CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22433|Reply: 226

Guru Kantoi Menipu Beli Sijil Sakit (mc)

  [Copy link]
Post time 21-4-2010 11:10 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by momma at 21-4-2010 23:13

Tajuk asal Pesara Tentera Tauke Sijil Sakit
Kredit kepada Harian Metro

KL : Seorang warga emas, bekas pesara tentera dikesan menjadi dalang utama menjual ribuan surat cuti sakit (MC) palsu kepada kakitangan kerajaan dengan kadar upah RM5 sehari. Warga emas tersebut turut memiliki cop rasmi hospital, sijil cuti palsu dan pelbagai perkakas sampingan untuk kegiatan berkenaan.

Kegiatan warga emas terbabit terbongkar selepas seorang pengetua sekolah menengah di Cheras membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi selepas curiga dengan MC yang diberikan seorang guru di sekolahnya. pengetua terbabit sebelum ini menghantar surat permohonan bagi mengesahkan MC terbabit kepada Hospital Kuala Lumpur untuk memastikan ketulenannya.

Pengetua berusia 53 tahun berkenaan menghantar 6 keping MC yg diberikan seorang guru perempuan sekolahnya yg berusia 29 tahun selepas mendakwa tidak dapat hadir bertugas akibat sakit. misteri terbongkar bila hospital mengesahkan semua MC terbabit adalah palsu. pengetua tersebut yg mengesyaki guru berkenaan telah melakukan penipuan dengan mengemukakan MC palsu membuat laporan polis.

Susulan aduan, polis menahan guru wanita berkenaan & dia mendakwa mendapat MC tersebut dengan bantuan suaminya. suami guru berkenaan mendakwa membeli MC tersebut dr org tengah dgn harga RM30. siasatan terhadap org tengah terbabit, MC itu diperolehi dr pesara tentera tersebut dengan harga RM5. hasil kegiatan, org tengah tersebut dapat keuntungan RM25 atas sekeping MC yd dijual terutama kpd kakitangan kerajaan.

hasil pemeriksaan polis di kediaman pesara tentera di pangsapuri di Sentul menemui cop doktor HKL & peralatan lain. polis yakin suspek bergiat aktif menjual MC sejak 2007. polis juga menahan isteri suspek yg merupakan seorang pembantu tadbir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2010 11:17 PM | Show all posts
kahkahkah....cikgu menipuu.....punyalah banyak cuti duk menipu nak cuti lagi...dasar cikgu pemalassss:@....lepas tu duk complain ke hulu ke hilir cikgu keja banyak, tak cukup masa bla bla bla.....:@:@:@...tak heranlah kalau students pandai menipu, tengoklah perangai cikgu macam mana...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:20 PM | Show all posts
bodoh....bila takdak keja,sibuk merayu mntak keja

dah dapat.. keja tipu malas g keja plak dah

smpai snggup g beli mc
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:22 PM | Show all posts
tumpang gak!

iskh2 ape nak jadik cikgu zaman skang
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:22 PM | Show all posts
exactly. BODOH.

bila takdak keja, meroyan..

samalah mcm Indon yg dtg klinik aku, dah mai sini, malas keja, nak MC aja..selsema sikit WITHOUT fever pun nak MC..aku sound aja"ko malas sgt keja, pi balik Indon"..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2010 11:24 PM | Show all posts
Haku sebenarnya cukup pantang dengan isu2 segelintir cikgu yg mencemar kemuliaan profesion perguruan ni. kerana beberapa titik nila ini la masyarakat sekarang memberikan tanggapan negatif kepada profesion guru. ini pulak kes guru memonteng kerja, pastu menipu MC...menipu sakit, buat2 sakit sebab malas datang kerja. pekerjaan guru ni bukan seperti sesetengah kerja lain. kerja guru ni x habis d sekolah. kalau tertinggal 1 hari, kerja dah bertangguh, silibus bertangguh. haku respek dengan tindakan tegas pengetua ni. semoga kes ni membuka mata banyak pihak especially kakitangan kerajaan supaya bekerja dengan ikhlas tanpa penipuan. ingatla...walaupon kita MC, gaji tetap masuk tiap2 bulan tanpa kurang. jangan sampai sebahagian gaji yg kita dapat tu jatuh kepada hukum haram.ingat...dengan duit itula kita nak bagi makan minum pada anak2 kita yg akan jadi darah daging...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2010 11:27 PM | Show all posts
banyak betul masalah tentang cikgu2 ni, suka complain pasal keja dorang ke hulu ke hilir, yg sebenarnya pemalassss, kaki penipu pulak tu......hiakkkkkkk tuihhhhhhh untuk cikgu2 macam ni....

posting ni untuk cikgu2 yg perangai mcm tu saja okkey, kalau rasa diri tu bukan cikgu yg macam tu jgn nak meroyan menggelupur pedas... kalau tak makan cili takyah menggelupur pedass...kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:29 PM | Show all posts
persoalannye skang cikgu tu sakit ape??aku sehat ni pun leh tipu klinik swasta dapat 3 ari mc!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2010 11:38 PM | Show all posts
kenapa suami cikgu tu beli MC??
ni bukan saja isu cikgu yg jugek seorang isteri yg sengal.. tp jugek seorang suami yg mmg takde hati perut, kalaulah bini dia dikenakan tindakan tatatertib.. jgn pulak ko melalak kenapa bini ko kena buang kerja...
kalau nak bini tu ngadap muka laki jek... suruh la bini berhenti kerja, jd suri rumah tangga..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:39 PM | Show all posts
banyak betul masalah tentang cikgu2 ni, suka complain pasal keja dorang ke hulu ke hilir, yg sebenar ...posting ni untuk cikgu2 yg perangai mcm tu saja okkey, kalau rasa diri tu bukan cikgu yg macam tu jgn nak meroyan menggelupur pedas... kalau tak makan cili takyah menggelupur pedass...kahkahkah
Orange1 Post at 21-4-2010 23:27


sara selalu kena kata kalo memperkatakan hal2 cikgu yg tak senonoh tu.


itu baru pasal tipu mc
ada cikgu yg tak nak masuk kelas .. tapi salah guru besor ler pasai pa tak nak amik tindakan mcm GB kat ceras nih.. tabik kat GB tuh.
kalo yg keja hangat2 taik ayam tu pulak.. nmpk rajin tapi tak kreatif ngajor
nih pun jadik isu sensitif gak
pada hal org kritik sbb ada yg buat perangai mcm tuh, jgn ler buat
kalo awak tuh cikgu yg bagus... tak ler terasa ke hulu terasa ke hilir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2010 11:43 PM | Show all posts
D sekolah haku cikgu2 yg bermasalah ni biasanya dr golongan yg sibuk2 aim nk jadi jutawan @ terlibat dalam skim2 cepat kaya, MLM ntah haper2...
iyerla, dah x de kerja baru terhegeh2 nak jd cikgu. tp bila dh dpt jd cikgu, masih x berpuas hati banyak komplen gaji sikit. buat kerje pemalas...ada cikgu gstt sekolah kwn aku lg best, kerja pemalas. duk d sekolah asyik promote suh jd downline MLM dia. dah masuk MLM dia & dpt barang makanan kesihatan ntah hape2, pastu leh marah lak kt downline sebab x jual barang2 tu. lepas tu siap marah2 kalo sape yg x nak join MLM dia. ada sorang cikgu tu ckp dia x nak terlibat dgn MLM ni pasal dia x de masa nk cari2 org ni. kalo dia ada masa terluang pun dia nak tido, penat. pastu si cikgu gstt gile duit ni boleh ckp.."kalo budak kecik tido cukup 8 jam, itu baby...tp kalu orang besar tido 8 jam, itu b**i" pastu leh ckp tujuan dia jd gstt cuma nak cari customer di kalangan cikgu2
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:46 PM | Show all posts
abisla cikgu tu kene tindakan tata tertib
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:46 PM | Show all posts
Reply 11# momma
sara baru baca peraturan kakitangan kerajaan
antaranya, kakitangan kerajaan tak boleh berniaga
kalo diadu, boleh kena tindakan tatatertib
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:48 PM | Show all posts
Reply 11# momma

percaya atau tidak.. kat sekolah aku ni takde cikgu jual barang dlm bilik guru.. cikgu lelaki jek yg suka main saham apa ntah..
yg perempuan pun kalau nak ajak tgk kain baju sutera/ tupperware, bukan boot keta atau jemput dtg rumah, makan-makan.. mula2 dtg sekolah ni dulu terkejut jugek.. rupa2nya ada cctv yg ngadap bilik guru..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:50 PM | Show all posts
mengong tul cekgu tu ye...mc direct 6 hr...mesti suspicious....g bercuti agaknye...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 11:52 PM | Show all posts
somi cikgu tu bodoh sama jugak cikgu tu sendiri, kalau campak boleh la MC 6 hari terus....
patut la nak murid la ni pun berganda bodoh dan pandai jugak menipunya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2010 12:09 AM | Show all posts
derang tak siasat sapa lagi customer pesara tuh? ntah2 ada lagi pegawai kjaan yg lebih tinggi gred yg jadi regular customer?

boleh cari makan jual MC lebih mudah laku dari MLM
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 12:27 AM | Show all posts
sengall... orang lain susah2 nak dapat kije, dia sibuk nak cuti....
dah beranak nanti cuti lagi...

bile buat camni, bukan takat dia sorang kene, habes orang judge semua cikgu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 12:29 AM | Show all posts
kt mane tmpt nk beli mc
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 12:42 AM | Show all posts
dah tuh, toksah marah2 ank murid beli mc... lalalala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.094232 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list