CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1102|Reply: 4

(Video) Mamat Ni Berlagak Jadi Samseng Dengan Kayu Hoki! ‘Dia yang salah, dia pu

[Copy link]
Post time 18-12-2017 11:20 AM | Show all posts |Read mode







Viral di media sosial video rakaman dashcam seorang lelaki berlagak samseng mengancam menyerang dan merosakkan kereta pengguna jalan raya yang lain, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengecam lelaki itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.13 petang semalam di Klang, mangsa dalam perjalanan menuju ke destinasinya sebelum sampai ke bulan tersebut.

Bagaimanapun, sebuah kereta yang dipandu lelaki terbabit masuk ke bulatan itu secara tiba-tiba tanpa mempedulikan kereta mangsa yang sedang jalan di bulatan itu.


Berdasarkan video, mangsa yang terkejut dengan keadaan berbahaya itu terus menekan bunyi hon dan dipercayai berlaku sedikit pergeselan di antara dua buah kenderaan terbabit.

Ekoran insiden itu, lelaki terbabit memberhentikan keretanya dan keluar membawa objek yang dipercayai kayu hoki untuk mengancam mangsa.

Lelaki terbabit berulang kali memaksa mangsa keluar dari kereta untuk selesaikan masalah yang timbul. Namun mangsa tidak mengendahkan arahan lelaki terbabit.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan pemandu lelaki itu yang berlagak samseng sedangkan dirinya yang melanggar peraturan lalu lintas.

“Ini orang suka mengambil kesempatan sedangkan diri dia sendiri yang salah. Baru masuk bulatan, lagi nak turun sound orang? Kena utamakan siapa yang berada dalam bulatan. Tak ada ambil exam L ke dulu?


“Tak kisahlah kau warna apa, bangsa apa, kalau nak dihormati, perlu hormati orang lain juga,” -Shazleen Ibrahim.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2017 12:19 PM | Show all posts
Zaman sekarang ni makin ramai berperangai sebegitu sendiri yang buat salah tetap orang juga yang dia salahkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 02:50 PM | Show all posts
Amboi bukan main dia yer, dah kau salah nak samseng plak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 03:36 PM | Show all posts
semua nak tunjuk kuat...nak buat undang2 hutan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 08:54 AM | Show all posts
aku benci road bully...!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.143519 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list