CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4937|Reply: 26

Majlis kahwin Neelofa langgar SOP: Menteri Agama kena ‘sekolah’ dengan rakyat

[Copy link]
Post time 29-3-2021 02:18 PM | Show all posts |Read mode


Majlis kahwin selebriti langgar SOP: Menteri Agama kena ‘sekolah’ dengan rakyat
Oleh FAZLI RADZI / March 28, 2021




Orang ramai dilihat membanjiri ruangan komentar di laman rasmi Facebook Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri susulan menghadiri majlis perkahwinan selebriti Neelofa yang didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Rata-rata warga maya menyelar Zulkifli yang dianggap bersekongkol dengan layanan dua darjat berhubung penguatkuasaan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sejak semalam, rakyat berang apabila majlis perkahwinan pengacara dan usahawan itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan duduk berhimpit bercanggah sama sekali dengan norma baharu di masjid yang diwajibkan menjaga jarak.

Sehubungan itu, tidak kurang netizen yang mendesak Zulkifli juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan tersebut meletakkan jawatan sebagai menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bahkan, ada yang berpendapat Zulkifli sebagai bekas pesakit Covid-19 yang pulih pada 14 Oktober tahun lalu itu tidak belajar daripada pengalaman lalu akibat gagal mematuhi SOP.

“Dulu penyebab Kluster Kasturi, ingat dah insaf (tapi) makin menjadi-jadi. Pakai lebai bukan lesen untuk jadi suci.

“Letak jawatan menteri agamalah. Kamu tak layak pun. Baik jadi mufti semula. Boleh juga jadi sumber rujukan.

“Ini sekongkol dengan kerajaan pintu belakang. Lepas itu terlibat sekali dengan undang-undang double standard,” kata Akram Yusof.

Sementara itu, pengguna Facebook, Muhamad Hafiz juga berpendapat Zulkifli wajar meletak jawatan kerana tidak menjadi contoh teladan yang baik.

“Letak jawatan saja Dr Zul. Anda tidak layak memegang portfolio Menteri Agama. Di masjid untuk solat dengan SOP safnya berjarak tapi di sini berhimpit.

“Melanggar SOP yang jikalau rakyat melanggarnya habis disaman,” katanya.


Netizen berang mempersoal pematuhan SOP yang berbeza antara solat Jumaat dengan majlis kahwin selebriti.

Awal bulan lalu, seramai 19 individu termasuk pasangan pengantin di Taman Nilam, Langkawi ditahan polis dan dikenakan kompaun kerana dikatakan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 apabila merakam gambar kenangan secara berkumpulan.


Dalam masa sama, terdapat juga komentar yang secara sinis menurunkan kembali petikan kenyataan Zulkifli berhubung saf solat berjemaah di masjid.

“Sekali lagi saya (Zulkifli) tegaskan hak menjarakkan saf bukan bidang kuasa saya. Ianya tertakluk pada majlis agama negeri masing-masing,” dipetik kembali oleh Muhamad Asraf.

Reaksi sama juga dilontarkan Muhd Reduan yang menulis, “Mantap Tok. Selepas ini, sudah boleh rapatkan saf.”

Sejak lebih setahun pandemik Covid-19 melanda, ahli jemaah di masjid diwajibkan mematuhi beberapa SOP termasuk norma baharu susunan saf solat dengan penjarakan fizikal satu meter.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaas nak ckp.. gasak hangpalaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Berikan hukuman yg adil bagi  rakyat marhaen  
Dan kayangan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg jawatan menteri dh jadi satu fitnah buat mantan mufti wilayah Al Fadhil Dr Zulkifli.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 02:37 PM | Show all posts
axl_bach replied at 29-3-2021 02:32 PM
Mmg jawatan menteri dh jadi satu fitnah buat mantan mufti wilayah Al Fadhil Dr Zulkifli.....

daripada awal aku dah agak akan jd camni...
jd fitnah pd agama dah.. padahal dia ni org yg baik..
tp sbb jawatan, kena kecam macam hape..
aku pun rasa nak kecam, tp tak sampai hati..
sejak dr khutbah nikah si kaknab tu org kecam dia, tp relax je dia pergi majlis lofa..
mungkin selevel iman kot.. siapa kita utk menilai
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 02:37 PM | Show all posts
axl_bach replied at 29-3-2021 02:32 PM
Mmg jawatan menteri dh jadi satu fitnah buat mantan mufti wilayah Al Fadhil Dr Zulkifli.....

well dia sebagai menteri kena act like one la

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2021 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
He is confused between menteri and mufti
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ko dah terima jawatan menteri..kena laa bagi teladan yang baik kepada rakyat.

Takan tak nak semua tak ikut SOP tapi berbuat senyap saja. Ke luar bidang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 29-3-2021 02:32 PM
Mmg jawatan menteri dh jadi satu fitnah buat mantan mufti wilayah Al Fadhil Dr Zulkifli.....

Kann.. bg aku lg elok dia jd moofti jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Elleh.. mana2 pon org buat kenuri kawen x ikut sop jarak sosial tu laa...ye la kan dh scan, ambik suhu semua...cuma x masuk tv sokkabar je rakyat marhaen berkunjung kenuri bebas sebebas bebasnya skrg
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 29-3-2021 02:37 PM
daripada awal aku dah agak akan jd camni...
jd fitnah pd agama dah.. padahal dia ni org yg baik.. ...

Ontahlaa.. laki aku yg jd timbalan pgrh jah pun susahlaa.. time tgkp gambo kp suh bukak mask.. tgkp kena rapat rapat.. aku ckp kslo aku tepek kat fesbook abis...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 02:54 PM | Show all posts
Bagi sy Hadi Awang paling layak jadi Menteri Agama..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 03:02 PM | Show all posts
Beginikah parangai mentari ugama ISLAM?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 29-3-2021 02:53 PM
Ontahlaa.. laki aku yg jd timbalan pgrh jah pun susahlaa.. time tgkp gambo kp suh bukak mask.. tgk ...

Memang byk org tak ikut SOP tapi  pastikan majlis tertutup dan takda gambar bocor..tambah2 melibatkan public figura atau org ada kepentingan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 03:10 PM | Show all posts
cari masalah lah dia ni sejak jadi menteri..
dia ni tertib orangnya, cuma sejak jadi menteri ada aja benda dia buat tak kena..kan dah kena..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 29-3-2021 02:54 PM
Bagi sy Hadi Awang paling layak jadi Menteri Agama..

Yg ni paling aku setuju....x pasti kenapa TGHH x jadi Mentaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepimpinan melalui teladan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 03:28 PM | Show all posts
Jah Lop jadi kebal sbb Dr Zul ada.
tp disebabkan ada dr zul,
Jah x leh nak terkinja2 masa kat zouk dulu.
hahahhahahha....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 03:29 PM | Show all posts
ala dulu tun jadi rakyat's darling, tapi dah dicaci habis habisan, abah kau pun sama, sekarang menteri belum sampai umur 60 tapi lagak macam tua2 penuh wisdom pulak turn nya. sabar la ye rakyat dah muak dan mual, cari target je untuk dihina. rasain?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah akibat bersekongkol dgan kerajaan tebuk atak dabel standard. Semoga lepaskan jawatan agar tidak membawa fitnah kpd jawatan mopeti.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.058197 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list