CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1604|Reply: 3

Poad bakal tinggalkan SSTMI

[Copy link]
Post time 27-9-2021 10:26 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim bakal mengambil 'angin baharu' apabila dijadual berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Perak dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor dalam masa terdekat ini.

Perpindahan itu bukan saja membabitkan dirinya malah dua anak didiknya iaitu Khairul Hafiz Jantan dan Mohd Haiqal Hanafi yang akan menyertainya, bagi meneruskan latihan seperti biasa di sana.

"InyaAllah akan membawa lebih kebaikan dan kejayaan untuk atlet dan jurulatih pada masa akan datang," kata Poad. "Sebelum ini, ketika saya berhijrah kali pertama dari Melaka ke SSTMI, Alhamdulillah berjaya melahirkan (bakat) Khairul Hafiz dan Haiqal untuk menang dalam Sukan SEA."

Kredibiliti Poad dalam melahirkan bakat yang boleh diketengahkan sememangnya tidak boleh disangkal, apabila menjadi watak utama bagi kejayaan Khairul Hafiz dan Haiqal.

Kedua-dua pelari berkenaan mampu menyerlah diperingkat Asia Tenggara apabila memenangi pingat emas dalam acara 100 meter (m) Sukan SEA masing-masing pada edisi 2017 dan 2019.

Poad juga berjaya menggilap bakat baharu iaitu atlet tinggi lampai, Muhammad Arsyad Md Saat yang pernah menjuarai acara 100m dalam saingan Grand Prix (GP) Malaysia.

Arsyad yang mempunyai ketinggian 184 sentimeter mencipta kejutan dalam perlumbaan berkenaan apabila muncul juara di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, April lalu dengan catatannya 10.64 saat (s). - BHarian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2021 10:28 PM | Show all posts

Gambar fail - Mohd Poad Md Kassim (kiri) bersama Khairul Hafiz Jantan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah smk gunung rapat...., harap x rindu angin pantai desaru lah ye encik poad nnt....Selamat berpindah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 10:53 PM | Show all posts
semoga lebih ramai atlet muda terlahir nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.756966 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list