CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7199|Reply: 12

Beli Buku dengan Diskaun 15%

[Copy link]
Post time 29-10-2009 09:37 AM | Show all posts |Read mode
salam,

untuk kawan2 yg sgt suka buku mcm saya..
berminat nak beli buku dengan diskaun 15%, boleh beli dengan saya..
khas untuk peminat2 buku terbitan PTS..


boleh email saya untuk katalog or apa2 pertanyaan..
[email protected]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2009 09:41 AM | Show all posts
pts stands for?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2009 09:54 AM | Show all posts
pts tu nama publisher..

ni antara buku-buku yg best

Laskar Pelangi..yg siap ada movie tu.. klik untuk sinopsis http://rijal28.wordpress.com/200 ... uku-laskar-pelangi/

then Mengintai Cinta Khalifah..sinopsis
"Imran, remaja yang tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur. Dalam diam, jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan. Kerana cinta dia berusaha mengubah persepsi Laila. Namun, Laila tetap dengan pendiriannya. Ketika itu, hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang Gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis. Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda. Dalam diam, Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran. Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda, adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi?"
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 10:26 AM | Show all posts
ni buku2 novel yek?..........untuk buku2 ilmiah tak de ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2009 11:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by katrina9494 at 29-10-2009 14:20

buku2 ilmiah ada..
ada email? meh saya emailkan katalog...

sebenarnya semua jenis buku ada...buku novel tuk remaja dan kanak2 pun ada..komik pun ada...
buku2 PTS ni sangat sesuai untuk anak-anak sekolah sebab dasar PTS ni menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan syariah compliant....jadi, tiada bahasa2 sempoi or slanga..

saya quote sket ..berikut adalah dasar penerbitan PTS..
----------------------------------------------------------------------------
*Ciri-ciri utama yang membezakan komik terbitan PTS daripada komik lain dalam pasaran adalah:
(i) Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu Tinggi (BMT) bukan Bahasa Melayu Rendah (BMR). Dengan demikian, bahasa dalam komik terbitan PTS dipastikan betul tatabahasanya dan sistem ejaannya.
(ii) Kandungan dan lukisan komik PTS adalah syariah-compliant. Ini bermakna, dalam komik PTS tidak terdapat unsur-unsur yang menyalahi hukum-hakam agama.
(iii) Watak-watak dalam komik terbitan PTS adalah watak-watak Alam Melayu, oleh itu komik-komik tersebut mendukung aspek-aspek budaya Melayu yang positif.
Tiga ciri utama itu membolehkan komik-komik PTS dibaca oleh anak-anak dengan selamat.
------------------------------------------------------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2009 11:46 AM | Show all posts
Buku Sastera Remaja: Strategi PTS Mendapatkan Kepercayaan Guru dan Ibu Bapa


1. Kualiti bahasa

Jaga kualiti Bahasa Melayu yang digunakan dalam buku. Jangan sampai ibu bapa dan guru-guru mengatakan buku-buku saudara merosakkan bahasa pelajar. Ini penting sebab subjek Bahasa Melayu adalah subjek teras. Guru-guru mesti diyakinkan bahawa dengan membaca buku terbitan syarikat saudara, penguasaan Bahasa Melayu murid bertambah baik.

2. Unsur perkauman

Dalam isu ini, jangan kaitkan sifat-sifat negatif dengan mana-mana kaum. Sebagai contoh, jangan ada unsur stereotaip yang menghina mana-mana kaum dalam buku cerita itu - kalau malas tentu budak Melayu, kalau jahat tentu budak Cina, kalau bodoh tentu budak India. Unsur perkauman ini amat dititikberatkan oleh kementerian apabila menilai buku-buku yang hendak diluluskan pembeliannya.

3. Keindahan moral

Jangan jadikan watak jahat sebagai hero. Dalam isu ini, baik ibu bapa mahupun guru, mereka amat sensitif sebab mereka hanya mahukan buku-buku yang mempunyai nilai pendidikan moral yang amat tinggi bagi anak-anak dan murid mereka.

4. Nilai Tambah

Isi kandungan buku mestilah memberikan value-added kepada pembelajaran di sekolah, yakni dalam buku-buku itu terkandung banyak maklumat tambahan yang tidak terdapat dalam buku-buku teks mereka. Ini adalah faktor paling penting yang dapat mengubah sikap ibu bapa dan guru-guru.

Kesimpulannya, ibu bapa dan guru-guru mesti diyakinkan bahawa dengan membaca buku-buku sastera remaja dalam Bahasa Melayu, prestasi pembelajaran budak-budak itu meningkat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-10-2009 11:50 AM | Show all posts
sebagai tambahan..AIN MAISARAH adalah salah seorang penulis novel PTS...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2009 12:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by katrina9494 at 29-10-2009 12:02



Tiada siapa yang dilahirkan efektif secara semula jadi, namunsebenarnya efektif dapat dipelajari. Ia wajib dipelajari oleh merekayang serius dan mahu dipandang serius dalam kerjanya. Eksekutif yangefektif berbeza daripada segi personaliti, kekuatan, kelemahan, nilaidan pegangan masing-masing. Persamaan mereka adalah mereka sentiasamelaksanakan apa yang sepatutnya dilakukan. Keberkesanan adalahkemahiran.
Drucker mengenal pasti lima prinsip yang perlu diikuti oleh eksekutif yang efektif:
1. Pengurusan masa
2. Mengetahui apa yang hendak disumbangkan kepada organisasi
3. Bijak memaksimumkan kekuatan bagi mewujudkan kesan terbaik
4. Mengetahui mana yang perlu diutamakan
5. Membuat keputusan yang smart!
Jadilah eksekutif yang effektif dengan bekerja lebih smart. Buku inimengandungi panduan yang lengkap untuk para eksekutif seperti anda!

Pengenalan
Bab 1: Efektif dapat dipelajari
Bab 2: Kenali Masa Anda
Bab 3: Apa yang dapat saya sumbangkan
Bab 4: Menjana kekuatan produktif
Bab 5: Dahulukan mana yang perlu
Bab 6: Membuat keputusan
Bab 7: Keputusan yang efektif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2009 12:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by katrina9494 at 29-10-2009 12:13



PTS menerbitkan buku-buku panduan memulakan bisnes kecil-kecilan ini bagi membantu mereka yang masih tercari-cari idea hendak memulakan bisnes apa.

Buat Duit dengan Video Kahwin

Buat Duit dengan Seminar

Buat Duit dengan You Tube

Buat Duit dengan Internet

Buat Duit dengan Cendawan

Buat Duit dengan Ikan Keli

Buat Duit dengan Pasar Malam

Buat Duit dengan Cenderamata

Buat Duit dengan Foto

Buat Duit dengan Rumah

Buat Duit sebagai Ejen Hartanah

Buat Duit sebagai Ejen Insurans dan Takaful

Buat Duit dengan Affiliate

Buat Duit dengan Restoran

Buat Duit dengan Lembu

Buat Duit dengan Jual Pakaian

Buat Duit dengan Cacing Tanah

Buat Duit dengan Blog

Buat Duit dari Rumah

Buat Duit dengan Menulis

Buat Duit dengan MLM

Buat Duit dengan eBay
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 09:34 AM | Show all posts
apa ya tajuk buku sejarah islam yg tentang sorang wanita Islam yg menjadi perancang strategi peperangan. saya tak ingat tajuk tapi penah terbaca petikan kisahnya dalam surat khabar. di situ ada ditulis dipetik dari buku tersebut terbitan pts.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2009 03:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by katrina9494 at 4-11-2009 15:40



buku ni ker?


antara siri2 lain..

1.  Srikandi Medan Pertempuran – Nusaibah binti Kaab
2.  Pahlawan Wanita Pertama Membunuh Musuh Islam – Safiyah Binti Abdul Mutalib
3.  Pahlawan Wanita Serba Hitam – Khaulah Binti Azwar
4.  Berkorban Kerana Allah – Siti Masitah
5.  Orang Pertama Mati Syahid – Sumayah Binti Khubath
6.  Wanita Berhati dan Berjiwa Waja – Asma Binti Abu Bakar
7.  Pulih Penglihatan Kerana Beriman Kepada Allah - Zinirah
8.  Kisahnya Dalam Al-Quran – Ratu Balqis
9.  Dahaganya Dipuaskan Oleh Allah – Ghaziyah Binti Jabir
10. Mahligainya di Syurga – Aishah, Isteri Firaun
11. Kehormatan Dirnya Dipelihara Allah – Sarah, Isteri Nabi Ibrahim
12. Orang Pertama Memeluk Agama Islam – Khatijah Binti Khuwalid
13. Kisahnya dengan Telaga Zam-Zam – Siti Hajar
14. Kebijaksanaannya Terbukti di Hudaibiyah – Ummu Salamah
15. Pejuang Wanita Pertama Menyeberang Lautan – Ummu Haram
16. Pejuang yang berwibawa dan kental – Ummu Hakim Binti Al-Harith
17. Mas Kahwinnya adalah Islam – Ummu Sulaim
18. Raja pidato dan pejuang yang tabah – Asma Binti Yazid
19. Wanita yang Syahid dan Hafaz al-Quran – Ummu Waraqah Binti Abdullah
20. Allah Mendengar dan Mengabulkan Doanya - Khaulah Binti Thalabah
21. Ibu Para Syuhada dan Penyair Tersohor - Tumadhar binti Amru (Al-Khansa)
22. Wanita yang Menundukkan Singa - Halimaton Armiah
23. Srikandi Perang Maisan - Azdah binti al-Harith bin Kaldah.
24. Tawanan Perang Khaibar Yang Dimuliakan Nabi - Safiyah Binti Huyai
25. Allah Memberinya Salam - Ummu Sanan Al-Islamiyah.
26. Pemerintah Pintar dan Bijaksana - Siti Al-Malik Binti Al-Aziz
27. Permaisuri Dermawan - Zubaidah Binti Jaafar
28. Jarinya Putus Melindungi Khalifah Uthman Affan - Nailah bint Farafsah
29. Menentang dan Menjatuhkan Maruah Abu Lahab - Ummu Fadhl binti Harith
30. Pemimpin Wanita Kaum Muslimin - – Fatimah az-Zahra
31. Al-Siddiqa - Aishah binti Abu Bakar
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 07:25 AM | Show all posts
10# xfilesfan

Ya, saya rasa betul buku ini. terima kash banyak-banyak. Lebih mudahlah untuk saya mendapatkan buku ini selepas ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 03:23 PM | Show all posts
sy tgh cri novel AYAHANDA. penulisnya AZIZI HJ. ABDULLAH. novel ni dh lama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.071759 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list