CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

BANJIR BESAR DI JOHOR -- WITH PICTURES!! (POST #5, #10, #20)

[Copy link]
Post time 25-12-2006 09:25 PM | Show all posts
kesian btol kat diorg sumer nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2006 12:45 PM | Show all posts
Originally posted by redCeri^cet at 21-12-2006 10:59 PM
Banjir di Johor paling teruk dalam 100 tahun?


Pagi tadi 26/12/2006, kalau tak silap teman ada satu seakan-akan MCS (multi cell storm ??) over Johor area, Singapore and coastal area of Sumatera. Anyway, rasanya thut MCS moving to the south (due to vortex somewhere in Java)...
Ada member I mengjangkakan bahawa this phenomenon akan berlarutan sampai 29 Nov. 2006 dengan satu dua hari nie peak daynya dan kemudian beransur kurang.

Anyway, thut was not my intention, I cuma heran nengok kawasan SCS agak dry (although there was mild cold surge and easterly wind - rasanya ini bercanggah dengan ciri2 northeast monsoon)...

~redCeri^cet - ur comments
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by rudz at 26-12-2006 12:45 PM
Pagi tadi 26/12/2006, kalau tak silap teman ada satu seakan-akan MCS (multi cell storm ??) over Johor area, Singapore and coastal area of
Sumatera. Anyway, rasanya that MCS moving to the south  ...


yeap, seluruh johor hujan pg td, even now more on the south. mcm ada MCS merge dgn another MCS kat bwh s'pore tuh....
mybe esok & lusa peak nya even though the surge is mild, cyclonic flow wind sheer is strong. ITCZ and the trough look very active...
it getting worst during aidil adha and new year..this time i don't know what to expect and the reason still shady....

rudz leh bg explaination why this year its more to the south?

Ada member I mengjangkakan bahawa this phenomenon akan berlarutan sampai 29 Nov. 2006 dengan satu dua hari nie peak daynya dan
kemudian beransur kurang.

mybe till 30-31 dec

Anyway, thut was not my intention, I cuma heran nengok kawasan SCS agak dry (although there was mild cold surge and easterly wind -
rasanya ini bercanggah dengan ciri2 northeast monsoon)...

- i'm clueless too, is it b'coz of IOD and el nino? global warming?

so instead something like vamei we get a quasi-stationary system in the south....look at the situation now i would prefer vamei...

~ mood holiday hilang, t'igt kg mybe banjir & sambut raya dlm hujan....lg la dgr ada buaya t'lepas lak.............
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by redCeri^cet at 26-12-2006 04:38 PM

yeap, seluruh johor hujan pg td, even now more on the south. mcm ada MCS merge dgn another MCS kat bwh s'pore tuh....
mybe esok & lusa peak nya even though the surge is mild, cyclonic flow wind sheer is strong. ITCZ and the trough look very active...
it getting worst during aidil adha and new year..this time i don't know what to expect and the reason still shady....


pagi nie dan sepanjang hari nie teman expect Johor akan terus hujan... special about today ...echo moving to northwest rasanya... so... kalau teman rakyat Johor... dan....dan nie gak teman cabut...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 09:34 AM | Show all posts
pg ni x ler menyeluruh sgt tp ptg mungkin ler...ptg nnti sarawak pun ok sket b'banding semalam....
aah northwest tp suppose more to southwestward? tp esok mmg makin teruk..

xkan nk cabut gitu jek...nk xnak tempuhi gak ujian tuhan...bkn selalu mcm gini pun...
pasti ada hikmah di sebalik nya...mybe rudz leh publish paper on this...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by redCeri^cet at 27-12-2006 09:34 AM
pg ni x ler menyeluruh sgt tp ptg mungkin ler...ptg nnti sarawak pun ok sket b'banding semalam....
aah northwest tp suppose more to southwestward? tp esok mmg makin teruk..


sebenornya I bukannya forecaster pun.... I tertengok gambor FY-2C pagi tadi... tu yg teruja skit tu...bila loop nampak ianya moving in... btw... nampaknya ianya bertambah baik...BUT please remember .... convective activity over ocean take a bit more longer (due to big size of CCN).....
so.. kita tunggu awal malam nanti... TUNGGUUUUU...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2006 02:28 PM | Show all posts
mlm nnti br ada surge jek....awal pg sok kot?

xbest btl la internet connection hampeh...
ye jek u bkn fxter? dok tgkt 6 ke 5 xpun 3?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 07:07 PM | Show all posts
Originally posted by redCeri^cet at 27-12-2006 02:28 PM
xbest btl la internet connection hampeh...
ye jek u bkn fxter? dok tgkt 6 ke 5 xpun 3?


tiada kaitan secara direct ngan met, napenya ngan 6,5 dan 3 tu..

mlm nnti br ada surge jek....awal pg sok kot?

idokla... maksud I pembentukan storm/TS/clouds di kawasan ocean mengambil masa yg lebih lama berbanding land (sbb CCNnya besar... force nak tolak particles tu ke atas kenala lebih besar)... thut why kebiasaannya pembentukan weather dikaw. ocean biasanya bermula lewat petang ataupun awal malam berbanding land awal petang...
Another isu is topography di kaw. Johor tidak memungkinkan pembentukan echo yang besar (rangesnya tak mengancam) ... so kalau nak bagi Johor banjir lagi... echonya kena terbentuk di kawasan ocean... dan tengahari semalam... echonya dah berkurangan.... so kena tunggu malam la...baru leh tengok samada ianya still got strong low level convergence over perairan Johor...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2006 02:28 AM | Show all posts
Bah Johor: Lebih 6,000 lagi berpindah
29-12-2006

edisi pagi JOHOR BARU:  Cuaca yang tidak menentu di seluruh Johor menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan kini bertambah kepada 61,352 orang berbanding 55,212 orang malam tadi.
Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berkata pertambahan itu melibatkan kawasan Batu Pahat dengan 28,325 orang di 76 buah pusat pemindahan pagi ini berbanding 27,709 orang malam tadi, manakala di Muar meningkat kepada 22,456 orang pagi ini berbanding 17,377 orang malam tadi apabila keadaan air di Bukit Kepong, Panchor, Lenga dan Kundang Ulu masih tidak banyak berubah.

Katanya beberapa jalan iaitu Jalan Muar-Parit Sulong, Jalan Bukit Pasir-Pagoh, Jalan Muar-Segamat, Jalan Bukit Serampang-Kandong dan Jalan Pagoh-Panchor kini ditenggelami air antara 0.5 dan satu meter.

Jurucakap itu berkata seramai 1,757 mangsa masih berada di 222 buah pusat pemindahan di Segamat, Kluang (3,707), Kota Tinggi (2,439), Johor Baru (1,920) dan Mersing (748).

Katanya korban banjir di negeri ini masih kekal 11 orang dan usaha mencari seorang kanak-kanak perempuan Pavila Kamala Nathan, 5, yang hilang selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki bersama keluarganya dihanyutkan arus deras di Kampung Haji Kamisan, Yong Peng, dua hari lepas masih dijalankan.

BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2006 09:48 PM | Show all posts
Mangsa banjir Johor sambut raya dalam air
30-12-2006

JOHOR BARU:  Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sementara di serata Johor, juga tidak ketinggalan membuat persiapan terakhir untuk menyambut Hari Raya Aidiladha esok.

Walaupun terpaksa bersesak di pusat-pusat pemindahan, namun mangsamangsa banjir di negeri yang paling teruk dilanda bencana itu tetap nampak bersemangat menyambut Hari Raya.

Tinjauan Bernama di beberapa buah pusat pemindahan mangsa banjir seluruh Johor mendapati walaupun persiapan dilakukan ala kadar, tetapi suasana Hari Raya Aidiladha tetap dirasai.

Di KOTA TINGGI, suasana di pusat pemindahan Sekolah Menengah Laksamana tetap meriah dengan pelbagai persiapan diatur untuk majlis sambutan esok.

Penyelaras pusat pemindahan tersebut, Fadzli Abdullah berkata persiapan dilakukan dengan bantuan dari pihak Pejabat Daerah, Umno Bahagian serta pelbagai pihak swasta.

"Antara program itu ialah solat di masjid berdekatan, mengorbankan lima ekor lembu, memotong daging, masak juadah raya seperti ketupat dan nasi minyak, pertandingan lukisan dan lain-lain lagi," katanya.

Menurutnya sebahagian daripada makanan yang dimasak akan dihantar kepada mangsa banjir yang sudah pulang untuk membersihkan rumah masing-masing.

Di JOHOR BARU, 60 mangsa banjir dari 23 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih, Pasir Gudang, turut tidak terkecuali membuat persiapan terakhir menyambut Hari Raya Aidiladha esok.

Menurut salah seorang mangsa, Mohd Shah Nordin, 40an, walaupun bilangan mangsa di pusat pemindahan itu tidak ramai tetapi mereka tetap tidak mahu ketinggalan menyambut perayaan tersebut.

"Kita akan cuba memasak hidangan yang biasa kita makan ketika Hari Raya Aidiladha untuk santapan mangsa banjir pada pagi esok, sekurang-kurangnya suasana perayaan itu dapat dirasai seperti kita berada di rumah sendiri," katanya.

Menurutnya, bekalan daging korban untuk mangsa banjir di pusat tersebut juga sudah disediakan oleh pihak berkuasa.

Di MUAR pula, mangsamangsa banjir beragama Islam juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan Hari Raya Aidiladha esok meskipun terpaksa tinggal di pusat pemindahan sementara.

Lebih 100 ekor lembu diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh Muar untuk dikorbankan esok.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pagoh, Mohd Jamil Saad berkata lembul-embu korban itu disumbangkan oleh kerajaan negeri Johor, Pertubuhan Peladang Malaysia (Peladang), kerajaan negeri Perlis dan bahagian-bahagian Umno sekitar Muar.

"Harga seekor lembu adalah diantara RM3,500 hingga RM2,500. Kita hanya inginkan esok semua orang Islam merayakan Hari Raya Aidiladha dengan gembira tanpa mengingatkan kesusahan yang sedang dilalui," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pusat Umno Pagoh.

Sementara itu salah seorang mangsa banjir, Muhammad Hanafiah Kadir berkata pengagihan lembu-lembu korban ini amat bermakna bagi mangsa-mangsa banjir yang beragama Islam.

BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2007 06:28 AM | Show all posts
Korban banjir Johor meningkat 13 orang
Oleh KAMIL MASLIH

JOHOR BAHRU 31 Dis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2007 04:44 PM | Show all posts
Johor makin pulih, 30,000 di pusat pemindahan banjir
02-01-2007

KUALA LUMPUR:  Keadaan banjir yang semakin pulih di Johor pagi ini membolehkan lebih ramai mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing dan yang masih tinggal di 102 pusat pemindahan berkurangan kepada 30,758 orang berbanding 38,689 orang malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata jumlah mangsa banjir paling ramai masih berada di pusat pemindahan ialah di Batu Pahat, 25,243 orang, manakala di Muar (5,196), Segamat (268) dan Kota Tinggi (51).

Katanya masih banyak jalan yang ditutup di Batu Pahat iaitu Jalan Tongkang Pecah-Parit Jalil, Jalan Parit Sikun-Seri Medan, Parit Terus-Seri Medan, Jalan Seri Pasir-Seri Medan,

Jalan Parit Sulong-Muar, Jalan Batu 1 Kampung Baru-Parit Sulong, Jalan Parit Sengkuang-Seri Bengkal-Parit Yaani, Jalan Taman Seri Wangsa dan Jalan Parit Sentang-Senggarang manakala di Segamat melibatkan Jalan Bukit Kepong-Muar.

Beberapa jalan di Muar yang masih ditutup ialah Jalan Bukit Kepong-Labis, Jalan Panchor-Gersik, Jalan Gombang-Liang Batu dan Jalan Durian Chondong kerana digenangi air antara 0.7 hingga 1 meter.

Jurucakap itu berkata usaha mencari dua lelaki warga Nepal yang dikhuatiri turut menjadi mangsa banjir di negeri ini diteruskan pagi ini.

Lok Bahadur Kharta, 33, dan Boes Raj Bahandari, 26, pekerja kilang biskut Hwa Tai, dilaporkan hilang dihanyutkan arus sungai setinggi empat meter di Kampung Kolam Air, Parit Sulong dekat Batu Pahat kira-kira pukul 5.30 petang, dua hari lepas.

Banjir di Johor meragut 13 nyawa setakat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 09:57 AM | Show all posts
sayonara december.....

Originally posted by rudz at 28-12-2006 07:07 PM
thut why kebiasaannya pembentukan weather dikaw. ocean biasanya
bermula lewat petang ataupun awal malam berbanding land awal petang..


land / sea breeze....tgk gak the wind direction, easterly/westerly...

rudz...u dah ambik PTK?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by redCeri^cet at 4-1-2007 09:57 AM
sayonara december.....



land / sea breeze....tgk gak the wind direction, easterly/westerly...

rudz...u dah ambik PTK?


bagi fenomena yang berkeluasan synoptic scale, land/sea breeze tidak diambil kira
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2007 06:02 AM | Show all posts
Johor banjir lagi
Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD, HASNURUL MOHAMED, NIZAM YATIM dan ROHANI IBRAHIM


JOHOR BAHRU 12 Jan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2007 07:32 AM | Show all posts
Bah kian buruk sampai minggu depan
14-01-2007

KUALA LUMPUR:  Gelombang kedua banjir yang melanda Johor dijangka kekal sehingga akhir minggu depan berikutan hujan monsun sederhana yang diramalkan turun berterusan mulai Isnin sehingga Rabu ini.

Jumlah mangsa di seluruh negeri ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 74,525 orang malam ini berbanding 60,512 orang petang tadi.

Jabatan Meteorologi berkata keadaan banjir di utara Johor, terutamanya di daerah Segamat dan Muar, dijangka bertambah buruk berikutan keadaan hujan lebat tanpa henti yang mulai melanda bahagian tersebut sejak dua hari lepas.

Hujan monsun lebat yang dibawa oleh monsun timur laut yang masih aktif dijangka turut melibatkan seluruh negeri Pahang dan Terengganu selatan, menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sementara amaran peringkat merah bagi hujan lebat yang berterusan di Johor, Pahang selatan dan timur serta di Sarawak yang meliputi bahagian Kuching, Sri Aman, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Limbang sehingga Isnin ini masih berkuatkuasa.

Sementara amaran peringkat merah bagi Sabah yang meliputi bahagian pantai barat, kawasan pendalaman, Kudat dan Sandakan, Sabah adalah sehingga esok, katanya.

Jabatan itu berkata Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak Selatan dijangka mengalami hujan monsun sederhana sehingga Isnin ini.

Jabatan itu juga turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dan perairan negara terutama di Pantai Timur Semenanjung yang dijangka berterusan hingga Selasa ini dengan ombak setinggi empat hingga lima meter.

Bilangan mangsa di pusat penempatan banjir Johor Baru masih tinggi iaitu 19,429 orang, dan daerah Kluang malam ini meningkat kepada 15,717 orang berbanding 14,870 orang petang tadi dan diikuti Batu Pahat (15,607), Kota Tinggi (10,797), Segamat (6,075), Mersing (3,178), Pontian (2,412) dan Muar (1,699), menurut jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Anggota Dewan Undangan Negeri Jementah, Dr Lee Hong Tee yang dihubungi Bernama berkata keadaan di Segamat ketika ini masih terkawal dengan jalan utama di sekitar bandar masih belum menunjukkan tanda-tanda dinaiki air.

"Apa yang dibimbangkan sekarang adalah sekiranya hujan lebat ini tidak berkurangan petang ini maka air mungkin akan naik semula lewat petang ini seperti yang telah berlaku pada 19 Dis lepas di mana Segamat merupakan daerah terawal dilanda banjir," katanya.

Di Kota Tinggi, keadaan banjir di bandar itu masih tidak banyak menunjukkan perubahan, berikutan hujan lebat yang masih turun dan paras Sungai Johor masih melebihi paras bahaya.

Sebahagian besar bandar Kota Tinggi masih ditenggelami air sedalam 0.5 meter, manakala jalan keluar masuk ke daerah tersebut seperti Jalan Kota Tinggi-Johor Baru dan Jalan Kota Tinggi-Mersing masih tidak boleh dilalui.

Sementara itu, jalan ditutup ialah Jalan Seelong-Ulu Tiram, Km3 Jalan Ulu Choh-Gelang Patah, Km32 Bandar Tenggara, Km 24 Jalan Kota Tinggi-Kulai, Km26 Kota Tinggi-Kulai berdekatan Sungai Telor, Km40 Kota Tinggi-Johor Baru di Kampung Batu 23, Jalan Tun Sri Lanang di Bandar Tenggara, Km24 Jalan Mawai di Jalan Tun Habab dan Km 68.8 Jalan Kota Tinggi.

Di Kluang, jalan di Bandar Tenggara-Kluang dekat Felda Pengelih Timur pula mengalami tanah runtuh dan jalan ditutup ialah Jalan Mersing-Kota Tinggi, Mersing-Kluang, Segamat-Labis, Labis-Yong Peng, Labis-Muar, Kluang-Mersing, Kluang Bandar Tenggara dan di Jambatan Sungai Semborong.

Di Batu Pahat pula, Jalan Yong Peng-Chaah di Km3, Batu Pahat-Ayer Hitam di Km26, Muar di Batu 18.5 Parit Sulong, Km70 Muar-Labis ditutup kepada kenderaan ringan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2007 01:30 PM | Show all posts
Kampungku banjir lagi:music:  Lagi teruk dari yg baru2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2007 04:12 PM | Show all posts
sian nyer diorang
kubur
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2007 06:27 PM | Show all posts
banyakkan bersabar penduduk Johor... harap tabah dgn dugaan yg menimpa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2007 07:22 PM | Show all posts
actually, ikut kata mak aku, second wave ni lagi teruk dari yg first wave aritu.. lagi cepat air naik, pastu lebih dalam

dah 2 hari bergelap lak tu sbb letrik cut-off. Patut le aku tipon kwn aku x dpt2, aku rasa derang x dpt charge henset. Tah2, tower pemancar tu pun xde karen

[ Last edited by  neotoxin at 14-1-2007 07:23 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 1.043002 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list