bandar ini, Goran Vesic, berkata pihak berkuasa memusnahkan 'bangunan dibina secara haram, sejajar dengan undang-undang', lapor agensi berita Tanjug.

Ulama terkenal ibu kota ini, Mufti Muhamed Jusufpahic berkata, masyarakat Islam akan memfailkan bantahan kepada Presiden Serbia. "Kami amat terkejut perkara ini berlaku ketika kemuncak sambutan Ramadan," Jusufspahic kepada Reuters.

Ibu negara Serbia dengan kira-kira 1.6 juta penduduk memiliki sejumlah 20,000 penduduk Islam dan hanya ada sebuah masjid dibina pada 1575, ketika wilayah Balkan diperintah empayar Uthmaniyyah Turki.

Serbia memiliki sekitar 230,000 penduduk Islam atau 3.1 peratus daripada jumlah penduduk, kebanyakannya tertumpu di rantau barat daya Sandzak yang bersempadan Bosnia, Kosovo dan Montenegro. - Reuters


Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/286859


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm kuil haram hindu di malaysia ka
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa Serbs ni gi memana orang tak suka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.094167s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list