Seorang pelawak yang memiliki nama bermula dengan huruf ‘M’ dipanggil polis Indonesia kerana dikenal pasti menjadi salah seorang pelanggan kandungan erotik Dea di OnlyFans.
OnlyFans adalah sebuah laman kerosakan yang amat digemari gadis yang sanggup mendedahkan tubuh badan mereka asalkan berpeluang mendapat duit dengan cepat.
Kredit foto: Detik News/Instagram @gresaidss
Menurut polis Indonesia, pelawak yang memiliki nama bermula dengan huruf ‘M’ itu didakwa memiliki 76 kandungan porno yang dibeli dalam satu Google Drive.
‘M’ turut dijadualkan dipanggil sebagai saksi hujung minggu ini untuk mengetahui sama ada dia turut menyebarkan video tidak senonoh tersebut kepada umum atau sebaliknya.
“Pelawak terkenal bermula dengan nama huruf ‘M’ itu memang dikenal pasti membeli video tersebut secara langsung daripada Dea.
“Siasatan akan dibuat untuk bertanyakan adakah dia terlibat dalam operasi penyebaran kandungan itu dan polis Indonesia akan memeriksanya terlebih dahulu,” lapor Detik.com.
Kredit foto: Suara Merdeka/Detik
Selain video, M dipercayai turut menyimpan beberapa keping foto Dea dalam keadaan bogel dan M ketika ini seperti kepanasan kerana identitinya mula diburukan.
Sebelum ini Dea pernah membuat kontroversi di republik tersebut selepas ditangkap kerana menjual konten pornografi dan foto tak senonoh menerusi laman web berbayar OnlyFans.
Menurut laporan, perempuan tersebut banyak melakukan aktivitinya di Malang. Dea malah turut menjual salah satu video seksnya bersama bekas kekasih, tanpa lelaki tersebut menyedari perbuatan jijik mereka dirakam dan dijual di pasaran.
Sumber: Suara Merdeka |