CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kubus

Petikan dari Akhbar online

[Copy link]
Post time 21-9-2007 11:15 PM | Show all posts
hai ebok
aku sedih gak

nanti sure adibah noor buat satu lagi lagu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2007 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by 7276 at 21-9-2007 11:15 PM
hai ebok
aku sedih gak

nanti sure adibah noor buat satu lagi lagu

sure touching....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 11:19 PM | Show all posts
ka hang nak tolong cipta lagu
adibah noor nyanyikan
mesti melatop latop
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 11:22 PM | Show all posts
Originally posted by 7276 at 21-9-2007 11:19 PM
ka hang nak tolong cipta lagu
adibah noor nyanyikan
mesti melatop latop

aku tak pandai cipta lagu...
nyanyi pun gagap
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 11:23 PM | Show all posts
ataupun hang tulih lirik
nanti dibah noor cipta lagu
dia la nyanyi
hang tunggu royalti jer
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 06:15 PM | Show all posts
skrg ni wartawan sibuk pasal ikan kt Underwater World kerna racun... 500 ikan dari spesis terbaik mati... ada org tuang petrol dlm tu...

[ Last edited by  adala at 25-9-2007 06:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2007 09:38 PM | Show all posts
             Lebih 500 Ekor Ikan Mati Di Langkawi Underwater World
               
                LANGKAWI,25 Sept (Bernama) -- Lebih 500 ekor ikan dari pelbagai spesis termasukjerung yang ditempatkan di dua buah tangki besar dan lima tangki kecildi Underwater World Langkawi (UWL) di sini mati dipercayai akibatdiracun semalam.

Timbalan Pengurus Besar UWL Mohd Hafizuddin Abdullah berkatakejadian itu disedari oleh pekerjanya pada pukul 6.30 petang semalamapabila mendapati ikan-ikan dalam tangki itu terapung di permukaan air.

"Kami menganggarkan antara 500 hingga 600 ekor ikan dari 30 hingga50 spesis terbaik di dunia mati", katanya pada sidang akhbar di sinihari ini.

  Beliau berkata antara ikan yang mati itu ialah Jerung, Pari, Kerapu dan Kerepoh yang berusia antara 10 hingga 12 tahun.

  Katanya, polis sedang membuat siasatan selepas UWL membuat laporan polis tengah hari tadi.

Mohd Hafizudin berkata UWL mempunyai 100 tangki yang menempatantara 10 hingga 200 ekor mengikut saiz ikan yang dipamerkan kepadaorang ramai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohamad AliJamaluddin berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu.

  Katanya siasatan awal mendapati ikan itu mati akibat diracun.

"Kami ada terhidu seperti minyak petrol berhampiran tangkiterbabit dan percaya kerja-kerja itu dibuat oleh lebih daripadaseorang", katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Langkawi Mansor Ismail berkata kesitu perlu diberi perhatian serius kerana ia membabitkan industripelancongan di pulau peranginan itu.

  -- BERNAMA  
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 08:43 PM | Show all posts
Laporan Khas: Banyak fakta dalam buku teks tidak relevan


KUALA LUMPUR: Kandungan buku teks bagi beberapa mata pelajaran yang digunakan di sekolah sekarang tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa selain banyak kesalahan fakta, menyebabkan ia perlu dinilai semula.

Beberapa tokoh ilmuwan termasuk ahli Panel Penilai Buku Teks, berkata penilaian semula itu penting bagi memastikan buku teks yang digunakan untuk pembelajaran memenuhi hasrat ke arah pembentukan modal insan yang cemerlang.

Tokoh sejarah, Prof Datuk Dr Khoo Kay Kim, berkata, penelitiannya terhadap buku teks digunakan di sekolah menengah mendapati banyak kesilapan fakta yang mesti diperbetulkan bagi memastikan pelajar mendapat maklumat tepat.



Selain itu, katanya, gaya penulisan dalam buku teks sejarah sekolah menengah juga boleh dianggap mengecewakan kerana ia gagal menerangkan secara jelas sesuatu peristiwa secara terperinci.

Beliau memberi contoh kesilapan fakta dalam buku teks sejarah Tingkatan Dua yang antara lain menceritakan mengenai peristiwa perjanjian Inggeris-Kedah membabitkan Francis Light dengan Sultan Kedah pada 1786.

Sejarah menunjukkan tiada sebarang persefahaman atau perjanjian ditandatangani berhubung perkara itu kerana ia dibantah Syarikat Hindia Timur Inggeris ketika itu, manakala pendudukan Francis Light di Pulau Pinang dibuat secara paksaan.


sumber: Berita Harian online   http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20071111225138/Article/


[ Last edited by  ayugirl23 at 13-11-2007 08:44 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2007 08:46 PM | Show all posts
sambungan:


Selain itu, fakta yang menyatakan Negeri Selat hanya membabitkan tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura juga tidak tepat kerana Dinding turut pernah dijadikan Negeri Selat sebelum diserahkan kepada kerajaan Perak pada 1936.

"Penerangan bagi setiap topik sejarah yang diketengahkan juga tidak jelas menyebabkan pelajar hanya mengetahui sesuatu peristiwa secara asas dan menghafal fakta tanpa diperkukuhkan dengan kefahaman menyeluruh rentetan sebenar peristiwa.

"Akibatnya, pelajar kurang minat subjek sejarah dan apabila mereka memasuki institusi pengajian tinggi, pengetahuan mereka sangat cetek malah ada yang gagal mengingati apa yang diajar di sekolah," katanya dalam satu pertemuan kepada Berita Harian, di sini.

Ketua Panel Penilai buku teks Bahasa Malaysia Tingkatan Empat dan Lima, Profesor Dr Hashim Musa, pula berkata buku teks subjek berkenaan yang digunakan sekarang, ditulis pada pertengahan 2000 dan dicetak pada 2002.

Justeru, banyak isu yang dimasukkan sudah kurang atau mungkin tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa terutama jika dinilai dalam konteks usaha menjayakan aspirasi negara membangunkan modal insan cemerlang.

Beliau memberi contoh, perbincangan mengenai isu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memang sangat sesuai ketika itu tetapi ia sudah menjadi satu topik basi kerana negara kini bergerak ke satu tahap baru seperti pengenalan agropolitan dan projek luar bandar.

"Sewajarnya, buku teks sebagai bahan utama penambah nilai di peringkat sekolah menerapkan perkara ini supaya masyarakat terutama kanak-kanak dan remaja sedar mengenai pelbagai peluang yang ada di kawasan luar bandar," katanya.

Pendapat itu turut disokong Ketua Panel Penilai buku teks Bahasa Malaysia tingkatan satu, Profesor Madya Dr Ahmad Mahmood Musanif yang berpendapat Bahagian Buku Teks, unit Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan Malaysia perlu sama-sama terbabit menyediakan buku teks.

Katanya, punca utama guru tidak gemar menggunakan buku teks ialah kerana soalan peperiksaan yang disediakan tidak menjurus kepada bahan dalam buku teks, sedangkan mereka terpaksa memenuhi kehendak pelbagai pihak untuk memastikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan.

"Jika soalan yang disediakan diambil daripada bahan atau sukatan pelajaran seperti di buku teks, pasti guru akan memaksimumkan penggunaannya dan ia sekali gus tidak merugikan pelaburan kerajaan menerbitkan buku teks," katanya.

Sementara itu, hasil soal selidik yang dijalankan Berita Harian terhadap 170 guru di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Johor, Labuan dan Selangor mendapati 62 peratus daripada mereka memilih untuk kurang atau tidak menggunakan buku teks jika ada pilihan lain.

Malah, kebanyakan guru terlatih dan mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya lima tahun itu, menyifatkan buku teks sebagai bahan bantu mengajar yang tidak mengikut isu semasa serta kurang latihan dalam mempersiapkan murid menghadapi peperiksaan.


Sumber: Berita Harian online
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 08:48 PM | Show all posts
adeih! ayu dah lama betoi tunggu perkara ni dibangkitkan. especially buku2 sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 01:37 AM | Show all posts

Reply #1629 ayugirl23's post

kenapa perlu tunggu...?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 03:11 PM | Show all posts
Originally posted by jj at 14-11-2007 01:37 AM
kenapa perlu tunggu...?

sbb aku bukannya panel yg wat buku sejarah tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 08:46 AM | Show all posts
Kedah laung amaran

Oleh SHARIZA ABDULLAH

ALOR STAR
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 09:36 AM | Show all posts

Reply #1632 noret's post

yehaaaaaa............!

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 04:43 PM | Show all posts
Originally posted by noret at 17-11-2007 08:46 AM
Kedah laung amaran

Oleh SHARIZA ABDULLAH

Kedah akan membuka tirai musim baru Liga Malaysia dengan menentang pasukan jiran, Perlis di Stadium Darul Aman bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah, malam esok.


tak berminat nak tengok piala tu...
aku lebih berminat tengok dia letak jawatan...........!
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 07:42 PM | Show all posts

Reply #1633 MsCinderella's post

cin nak join ka tgk bola......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2007 10:01 PM | Show all posts
Umpan nama CNI tarik pelaburan



ALOR STAR: Satu sindiket skim cepat kaya yang menggunakan nama sebuah syarikat jualan langsung terkemuka dikesan bergiat cergas untuk memperdaya orang ramai di negeri ini membabitkan kutipan pelaburan mencecah RM3 juta.

Sehingga ini, syarikat jualan langsung berkenaan, CNI Holdings Sdn Bhd (CNI) mengesan sekitar 300 orang menjadi mangsa penipuan itu yang membabitkan pelaburan cepat kaya antara RM5,000 hingga RM10,000.

Sindiket yang didakwa bergerak cergas di Kedah dipercayai memulakan kegiatan itu sejak tiga atau empat bulan lalu dengan menjadikan individu atau syarikat tertentu sebagai sasaran.

Pengurus Bahagian Perkhidmatan Pengedar dan Pelanggan CNI, Vivien Lim, berkata sindiket itu menjanjikan pulangan lumayan antara lima hingga 10 peratus daripada jumlah pelaburan setiap bulan.



Untuk meyakinkan mangsa, ahli sindiket itu juga menyerahkan sejumlah barangan keluaran CNI ketika mengambil wang daripada mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 10:03 PM | Show all posts
慘ereta api gilis Apek'


ALOR STAR: "Apek! Apek! Lari cepat! Kereta api sudah dekat!"

Itu saja yang sempat dilakukan Chua Hock Soon, 60, sebelum melihat seorang warga emas maut depan mata akibat dilanggar kereta api barang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, di Kilometer 88.25, berhampiran Simpang Kuala dekat sini, semalam.

"Saya cuba menarik tangannya tetapi tidak sempat kerana kereta api sudah terlalu hampir," kata Chua yang berada hanya dua meter dari tempat mangsa dilanggar.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.25 pagi itu, mangsa, Ng Peng Hong, 82, mati serta merta selepas dilanggar dan diseret kereta api terbabit sejauh kira-kira 70 meter.



Berikutan itu, beberapa anggota polis terpaksa mengutip cebisan mayat lelaki berkenaan yang hancur manakala ada cebisan yang bertaburan sejauh 100 meter di atas landasan kereta api berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 05:12 AM | Show all posts
Suami digalak periksa payu dara isteriIPOH 3 Dis. - Suami digalakkan memeriksa payu dara isteri untukmembantu mereka mengesan tanda-tanda kanser payu dara bagi membolehkanpenyakit berbahaya itu dirawat lebih awal.
Timbalan Pengarah Kesihatan Perak, Dr. Ahmad Nordin Mohd. Jaisberkata, memeriksa payu dara isteri oleh suami merupakan amalan baikdan patut diteruskan dari semasa ke semasa.
Beliau berkata, suami merupakan individu paling rapat dengan isteripasti boleh mengesan sebarang perubahan fizikal pada tubuh pasangannyatermasuk kelainan buah dada mereka.
憫Kalau suami benar-benar sayangkan isteri, dia sepatutnya membantumemeriksa buah dada isteri mereka untuk mengesan tanda-tanda kanserpayu dara sebelum penyakit itu meragut nyawa.
憫Ini kerana suami lebih mudah melihat kelainan pada buah dadaisteri berbanding jika isteri melakukan pemeriksaan sendiri di hadapancermin,
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 11:13 AM | Show all posts
dah sedia peksa slalu cuma caranya tak kena
sbb tu tak leh nak kesan penyakit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.067416 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list