CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1163|Reply: 1

Liek Hou terima bonus tertinggi KLBA

[Copy link]
Post time 22-9-2021 07:20 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou menjadi penerima insentif tertinggi daripada Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) apabila memperoleh RM10,000.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik yang juga pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik pula menerima sebanyak RM5,000.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita, Sonnia Cheah dan tonggak beregu wanita yang sudah mengumumkan persaraannya baru-baru ini, Chow Mei Kuan masing-masing menerima RM2,000.

Turut memperoleh insentif sebanyak RM3,000 ialah Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan jurulatih Liek Hou, Datuk Rashid Sidek.

Jelas Presiden KLBA, yang juga Timbalan Presiden 2 BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos, majlis berkenaan bertujuan untuk meraikan enam pemain dan pegawai yang terbabit di Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 tatkala kesemua mereka pernah bernaung di bawah KLBA.

"Kami (KLBA) terus menjadi salah satu daripada tunjang utama bagi badan induk badminton negara (BAM) dalam menyediakan bakat-bakat baharu yang berkualiti kepada skuad badminton negara," katanya. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2021 07:23 AM | Show all posts

Liek Hou (kanan) menerima replika cek daripada Jahaberdeen dalam satu majlis ringkas hari ini. Gambar Ihsan BAM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053990 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list