CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 739|Reply: 6

[Tempatan] KENAIKAN baru tarif air. Kenaikan tidak membebankan. Hadiah PH untuk penyokong..

[Copy link]
Post time 10-10-2019 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Tarif air: Kenaikan 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter


KUALA LUMPUR: Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) Air dijangka dilaksanakan tahun depan, tidak akan membebankan isi rumah berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata mekanisme itu bagaimanapun hanya akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Pelaksanaan TSM mencadangkan pelarasan tarif minimum membabitkan kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter, lebih rendah berbanding bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas dan telekomunikasi.

"Bagi menjamin supaya pelaksanaan TSM tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah, kerajaan akan memastikan kenaikan minimum dilakukan kepada jalur penggunaan antara 0-20 meter padu.

"Ini kerana penggunaan air dalam jalur itu adalah mewakili 47.8 peratus pengguna domestik di Malaysia," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji. - NSTP/Zunnur Al Shafiq

Beliau menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PH-PKR Nibong Tebal) mengenai langkah kerajaan memastikan pelaksanaan tarif baru air tidak membebankan rakyat.

Purata kadar tarif air ketika ini adalah RM1.38 bagi setiap 1,000 liter berbanding kos sebenar RM2.31 bagi setiap 1,000 liter.

"Tarif yang tidak melambangkan kos sebenar ini melemahkan kemampuan kewangan operator air dan berisiko menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada pengguna," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena lagi ... alamakkkk
Adoiii
Baru nak keluar gua pasal berita basi 1MDB

Dah kena masuk gua lagi

Hmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:57 PM | Show all posts
Seeloknya tarif air ni kena realistik. Ni pakai banyak pun paling2 kena charge RM20-30. Kalau kat Singapore, bil air diorg sampai $100 sebulan, malah lebih drpd bil elektrik. Disbbkan subsidi melampau ni lah, perkhidmatan bekalan air ni selalu jadi isu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2019 05:04 PM | Show all posts
asalkan bukan namanya GST
so PH fikir la mcm mana nak cover hasil sebanyak hasil GST RM44 bilion
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 05:07 PM | Show all posts
Muntz replied at 10-10-2019 08:57 AM
Seeloknya tarif air ni kena realistik. Ni pakai banyak pun paling2 kena charge RM20-30. Kalau kat Si ...

Betul betul betul
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
asalkan  bukan GST atau 1MDB.. blh je la.. janji naik harga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2019 06:19 PM | Show all posts
tak kisah bil air naik asalkan kualiti air sangat tinggi dan tak berbau. boleh minum air dari paip terus tak perlu masak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.335900 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list