CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1966|Reply: 4

'Tolong berhenti merendahkan sesiapa!', kata Kavita Sidhu

[Copy link]
Post time 20-1-2021 04:16 PM | Show all posts |Read mode
'Tolong berhenti merendahkan sesiapa!' - Kavita

https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... hkan-sesiapa-kavita

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 4:02 PM

Georgie Joseph
[email protected]


Kavita Sidhu

Pelakon Kavita Sidhu, 49, mengakui terkilan dan sedih terhadap isu tular mengenai kecantikannya yang dibandingkan dengan pelakon veteran Norlia Ghani, 72.

Menurut Kavita, perbandingan yang dibuat secara sengaja dan berbentuk penghinaan itu sangat tidak berhemah sekali gus membuatkan dirinya rasa tak keruan.

"Berbanding masa yang lain, sekarang kita sepatutnya berbuat baik sesama-sendiri. Rasa sangat teruk apabila membaca ciapan mengaitkan saya dan Norlia Ghani yang menjadi tular sekarang.

"Tolong berhenti merendahkan sesiapa. Hormatilah dia sebagai senior, bintang filem veteran, dan ibu kepada seseorang. Hentikan ulang ciap penghinaan terhadap wanita," katanya.

Pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu akhirnya mengutarakan isu terbabit menerusi Instagram selepas sebuah ciapan membabitkan mereka berdua menjadi tular.

Menurutnya, warganet sepatutnya menunjukkan rasa empati dan meletakkan diri sendiri pada situasi itu yang ternyata melukakan pihak keluarga Norlia.

"Bagaimana jikalau warganet cakap perkara yang menghiris mengenai ibu, ibu saudara, rakan kamu? Tolong jaga tata percakapan kita. Norlia adalah ibu kepada sahabat saya," katanya.

Terdahulu, kecoh di Twitter mengenai sebuah ciapan yang membandingkan kecantikan Kavita dengan Norlia. Meskipun ia berniat memuji Kavita, sebaliknya disampaikan dengan cara kurang berhemah.

Ciapan itu berbunyi,"Kavita Sidhu umur 49. Korang umur 30 dah rupa Norlia Ghani."


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni memamg vogue habis. Couple anggun. Loving.

Tapi ada juga gambar dia kt ig orang yg xberapa vogue tp still cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 20-1-2021 05:13 PM
Dia ni memamg vogue habis. Couple anggun. Loving.

Tapi ada juga gambar dia kt ig orang yg xberap ...

Lawa laki bini ni. KK tu siap chanting batik sendiri..respect betul

Tak pernah dengar dia merempan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 20-1-2021 07:10 PM
Lawa laki bini ni. KK tu siap chanting batik sendiri..respect betul

Tak pernah dengar dia merem ...

Betul. Terpesona tengok macam perfect partnership mereka ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:08 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 21-1-2021 12:58 PM
Betul. Terpesona tengok macam perfect partnership mereka ni kan?

Ya sis..laki sheol jaga baik2 love & respect her. Sheol kawin dgn lelaki puja dia
Mungkin dulu2 pernah susah kot..jadi sangat bersyukur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.237730 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list