CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7875|Reply: 105

Mawi pilih Dekna

[Copy link]
Post time 20-4-2007 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Mawi pilih Dekna untuk persembahan Hari Ibu - MSTAR.com

20-04-2007 12:30:26 PM
Oleh RADIN SRI GHAZALI
RAMAI yang sudah tahu penyanyi paling popular Mawi atau Asmawi Ani sudah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dalam Mawi World Sdn Bhd.
Sempena dengan sambutan Hari Ibu 13 Mei nanti, Mawi bersama-sama syarikatnya akan mengadakan satu majlis makan tengah hari bersama-sama golongan ibu di Palace of The Golden Horses.

Mawi sudah bersedia menjadi usahawan
(Foto fail The Star)
Malah ini merupakan anjuran pertama Mawi World Sdn Bhd dalam mengelolakan majlis sebesar ini.
Langkah yang diambil oleh Mawi seperti menjejaki usaha Datuk Siti Nurhaliza ketika menubuhkan Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan menganjurkan majlis-majlis seperti ini.
"Saya tidak mengikut sesiapa dalam mengembangkan syarikat saya. Tetapi saya merasakan bahawa inilah masa yang sesuai untuk syarikat saya mengelolakan event seperti ini kerana saya pun masih mempelajari selok belok dunia perniagaan," ujar penyanyi berusia 26 tahun ini di sidang akhbar Petang Berkilauan Habib Bersama Mawi dan Ibu-Ibu bertempat di Palace of the Golden Horses baru-baru ini.
Dalam kesibukan jadual kerja Mawi sebagai seorang penyanyi, ramai tertanya-tanya  bagaimanakah kemampuan penyanyi yang berasal dari Johor itu menguruskan perniagaannya itu.
"Saya mempunyai seorang sahabat yang membantu menguruskan perniagaan saya. Dia bertanggungjawab melakukan segala hal-hal pentadbiran serta pengurusan untuk Mawi World Sdn Bhd.
"Apa jua masalah yang dihadapi, dia akan menyelesaikan dan memberitahu saya mengenainya," ujar Mawi yang enggan memberi informasi terperinci mengenai 'sahabat' yang dikatakan bertanggungjawab menggerakkan syarikat tersebut.
"Saya sudah berkenalan dengan sahabat ini sejak awal pembabitan saya dalam bidang hiburan ini. Saya amat mempercayai dia dalam menguruskan syarikat saya," ujarnya lagi.
Ketika ditanya jika Mawi tahu secara terperinci tindak tanduk sahabatnya dalam menguruskan perniagaannya, dia menjawab, "Saya sentiasa mengawasi perkembangan syarikat saya. Saya tidak melepaskan tanggungjawab bulat-bulat begitu sahaja."
Selain daripada itu, pihak pengurusan Mawi yakni Maestro Talent Management turut terbabit dengan pengelolaan mana-mana majlis anjuran Mawi World Sdn Bhd.
"Memandangkan kami adalah pengurus Mawi, segala aktiviti yang dingin dianjurkan oleh Mawi World Sdn Bhd haruslah melalui pihak kami," ujar Freddie Fernandez selaku Ketua Operasi Maestro Talent Management.
Ketika ditanya jika pihaknya turut memperolehi pulangan atau imbuhan daripada pendapatan Mawi World Sdn Bhd, Freddie menjawab, "Adalah sikit-sikit sahaja."


Hari Ibu bersama Mawi



Dekna bakal bergandingan dengan Mawi
(Foto fail The Star)
Jika Minggu Setiausaha, Mawi menjadi hak eksklusif kepada sebuah hotel sahaja, kini Mawi terbuka menerima mana-mana lamaran persembahan sempena Hari Ibu nanti.
"Memandangkan Mawi antara penyanyiyang in demand kini, kami tidak mahu menghampakan sebarang tawaran dari mana-mana pihak yang inginkan khidmat dari Mawi.
"Asalkan persembahan tersebut tidak bercanggah dengan jadual kerjanya," ujar Freddie mengenai polisi pihaknya sempena sambutan Hari Ibu.
Bagi Mawi pula, dia sudahpun merangka persembahannya sempena Petang Berkilauan Habib Bersama Mawi dan Ibu-Ibu di Palace nanti.
"Saya akan menyanyikan beberapa buah lagu yang bertemakan ibu seperti Untukmu Ibu. Selain daripada itu, saya akan lakukan pertunjukan silap mata sebagai acara selingan untuk persembahan pada petang tersebut," ujarnya yang bakal menyanyikan sepuluh buah lagu dalam masa satu jam nanti.
Peserta Akademi Fantasia 5 yang baru sahaja disingkirkan, Dekna turut dijemput sebagai artis jemputan pada petang tersebut.
"Kami memilih Dekna kerana dia mempunayi bakat menyanyi. Malah, saya turut menyukai perangainya yang agak rock dan selamba," ujar Mawi yang bakal berduet bersama peserta dari Pulau Pinang itu menerusi lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta.
Gandingan bersama Dekna turut merupakan gandingan pertama bersama-sama seorang perempuan menerusi lagu ciptaan Loloq dan M Nasir itu.
Harga meja-meja adalah daripada RM1500 sehingga RM5000. Mereka yang berminat boleh menghubungi Hany (012-3023730), Zana (012-2881108) dan Jue (017-3114765) untuk melakukan tempahan.

Tidak gusar Aduh Saliha ditundakan

Seperti biasa, soalan yang kerap diajukan kepada Mawi sejak kebelakangan ini,  'Siapakah Saliha?' dalam filem Aduh Saliha.
"Saya tidak tahu siapa heroin filem ini. Masih belum ditemui lagi," ujar Mawi selaku hero filem yang sudah lama digembar gemburkan namun masih tidak menjalankan penggambarnnya lagi.
Nama-nama pelakon Awal Ashaari serta Erra Fazira yang dikatakan antara mereka yang bakal berlakon dalam filem ini juga belum pasti akan terbabit sama dalam filem arahan M. Nasir itu.
Mawi sendiri bersedia menerima sebarang kemungkinan termasuk penundaan produksi filem tersebut.
"Saya tidak gusar mahupun cuak walaupun ianya ditundakan ataupun dibatalkan. Saya tahu banyak di antara kami sibuk dengan jadual kerja masing-masing.
"Kalau ye pun perkara begini berlaku, saya hanya mampu menerima hakikatnya," tegas Mawi lagi.


[ Last edited by  kekekek at 20-4-2007 12:39 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2007 12:46 PM | Show all posts
rezeki dekna la ni
bagus la.

huhu..bila dia nak hampir2 terkeluar tu, baru aku rasa suka.. cantik dak dekna ni.
manis aje
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 12:48 PM | Show all posts
terpikat aku dgn kecantikan dekna ni. .wajah dekna nampak ciri2 wanita timur..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2007 12:52 PM | Show all posts

Reply #2 MsAnonymous's post

Suka tengok dia kat diari..orang kata gedik, yang aku namapak dia ni kelakar.
Buat muka selamba jerk..:lol

BTW..katanya sebelum ni Dekna mmg pernah perform kat function yg ada Mawi, kat penang.
Sebelum dia masuk AF lah.

Satu lagi...apsal dia tak nak citer pasal 'sahabat' yg uruskan business dia tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 12:56 PM | Show all posts

Reply #4 kekekek's post

itu lah pasal
minggu2 pertama.. nampak cam annoying dia ni
tapi makin lama.. memang nampak dia best.

pernah perform kat show mawi? camne leh dpt tu? dorang panggil penonton naik stage ke.. atau memang undangan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 12:56 PM | Show all posts

Reply #3 klipklip's post

dia lawa dari heliza lagi. :ah:
Reply

Use magic Report

Follow Us
shawie This user has been deleted
Post time 20-4-2007 12:56 PM | Show all posts
bagusla mawi bagi peluang kat junior2 dia yang berbakat tak kira lelaki atau perempuan untuk tonjolkan bakat, bila appear dgn mawi ada la orang tertarik nak ambik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 12:56 PM | Show all posts
tahniah tuk dekna :clap:
harap bintangnyer akan bersinar kat luar neh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


lady_arviena This user has been deleted
Post time 20-4-2007 12:57 PM | Show all posts
ngapa lah mawi tak pilih FARHA duet ngan dia .....ni mesti kes takut FARHA lagi ensem
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by MsAnonymous at 20-4-2007 12:56 PM
dia lawa dari heliza lagi. :ah:



aku setuju..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 12:58 PM | Show all posts

Reply #9 lady_arviena's post

tak sesuaiii taww
:lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 12:59 PM | Show all posts
suh dekna je la jadi saleha
ngam gak tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by lady_arviena at 20-4-2007 12:57 PM
ngapa lah mawi tak pilih FARHA duet ngan dia .....ni mesti kes takut FARHA lagi ensem



mawi tunggu ebi kuar sebenarnya
tapi ebi lambat sangat

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 01:01 PM | Show all posts

Reply #1 kekekek's post

kenapa tak pilih yg lelain kan?

kalau nak pompuan, ada noni n diya selain dekna
n lelaki ada sapa tuh... dan farha ...
mesti lady sengih n bawak mak dia gi kalau mawi pilih farha
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 20-4-2007 12:52 PM
Suka tengok dia kat diari..orang kata gedik, yang aku namapak dia ni kelakar.
Buat muka selamba jerk..:lol

BTW..katanya sebelum ni Dekna mmg pernah perform kat function yg ada Mawi, kat pena ...



ada..tp aku dah tak ingat kat mana aku ada baca....

aku pun tertanya sape 'sahabat' Mawi tu..kak june ker?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 01:02 PM | Show all posts

Reply #14 niy's post

kalu refer yang kekekek highlight tu.. dia pilih dekna sbb sempoi & rock sket..
noni.. budak2 sgt.. fatin. dangdut sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2007 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 20-4-2007 12:52 PM
Satu lagi...apsal dia tak nak citer pasal 'sahabat' yg uruskan business dia tu? ...


saje je... nak pendekkan cerita ..
boleh jwb cam gini?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by MsAnonymous at 20-4-2007 01:02 PM
kalu refer yang kekekek highlight tu.. dia pilih dekna sbb sempoi & rock sket..
noni.. budak2 sgt.. fatin. dangdut sgt



dekna selamba dan senang di ajak bergurau agaknya..yang lain2 tu kontrol2 ayu gitu..
Reply

Use magic Report

shawie This user has been deleted
Post time 20-4-2007 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by klipklip at 20-4-2007 01:01 PM



ada..tp aku dah tak ingat kat mana aku ada baca....

aku pun tertanya sape 'sahabat' Mawi tu..kak june ker?


aku lak terasa sahabat yang manage business tu lelaki....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 01:10 PM | Show all posts
tahniah la dekna... moga rezeki ko makin mencurah lepas ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.083278 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list