View: 1925|Reply: 16
|
‘air balang’ tumpah, peniaga sedih tak sempat jual 1 ‘cup’ pun lagi
[Copy link]
|
|
‘air balang’ tumpah, peniaga sedih tak sempat jual 1 ‘cup’ pun lagi
Sebagai seorang peniaga, berhadapan dengan risiko merupakan asam garam dalam dunia perniagaan. Kalau ada rezeki, semua barang dijual habis dibeli. Ada kalanya pula, peniaga terpaksa menanggung kos kerugian apabila barang yang dijual tidak laku atau rosak.
Begitulah kisah yang dialami oleh seorang peniaga yang dikenali sebagai @bangmer ini di mana ketabahannya diuji setelah kesemua air balang yang dijualnya tumpah.
Menerusi aplikasi TikTok, lelaki terbabit berkongsi video memaparkan balang airnya pecah akibat terjatuh sewaktu mejanya patah secara tiba-tiba.
Sebagai seorang peniaga, berhadapan dengan risiko merupakan asam garam dalam dunia perniagaan. Kalau ada rezeki, semua barang dijual habis dibeli. Ada kalanya pula, peniaga terpaksa menanggung kos kerugian apabila barang yang dijual tidak laku atau rosak.
Begitulah kisah yang dialami oleh seorang peniaga yang dikenali sebagai @bangmer ini di mana ketabahannya diuji setelah kesemua air balang yang dijualnya tumpah.
Menerusi aplikasi TikTok, lelaki terbabit berkongsi video memaparkan balang airnya pecah akibat terjatuh sewaktu mejanya patah secara tiba-tiba.
Video : https://www.tiktok.com/@bangmer_ ... 738&refer=embed
Lantaran itu, kesemua air yang telah siap dibancuh sebanyak empat balang telah melimpah ruah ke atas tanah. Menurutnya lagi, air balang tersebut disediakan oleh ibunya di rumah.
“Baru siap-siap nak meniaga, tiba-tiba rebah meja. Habis 4 balang tumpah, tak sempat jual satu cup pun lagi…
“Cumanya aku sedihlah, mak aku yang siapkan air ni beberapa hari nak penuhkan 4 balang ni. Tapi takpe aku terimalah, ujian sebagai seorang peniaga…” luah Bangmer sayu.
Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila dia menyatakan air tersebut tidak sempat lagi dijual kepada pelanggan. Sedih!
Namun, Bangmer reda dengan nasib yang menimpa dirinya dan menganggap ia sebagai satu ujian. Biarpun dia mengalami kerugian yang banyak akibat kejadian tersebut, dia masih tabah dan menjual makanan pula.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap lelaki berkenaan. Mereka tidak berhenti memberi kata-kata semangat dan berdoa agar dia dimurahkan rezeki.
Sabar ya, moga rezeki melimpah
Nanti Allah bagi ganjaran sebab sabar
Semoga dipermudahkan urusan & dimurahkan rezeki
Semoga Bangmer dan keluarganya tabah menghadapi ujian tersebut. Jangan mudah mengalah, terus bangkit!
Sumber: TikTok @bangmer
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pelik tp benar lepas kejadian terus mengadu pada TIKTOK? |
|
|
|
|
|
|
|
Air apa yang perlu 3_4 hari nak siapkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih & pelik.. sedih bila air tumpah.. pelik sbb sempat gak nak upload kat medsos.. hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Air balang ni guna air masak atau air paip mentah? |
|
|
|
|
|
|
|
TT @piao kalau tulis benda ke perkara ke mmg tulis kena letak ' ' ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Air apa buat smpai beberapa hari?
Xbasi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Iols husnuzon je peniaga ni tak ada water filter, pastu jerang air kat dapur banyak kali untuk cukupkan semua balang tu, tapi bbnu sangat semua pun nak mengadu kat social media
Apa pun moga Allah murahkan rezeki peniaga ni |
|
|
|
|
|
|
|
ha..ha..hassanah? |
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella replied at 19-3-2021 11:49 PM
Air balang ni guna air masak atau air paip mentah?
Trauma pulak bila baca ni, pernah beli air balang lepas tu cirit birit. Lepas tu keluar pulak cerita pasal orang guna air paip je nak buat bancuhan baru erkkk terus rasa kembang tekak. |
|
|
|
|
|
|
|
Dugaan berniaga semua yang berniaga pasti ada je dugaannya sebelum berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanadjo replied at 20-3-2021 09:11 AM
Trauma pulak bila baca ni, pernah beli air balang lepas tu cirit birit. Lepas tu keluar pulak ceri ...
Uol minum air mentah kot tak pun tercemar kot? Sebab tu iol tertanya2 air balang tu guna air apa? Nak kata mineral, tak pernah pulak nampak botol2 mineral kat tepi gerai.
Nak kata air masak , jenuh tu nak masak berkawah2.
Sudahnya misteri , tak tau guna air apa.
Pernah gak beli, so far ok menghilang dahaga. Tapi bab rasa kelautan.... |
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella replied at 20-3-2021 11:27 AM
Uol minum air mentah kot tak pun tercemar kot? Sebab tu iol tertanya2 air balang tu guna air apa? ...
Ada iols pernah nampak, diorang beli air mesin yang seposen satu liter tu, kalau nak masak, uish gigih sangat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanadjo replied at 20-3-2021 11:30 AM
Ada iols pernah nampak, diorang beli air mesin yang seposen satu liter tu, kalau nak masak, uish g ...
I see.... air filter tu. Ok kot. Tapi konpem ke filter hahahah..... tapi kalau guna air masak memang berganda2 berkat. |
|
|
|
|
|
|
|
euwww apo blackpig sangat video tiktok ko ni? dah la voice over narration hauk tambah pulak music background lagu sendu bingit cam hanat? hengat orang nak kesian ke? konon sedih habis la suara kau tu tapi orang dengar cam nak bagi pelempang setepek yachh? |
|
|
|
|
|
|
|
Tulah nak Tanya air paip ke air masak ye biasa yg jual air balang ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|