CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1913|Reply: 12

(Video) Nak 'Test' Kesetiaan Suami, Buat 'Fake Akaun', Lelaki Ini Hampir Hilang

[Copy link]
Post time 24-1-2018 11:48 AM | Show all posts |Read mode





22 Jan - Baru-baru ini, seorang lelaki difitnah oleh seorang wanita gara-gara hanya ingin menguji kesetiaan suami wanita itu.


Wanita itu dikatakan telah mencipta satu akaun Wechat palsu menggunakan gambar dan nama mangsa, Affan Mustaqim.


Affan yang juga seorang anggota bomba, telah kehilangan kerja sampingannya sebagai jurugambar apabila kontraknya selama setahun ditamatkan serta merta selepas berita itu tersebar.



Affan terpaksa dikuarantinkan di balai bomba beliau bertugas selama dua hari dan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa ketika tempoh itu kecuali majikannya.





"Oleh kerana kes fitnah itu, saya kena buang tender contract setahun sebagai photographer, videographer dan modelling. Esok kena menghadap Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memberi keterangan kepada pengarah JBPM Pulau Pinang.


"Selain itu perlu dikuarantin di balai selama dua hari kerana tidak dibenarkan keluar daripada kawasan bertugas dan tidak membenarkan menghubungi sesiapa melainkan majikan,"
katanya.



Dalam Live Facebook yang dirakam oleh Affan sendiri, beliau menjelaskan bahawa dia telah difitnah oleh wanita itu yang kononnya mahu menguji kesetiaan suaminya.



"Oleh kerana wanita itu telah memfitnah saya menggunakan gambar saya dan membuat akaun palsu untuk mencemarkan maruah dan nama saya sehingga melibatkan kes polis, sekarang saya terpaksa menjalankan proses untuk saman fitnah," katanya yang turut menawarkan ganjaran RM150 bagi mana-mana individu yang dapat mencari wanita berkenaan.








Sebelum kes ini tersebar, beliau sedang berada di Manjoi kerana ada tugas untuk membuat rakaman sebuah majlis hari jadi. Affan terpaksa menyerahkan tugas tersebut kepada orang lain dan pulang terus ke Pulau Pinang.


"Jam 9 pagi saya mendapat panggilan dari balai saya mengatakan ada dua orang lelaki yang mencari saya dan mendakwa saya mengacau isteri orang. Saya terus tinggalkan kerja saya dan cari orang yang boleh menggantikan kerja saya dan saya terus pulang ke balai.


"Kes ini kes berat kerana ia melibatkan isteri orang dan kes polis. Kes ini berkaitan dengan WeChat. Ada individu menggunakan gambar saya untuk buat akaun palsu. Kes ini sudah kali keempat berlaku di mana gambar saya disalahgunakan,"
ujarnya.


"Saya minta nombor telefon dari majikan saya, tetapi tidak diberi sebab dia kata jangan ikut emosi. Mana mungkin tak ikut emosi? Kes ini melibatkan nama saya. Saya tak buat tapi nama saya kena jual.


"Majikan suruh saya bertenang dan akan tetapkan masa untuk kami berjumpa. Hari ini (Ahad) kami sepatutnya berjumpa tetapi nama dan gambar profil akaun palsu itu bertukar menjadi Zainab.



"Dan laporan polis kedua dibuat oleh lelaki itu yang menarik balik laporan polis terdahulu dengan rela hati kerana kes sudah diselesaikan dengan cara baik," tambahnya lagi.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 11:59 AM | Show all posts
mmmm kes budak affan nih...

sian gak kt diana tu, tp..benda dh jadi

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:17 PM | Show all posts
mata tengok gelang dia je
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 24-1-2018 11:59 AM
mmmm kes budak affan nih...

sian gak kt diana tu, tp..benda dh jadi

Diana siapa? Bini bodoh tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka boleh jual, gigihlah aku nonton sampai habis
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:40 PM | Show all posts
manehnya replied at 24-1-2018 11:59 AM
mmmm kes budak affan nih...

sian gak kt diana tu, tp..benda dh jadi

diana tu sape?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2018 01:02 PM | Show all posts
Sebab tu masaalah rumahtangga sendiri tak perlu ler sampai melibatkan orang lain jadi macam kes ni kan menyusahkan hidup orang lain jer
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 03:10 PM | Show all posts

diana tu la yg buat fake akaun nk test laki dia nama najib, supaya jeles la kot

peh tu guna pic si affan ni (abam bomba yg howttss)

diana cerita mcm2 kt laki dia - konon2 afan nk sgt ke diana, kantoi - najib buat repot polis

affan kena jawab..

tu yg affan hangin satu badan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 03:13 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 24-1-2018 01:02 PM
Sebab tu masaalah rumahtangga sendiri tak perlu ler sampai melibatkan orang lain jadi macam kes ni k ...

tu la.. kalu nk test laki, buat betoi2, jgn main2..

takat we chat tu, mak petik jari je
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 03:17 PM | Show all posts
manehnya replied at 24-1-2018 03:10 PM
diana tu la yg buat fake akaun nk test laki dia nama najib, supaya jeles la kot

peh tu guna pic ...

x pasal2 si affan yang kena...

kesian2...

muka boleh jual budak affan ni....sat gi ada la producer offer berlakon....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 03:19 PM | Show all posts
manehnya replied at 24-1-2018 03:10 PM
diana tu la yg buat fake akaun nk test laki dia nama najib, supaya jeles la kot

peh tu guna pic ...

bodonya diana ni...  menyusahkan orang...  patutnya dia ni kena...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 03:20 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 24-1-2018 03:17 PM
x pasal2 si affan yang kena...

kesian2...

abam bomba i love u laaa

hahaha.. untung la anak2 dara yg masih available
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 03:22 PM | Show all posts
eyansss replied at 24-1-2018 03:19 PM
bodonya diana ni...  menyusahkan orang...  patutnya dia ni kena...

mmg akai singatk dak tu,

ptg tu afan buat live - soal siasat si diana (tp video tu dh delete)

mmg muka innocent ja si diana ni, bila tnya x mau jawab.. geram gak tgk

apa la nasib diana-najib skrg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.081314 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list