CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4842|Reply: 18

16 Sept. LAGI smartphone baharu dilancar. Kali ni Xiaomi 11T

[Copy link]
Post time 16-9-2021 11:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 16-9-2021 11:31 PM

Siri Xiaomi 11T berkongsi kamera Cinematic dengan kuasa Snapdaragon 888 dan Dimensity 1200 Ultra






Sekian lama dinantikan, Xiaomi hari ini melancarkan siri Xiaomi 11T. Ia menawarkan prestasi kelas flagship pada harga yang lebih mampu dimiliki daripada model pesaing dengan spesifikasi yang sama.
Bagaimanapun, siri Xiaomi 11T kali ini tampil ia berbeza. Terdapat dua model dalam siri ini, Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T. Jika Mi 10T dan Mi 10T Pro dahulu menggunakan kuasa Snapdragon 865 yang sama, lain ceritanya dengan Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T pro.




Xiaomi mempromosikan siri Xiaomi 11T sebagai peranti Cinematic kerana memiliki prestasi kamera, skrin dan sistem bunyi yang sama.
Xiaomi 11T ProTarikan utama sudah pastinya di Xiaomi 11T Pro. Ia dilengkapi kuasa Snapdragon 888, bersama RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Tambahan storan melalui kad mikroSD tidak diterima.

Skrin Xiaomi 11T Pro kini daripada jenis AMOLED, berukuran 6.67-inci HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Mungkin ini berkurang berbanding Mi 10T Pro dengan skrin 144Hz, tetapi naik taraf dari LCD kepada AMOLED.


Skrin ini memiliki kadar penyegaran adaptif, boleh berubah mengikut keperluan untuk penjimatan tenaga. Kadar sentuhannya tinggi, sehingga 480Hz. Kecerahan pula mencecah 800nits, menyokong format HDR10+.

Kaca Corning Gorilla Victus, kaca paling tahan lasak keluaran Corning menjadi lapisan luar skrin. Tetapi ada satu perkara agak pelik. Pengimbas capjari tidak terletak di dalam skrin, tetapi di butang kuasa di sisi.



Gandingan Cinematic diteruskan dengan sistem bunyi stereo dwi speaker yang menembak ke tepi. Ia dikuasakan oleh Harman Kardon dan menyokong teknologi audio Dolby atmos.

Pelengkap kepada gerakan Cinematic ini adalah tiga kamera belakang padanya. Ia adalah kamera utama 108MP F1.75 berkeupayaan rakaman video 8K. Pasangannya adalah kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera telemakro 5MP F2.4 dengan autofokus 3-7cm dari subjek.
Kamera hadapan terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin, menggunakan sensor 16MP.



Dengan Xiaomi 11T Pro, Xiaomi mencatat sejarah dengan memperkenal pengecasan pantas Xiaomi HyperCharge 120W. Ia boleh mengecas penuh bateri dwi-sel 5,000mAh di dalamnya, dalam masa 17 minit sahaja. Lebih penting lagi, kepala pengecas 120W disertakan di dalam kotak. Teknologi pengecas 120W ini dijamin selamat dengan pengiktirafan TÜV Rheinland Safe Fast-Charge System.

Xiaomi 11TMeringkaskan cerita, Xiaomi 11T memiliki sistem Cinematic yang sama dengan versi Pro. Skrinnya 6.67-inci AMOLED 120Hz HD Penuh, bersama sistem bunyi stereo menembak ke tepi, serta sistem tiga kamera di belakang menggabungkan kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera telemakro 5MP.




Perbezaan pada Xiaomi 11T adalah kuasa penggeraknya. Telefon ini menggunakan cip Mediatek Dimensity 1200 Ultra, diperbuat dari proses 6nm dengan kelajuan sehingga 3.0GHz. Ia dipersembahkan bersama RAM 8GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB.
Kapasti bateri di dalamnya juga sama, seluas 5,000mAh tetapi ia menyokong teknologi pengecasan 67W. Kepala pengecas 67W tersedia di dalam kotak.

Harga jualan

Dalam pelancaran ini, Xiaomi mengumumkan harga jualan siri Xiaomi 11T untuk pasaran Eropah. Xiaomi turut memberikan jaminan selama 2 tahun bersama jaminan keretakan skrin selama 6-bulan.

Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T didatangkan dalam tiga pilihan warna: hitam, putih dan biru.



Harga siri Xiaomi 11T di Eropah adalah seperti berikut:
  • Xiaomi 11T (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 499
  • Xiaomi 11T (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 549
  • Xiaomi 11T Pro (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 649
  • Xiaomi 11T Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – EUR 699
  • Xiaomi 11T Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – EUR 749



Anggaran harga jualan Malaysia


Harga untuk Xiaomi 11T adalah lebih murah EUR50 berbanding harga pelancaran Mi 10T. Tetapi harga Xiaomi 11T Pro lebih mahal EUR50 berbanding Mi 10T Pro. Dari sini, kita boleh timbulkan hipotesis untuk harga jualan di Malaysia.

Pelancaran siri Mi 10T di Malaysia tahun lepas, mengumumkan harga Mi 10T (8+128) pada RM1,699 dan Mi 10T Pro (8+256GB) pada RM1,999. Bagi siri Xiaomi 11T, jika menurut pertukaran kadar matawang yang sama, kita boleh simpulkan harganya di Malaysia adalah:
  • Xiaomi 11T (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,499
  • Xiaomi 11T Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,199

Adakah jangkaan ini tepat? Kita nantikan pengumuman rasmi dari Xiaomi Malaysia tidak lama lagi.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2021 11:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2021 11:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2021 11:37 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2021 11:40 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Samsung galaxy Tab S7 FE pun dah masuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-9-2021 12:19 AM | Show all posts
sarah82 replied at 17-9-2021 12:04 AM
Samsung galaxy Tab S7 FE pun dah masuk

bila?
nanti aku cari sumber berita
biasanya bila bulan pelancaran
hampir semua company akan lancar produk2 terbaru di bulan yg sama atau selepasnya
kiranya bersaing dlm masa yg lebih kurang sama
nak kejar market share


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 17-9-2021 12:19 AM
bila?
nanti aku cari sumber berita
biasanya bila bulan pelancaran

Aku baru nampak kat lazada.. RM1899..nanti aku tempek review Samsung tab s7 FE kat thread yg ang buka nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2021 09:49 PM | Show all posts
Xiaomi 11T Pro – Ciri Cinemagic Untuk Rakaman Yang Penuh Magis
Diterbitkan pada 23 Sep 2021. oleh Syafia Hani.

Jika kita lihat peredaran dunia teknologi sekarang ini, revolusi teknologi penggambaran menggunakan telefon pintar adalah salah satu perkara yang kita semua perlu banggakan. Terbaru, Xiaomi melancarkan telefon pintar siri Xiaomi 11T yang dikatakan dapat menawarkan banyak fungsi-fungsi yang membantu untuk menghasilkan rakaman seumpama filem sinematik yang dinamakan “Cinemagic”. Jika dahulu, ciri seumpama ini hanya boleh dirakam menggunakan kamera profesional yang berat dan besar, kini ia sudah boleh dimuatkan ke dalam poket dan mudah dibawa kemana-mana sahaja anda mahu.

Hadir Dengan Fungsi Rakaman Berkualiti Seumpama Filem Profesional

Siri Xiaomi 11T ini hadir dengan dua variasi, iaitu Xiaomi 11T dan juga 11T Pro. Namun pada artikel kali ini kita akan membincangkan tentang kehebatan Xiaomi 11T Pro. Telefon pintar ini dilengkapi dengan tri-kamera utama yang menggabungkan lensa 108MP untuk sudut lebar, 8MP untuk sudut ultra lebar, dan 8MP untuk lensa telemakro. Manakala bagi rakaman swafotonya pula, ia hadir dengan lensa 16MP.

Menurut Xiaomi, telefon pintar ini berupaya untuk menghasilkan rakaman seumpama filem dengan bantuan mod AI Cinema, rakaman beresolusi 8K dan juga 4K HDR10+. Melaluinya, ia membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman dengan teknologi ISO pintar yang mana pada kebiasaannya hanya terdapat pada kamera digital sahaja. Terdapat juga fungsi-fungsi rakaman yang lain seperti Audio Zoom, Magic Zoom, Time Freeze, rakaman Telemacro dan banyak lagi. Hasil rakaman ini juga turut dibantu dengan janaan cip Snapdragon 888 yang dapat meningkatkan penggunaan AI pada kamera telefon pintar ini sekaligus menghasilkan rakaman yang lebih berkualiti.

Sistem Pengecasan Yang Mampu Mengecas Penuh Sepantas 17 Minit



Rakaman yang berkualiti tinggi dalam masa yang lama juga akan memberi kesan kepada penggunaan bateri. Oleh sebab itu, Xiaomi menawarkan teknologi pengecasan 120W Xiaomi HyperCharge pada telefon pintar ini yang mana ia juga telah menerima pengiktirafan daripada TÜV Rheinland Safe Fast-Charge System. Telefon pintar ini juga merupakan telefon pintar pertama yang hadir dengan sistem pengecasan ini dan dikatakan mampu mengecas penuh dalam masa hanya 17 minit sahaja. Melaluinya anda tidak perlu lagi perlu menunggu masa yang lama untuk ia dicas penuh sepanjang proses menghasilkan rakaman seumpama filem berlangsung.
Xiaomi 11T Pro

Dibina Dengan Skrin Dan Audio Yang Mampu Memberikan Tontonan Yang Memuaskan

Tetapi, apa gunanya kualiti penggambaran yang hebat jika ia tidak boleh memaparkannya dengan baik bukan? Oleh sebab itu, Xiaomi telah melengkapkan peranti ini dengan skrin 120hz AMOLED bersaiz 6.67 inci. Paparan HDR10+ pada telefon pintar ini juga dikatakan mampu memaparkan sehingga 1 billion warna dengan nisbah kontras 5,000,000:1 dan kecerahan sehingga 1000 Nits. Penggunaan skrin ini juga akan memberikan kesan yang lebih responsif dengan kadar sentuhan skrin 480hz dan ia telah diberikan penilaian A+ daripada DisplayMate. Anda juga tidak perlu risau tentang ketahanan skrin ini kerana ia menggunakan Corning® Gorilla® Glass Victus™.

Audio juga penting untuk melengkapkan lagi pengalaman sinematik yang lebih menyeluruh pada peranti ini. Xiaomi 11T Pro ini dibina dengan dua pembesar suara yang menyokong Dolby Atmos® dan turut diiktiraf oleh SOUND by Harman Kardon. Melaluinya, anda boleh mendapatkan pengalaman tontonan yang lebih mendalam dan memuaskan.

Harga Yang Berpatutan Dengan Spesifikasi Bersama Pelbagai Promosi Menarik



Jadi, sekiranya anda berminat dengan telefon pintar ini, sesi pra-tempah akan dibuka bermula dari 23 September sehingga 29 September 2021 ini. Terdapat dua pilihan untuk model Xiaomi 11T Pro yang anda boleh dapatkan iaitu
Xiaomi 11T Pro (8+256GB) pada harga RM2,099 atau
Xiaomi 11T Pro (12+256GB) pada harga RM2,299.

Tiga pilihan warna ditawarkan untuk model ini, iaitu Meteorite Gray, Moonlight White atau Celestial Blue. Bagi setiap pra-tempahan yang dibuat, anda berpeluang untuk menerima hadiah premium yang bernilai sehingga RM668. Hadiah-hadiahnya terdiri daripada Mi Watch Lite, Mi True Wireless Earphones 2 Basic, jaminan peranti 1+1 tahun dan jaminan pembaikan skrin jika berlaku kerosakan pada skrin telefon anda dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian. Namun, perlu diingatkan bahawa ia bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda tidak perlu risau sekiranya tidak sempat untuk membuat pra-tempah. Hal ini kerana, untuk setiap pembelian mana-mana versi peranti siri Xiaomi 11T bermula 2 Oktober sehingga 4 Oktober, anda akan mendapat satu tiket cabutan bertuah dan berpeluang untuk memenangi TV P1 43 inci yang bernilai sehingga RM1,799. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapat pelbagai hadiah menarik dari Xiaomi apabila anda membeli siri Xiaomi 11T ini. Anda boleh mendapatkannya melalui kedai atas talian rasmi Xiaomi di Lazada atau Shopee, atau juga pengedar-pengedar rasmi Xiaomi seluruh Malaysia bermula 2 Oktober kelak. Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan siri Xiaomi 11T bersama pelbagai hadiah menarik sementara stok masih ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2021 11:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2021 11:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2021 11:40 PM | Show all posts
pilih jangan tak pilih hp model baru
tukar weeiii
tukar!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2021 11:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 08:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 08:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 08:06 AM | Show all posts
mari! mari! mari!
pilih mana yg berkenaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2021 10:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2021 09:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 06:23 PM | Show all posts
harga xiaomi ni takda la mahal mana ya. tapi best ke pakai product & design dari china?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.067249 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list