CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7779|Reply: 83

Hilang Sejak 2019, Disorok Dan Kahwin Dengan Bunian?- Abang Tawar RM12 Ribu Kalau Jumpa Acap Sebelum Raya

[Copy link]
Post time 1-4-2022 02:21 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Misteri kehilangan Mohammad Ashraf Hasan, 30, sejak 2019 masih belum terjawab sehingga ke hari ini selepas dia dilaporkan hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail 2019 (GUT19) di Gua Tempurung.


Namun, keluarganya tetap giat menjalankan misi mencarinya tanpa merasa penat kerana mereka masih yakin Ashraf atau mesra dikenali sebagai Acap masih lagi hidup.


Semalam, abangnya memuat naik hantaran di Facebook menggunakan nama akaun Denny Lang menawarkan ganjaran berjumlah RM12,000 sekiranya mana-mana pihak dan individu berjaya menemui Acap sebelum menjelang bulan Syawal akan datang.








“Siapa yang berjaya menemui adik saya, Acap sebelum raya, saya akan hadiahkan wang tunai sebanyak RM12,000,” katanya.


Sementara itu, Denny turut meluahkan rasa kesal apabila masyarakat sering mengaitkan kehilangan adiknya itu dengan alam bunian sehingga ada yang mengatakan Acap telah berkahwin dengan makhluk halus di alam sana.


Jelasnya lagi, terdapat segelintir pihak pesohor media sosial mengambil kesempatan dengan memuat naik video bercerita tentang adiknya seolah-olah mereka mengetahui situasi sebenar yang berlaku sedangkan ia tidak benar sama sekali.










“Ada yang kata dia lari ada yang kata dia berkahwin dengan bunian dan tak nak balik, ada pula yang kata ditangkap jin kerana mencuri batu makan siput dan macam-macam lagi.


“Semua ini berpunca dari kandungan nakal pihak ‘YouTuber’ dan ‘influencer’ yang ketandusan modal idea sengaja mengetengahkan isu-isu panas rekaan supaya video mereka mendapat sambutan, tapi tiada langsung hasil,” luahnya.


Sehubungan itu, Denny berharap agar segala khabar angin serta andaian yang tidak masuk akal mengenai Acap segera dihentikan kerana keluarganya masih bersedih menunggu kepulangan adiknya itu.


“Di samping keberkatan bulan Ramadan yang bakal tiba, sebagai abang sulung dalam keluarga nak kata pada semua sudah sudah lah, kitaran hidup kita ini pendek sahaja dan musibah sebegini boleh terjadi pada siapa sahaja.


“Jika tidak kepada diri sendiri mungkin boleh terkena pada anak isteri atau nasab keturunan. Semoga kita dilindungi Allah terhindar dari segala bencana,” ujarnya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 03:27 PM | Show all posts
apa lagi korang, cecepat la cari adik brader ni sampai dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahulu di forum bukan ada yang offer untuk bawa acap keluar... Bagi personal detail lagi sehingga nama university imperial college or oxford kah. bagi nama sendiri dan nama prof lagi suruh check....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mn forumer yg anak dia kwn dgn bunian tu?
Bunian dari jepun dtg melawat
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 05:17 PM | Show all posts
geng2 seekers macam brado kopek dah boleh gi mampos k...takat sembang tahu tapi tak membantu buat apa. Acah2 je lebih choi sangat
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal benang acap kuar je, semua org asek tuduh sis D bukan nama sebenar
Kesian heshe tauuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2022 05:34 PM | Show all posts
Timortimur replied at 1-4-2022 05:10 PM
Mn forumer yg anak dia kwn dgn bunian tu?
Bunian dari jepun dtg melawat

Yang ada panglima tu kan....membongak je
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
baru je beberapa hari lepas i teringat kisah ni, hari ni keluar pulak news pasal dia. apa la kisah sebenarnya ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 06:26 PM | Show all posts
jangan lah mengharap lagi....
buat sedih je lah nak posa ni....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ksian bunian perempuan asyik difitnah bwk lari lelaki mlyu ... Pdhl dorg pndg pn x kat lelaki mly ni .. lelaki bunian lg klasik memenuhi criteria dorg kuat bekerja , bkn kaki fb , bkn kaki curi spender bju dlm org , sbb tu syuk sahar maintain je ada kt mlysia ni , cuba ltk syuk dlm hutan sorg², 7 hari pn masih kat situ ????????  ...

Klu bunian bwk lelaki mly masuk alam dia, huru hara alam tu dgn  kes sluar dlm baju dlm asyik hilang je..

I c&p dkt fb..

Btol jgk apa yg komen tu..asyik la nk salahkn bunian..wlpn i tk deny alam bumi dan jin nie mmg wujud..tpi sikit2 nak salahkn bunian pn susah jgk tu..puji effort abg dia tak putus asa..moga bulan baik nie asyraf ditemui..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon bunian tu baca dan accept offer ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
minahgempal replied at 1-4-2022 06:27 PM
Ksian bunian perempuan asyik difitnah bwk lari lelaki mlyu ... Pdhl dorg pndg pn x kat lelaki mly ni ...

Lol syuk Sahar tu..tergelak besar I

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyways takde kaitan ngan bunian..sama ada kena kidnapped or dia melarikan diri..kalau xnak balik pun, bagi la tau kat family..xdela diaorg wonder..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang maki hamun bunian ni, sorang ja yang aku tau, fancy sofea.. dia kata bunian gopeng ni kurang ajaq.. yg lain2 tu, hmmm.. dok entertain bunian
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Timortimur replied at 1-4-2022 05:10 PM
Mn forumer yg anak dia kwn dgn bunian tu?
Bunian dari jepun dtg melawat

KimK kan uols?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Timortimur replied at 1-4-2022 05:10 PM
Mn forumer yg anak dia kwn dgn bunian tu?
Bunian dari jepun dtg melawat

Wehhh siapa forumner ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Timortimur replied at 1-4-2022 05:10 PM
Mn forumer yg anak dia kwn dgn bunian tu?
Bunian dari jepun dtg melawat

Seyes? Bunian tu bunian bangsa jepun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 1-4-2022 07:04 PM
KimK kan uols?


Sebulan dua ni tak nampak dia dlm forum.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat thread lama tak silap ada geng seekers pakat nak turun tolong masa kes acap viral. Tak tahu apa kesudahan, sebab disulami kisah dongeng.  Ytjt.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah mungkin ditelan ular sawa sebab tu takde kesan? Kawasan belakang2 gua tempurung di kuala razila, sungai geruntum tu hutan tebal. Masa mandi2 disitu pun rasa lain macam. Rasa dihendap binatang buas pun ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046343 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list