CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zfaz010

CERPEN: Kasih Tak Terucap

 Close [Copy link]
Post time 1-10-2006 11:05 AM | Show all posts
makin menarik ne.......
x sabar
sambung jgn x sambung yek
cayok! cayok! zfaz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2006 08:50 PM | Show all posts
PART 37
----------



Suasana sepi ketika Zakuan sampai di wad kecemasan. Kelihatan emak dan ayah mertuanya sedang duduk menanti di depan bilik pembedahan. Apa yang sedang berlaku di sebalik pintu itu? Langkahnya semakin pantas mendekati Encik Sahak dan Puan Kamalia.

揗ak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 08:54 PM | Show all posts
PART 38
----------



Jambangan bunga di tangannya dicium beberapa kali. Sedozen mawar merah telah digubah dengan cantik menjadi sebuah jambangan bunga yang amat menarik semua mata yang memandang. Di celah-celah kuntuman mawar itu diselitkan bunga-bunga kecil dan halus berwarna putih. Zakuan tersenyum menantikan reaksi Zira apabila menerima jambangan mawar merah itu nanti. Dia bersiul-siul kecil melalui koridor wad untuk melawat isterinya.

Sebaik sahaja dia membuka pintu wad, matanya tertancap pada satu pasangan yang sedang berbual mesra dengan Zira dan kedua-dua mertuanya. Mereka berpaling melihat Zakuan yang sedang berdiri tegak di ambang pintu. Zakuan melemparkan segaris senyuman kepada mereka semua sambil bibirnya mengucapkan salam. Salamnya disambut serentak.

揑tulah Zakuan, suaminya Zira.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 03:36 AM | Show all posts
PART 39
----------


Selepas doktor membuat pemeriksaan pada pagi itu, Zira hanya duduk berehat sambil membaca majalah yang dibawa oleh ibunya semalam. Rasa bosan mula merajai hatinya. Zakuan pula selepas meninggalkannya petang semalam, hanya kembali lewat malam semalam setelah dia melelapkan mata. Zira sedar akan kehadiran Zakuan tatkala dia merasa ada tangan yang membetulkan gebarnya. Namun dia hanya mendiamkan diri tanpa reaksi. Akhirnya dia terlena santak ke pagi.

Seketika kemudian, dia kembali teringatkan kata-kata Zakuan sebelum meninggalkan dia petang semalam. Dari kata-kata itu, dia tahu Zakuan memang tidak akan menceraikan dia. Entah mengapa perasaan lega menyelinap ke dalam jiwanya. Dia sendiri tidak memahami dirinya sendiri. Adakalanya dia tidak mahu Zakuan 憁enghantui
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 09:30 AM | Show all posts
please sambung lagi...makin suspen ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 09:32 AM | Show all posts
eeeee jahatnya Azahari..........
sian kat zakuan n zira..............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2006 11:49 AM | Show all posts
cepat lah sambung.......eiiiiiiiii,jahatnye azahari....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 08:44 AM | Show all posts
jahatnyer manusia nih...!!!....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2006 05:44 PM | Show all posts
PART 40
-----------------



揌alim, aku mahu meminta bantuan kau. Isteri aku dalam bahaya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2006 05:45 PM | Show all posts
PART 41
----------



Pertemuan di antara Zakuan dan Halim berjalan lancar. Zakuan telah menyerahkan maklumat tentang Azahari kepada Halim. Setelah berbual beberapa ketika, Halim meminta diri untuk beredar. Dia juga turut beredar dan pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan angka 12.30 tengah malam. Namun, matanya belum mengantuk. Di fikirannya hanya memikirkan tentang Zira. Bagaimanakah keadaannya tika ini? Keluhnya di dalam hati.

Suasana sepi dan kelam menyelubungi Zakuan sebaik saja tiba di rumah. Perlahan-lahan dia memetik suis lampu. Serta merta ruang tamu rumahnya terang benderang. Walaupun begitu, hidupnya terasa begitu sepi. Ketiadaan Zira di sisi, amat meninggalkan kesan yang mendalam dalam dirinya walaupun seketika. Jika dulu, rumah ini dihiasi dengan senyuman manis isterinya walaupun dia tahu Zira tidak menerimanya dengan sepenuh hati namun dia tetap bahagia dengan layanan mesra Zira terhadapnya. Tapi kini, setelah begitu banyak rintangan dan masalah yang terpaksa dihadapi oleh mereka berdua dan gangguan demi gangguan yang diterima dari Azahari cukup membuatkan kehidupan mereka kucar-kacir.

揝ampai bilakah kita harus hidup begini, Zira?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2006 05:46 PM | Show all posts
PART 42
---------




Pandangan Zira berpinar-pinar dan agak kabur. Tubuhnya pula terasa dingin. Dia cuba mencelikkan matanya yang begitu liat untuk terbuka. Dia terasa ingin menyambung tidurnya yang dirasakan begitu nyenyak sekali. Tambahan pula bauan haruman biliknya begitu menyamankan. Tidak seperti sebelum ini, tekaknya begitu loya apabila terpaksa menghidu bau ubat!

Tiba-tiba dia berasa hairan. Mengapa pula tiada bau ubat-ubatan? Dan katil tempat dia beradu terasa begitu empuk. Pantas dia membuka matanya. Suasana begitu asing baginya.

Ini bukan wad hospital. Ini bilik hotel! Tetapi bagaimana pula aku boleh berada di sini? Dia berteka-teki di dalam hati. Fikirannya ligat berputar. Cuba mengingati kembali apa yang berlaku sebelum dia berada di sini.

揂zahari!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 08:37 AM | Show all posts
Aduh!!! Macam nak sepak-sepak je si Zeri tuh...

nak lagi... nak lagi .. :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 08:54 AM | Show all posts
zahari ne patut kena
:bodek::bodek::bodek:
nak lagi........
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 10:01 AM | Show all posts
eee..jahatnye azahari tu....:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 04:49 PM | Show all posts
padan muka azahari...harap2 cepatlaa mamat tuh insaf...kesian zakuan and hopefully zira pun selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 02:09 PM | Show all posts
dush2.. best ah citer ni.. jongos tul azahari tuh.. ee tak sabar nk bace cite seterusnye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2006 07:13 AM | Show all posts
PART 43
-----------



Zakuan semakin gelisah apabila Halim masih tidak menghubunginya. Sudah masuk hari kelima Zira hilang dari wad. Dia menyendiri di dalam bilik tidur dan berbaring di kamar dengan telefon bimbit tergenggam kemas di tangannya. Sejak hari kehilangan Zira, dia tidak dapat tidur lena kerana bimbang akan keselamatan isteri tercinta.

Kamar itu terasa begitu sunyi. Zakuan cuba melelapkan mata setelah penat bekerja seharian di pejabat. Walaupun menghadapi masalah yang besar, namun dia tetap cuba untuk menumpukan perhatian kepada kerjanya. Dia tidak mahu mencampur adukkan masalah peribadi dengan kerja di pejabat. Tetapi hakikatnya walaupun jasadnya berada di pejabat, namun fikirannya tetap memikirkan tentang Zira.

揔e mana kau bawa lari isteriku, Azahari厰 getus Zakuan seorang diri. Perasaan marah mencengkam hatinya. Membuak-buak amarahnya terhadap lelaki itu. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menembak Azahari apabila bertemu dengannya nanti. Tetapi, Zakuan cepat-cepat beristighfar. Dia tidak mahu perasaan marah itu menguasai fikirannya hingga membuatkan dia melakukan perkara yang bertentangan dengan agama dan undang-undang.

Tiba-tiba deringan telefon memecahkan kesunyian. Dia pantas menekan punat hijau lalu melekapkan ke telinga.

揌alim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 07:18 AM | Show all posts
PART 43
----------



Zakuan berdiri di hadapan pintu bernombor 408. Dia menarik nafas panjang sebelum menghembusnya kembali. Halim memberitahunya bahawa bilik inilah yang didiami oleh Azahari sejak lima hari yang lalu. Dia ke sini seorang diri tanpa pengetahuan Halim. Mereka berpisah selepas membuat laporan di balai . Dia berbohong kepada Halim dengan mengatakan bahawa dia ingin bertemu dengan ayah dan ibu Zira. Padahal dia mengambil keputusan untuk datang sendiri bersemuka dengan Azahari. Dia tidak sanggup untuk menunggu pihak membuat siasatan. Dia terlalu risaukan tentang Zira dan dia yakin Zira berada di dalam bilik itu bersama Azahari.

Dia menekan loceng pintu. Dia berdebar-debar menunggu reaksi penghuni bilik itu. Namun tiada jawapan. Dia menekan sekali loceng. Kali ini membuahkan hasil apabila terdengar suara lelaki yang menjawab dari dalam bilik.

揝iapa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 07:52 AM | Show all posts
aisey mannn.....best...best...cepat sambung ek!....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 09:52 AM | Show all posts
ala...sambung la lagi...huhu..sian zira..:cry:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.496538 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list