View: 787|Reply: 8
|
Wanita Hampir Mati Dipukul, Kecewa Mahkamah Hanya Arah Teman Lelaki Bayar Denda
[Copy link]
|
|
Seorang wanita di Scotland, Jordana Rutherford kecewa dengan sistem perundangan yang hanya mengarahkan teman lelakinya, William Weir untuk membayar RM5,512 (£1000) sebagai pampasan atas kecederaan dialaminya.
Mengimbau kembali kenangan buruk tersebut, Jordana yang ketika kejadian berusia 17 tahun menyifatkan insiden tersebut bukan hanya meninggalkan bekas luka kekal pada fizikalnya tetapi juga kesan trauma dan adakalanya menggangu fikiran.
Walaupun kejadian tersebut berlaku pada 2019, Jordana berkongsi semula kisah hitam itu sebagai iktibar buat wanita lain agar mengambil tindakan segera untuk keluar daripada hubungan toksik sebelum berlaku perkara tidak diingini.
"Kejadian itu umpama mimpi ngeri yang sehingga kini masih mengganggu fikiran saya. Di dahi saya masih ada parut besar. Setiap kali melihat bekas luka itu, saya akan teringat kembali apa yang sudah dia lakukan.
William Weir
"Dulu, saya ingatkan saya mencintai William tetapi kini saya akhirnya menyedari hubungan kami sebenarnya toksik. Hubungan kami penuh dengan pertengkaran. Sebelum saya dipukul teruk, dia pernah beberapa kali bertindak kasar tetapi kemudian meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi
"Mengimbas kembali kejadian itu, dia mengawal kehidupan saya sepenuhnya. Dia tentukan siapa yang boleh saya jumpa dan siapa yang tidak. Dan, saya benarkan dia melakukan perkara itu. Saya muda dan naif. Kalaulah saya dengar nasihat orang sekeliling pada ketika itu," katanya.
Menceritakan semula kejadian tersebut, mereka bersama-sama menghadiri sebuah konsert dan teman lelakinya tanpa rasa bersalah mencium wanita lain dihadapannya. Weir mabuk dan mula berkelakukan tidak senonoh.
Jordana kemudian meninggalkan Weir di konsert tersebut untuk kembali ke hotel. Tidak lama kemudian, Weir tiba dan mula bertindak agresif apabila Jordana ingin memutuskan hubungan mereka.
"Dia mengugut untuk bunuh diri tetapi gagal dia kemudian datang dan memujuk saya. Tanpa mengesyaki apa-apa, saya membantu menanggalkan kasutnya. Tiba-tiba dia menolak saya dengan kuat, menarik rambut saya dan memukul dahi dengan barang.
"Saya terus tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang sudah dia lakukan. Sebaik sahaja terjaga dari pengsan, seluruh badan rasa sakit dan tubuh dipenuhi darah. Pasukan perubatan dan polis ada di sana tetapi William entah hilang ke mana," katanya.
Selepas diperlakukan seperti itu, Jordana berharap Weir sekurang-kurangnya dikenakan hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukannya sebagai tanda amaran kepada lelaki lain agar tidak sewenang-wenangnya memperlakukan wanita seperti yang dialaminya.
"Saya rasa kelakar apabila hukuman yang dijatuhkan ke atasnya tidak setimpal dengan kecederaan yang saya alami. Bagi saya, ada yang tidak kena dengan sistem undang-undang. Saya sangat kecewa," katanya.
Selain diarahkan membayar pampasan, Weir turut diperintahkan untuk melakukan pekerjaan selama 200 jam tanpa gaji.
"Wang tidak dapat mengubah apa yang sudah terjadi. Tidak hairanlah masih ramai lelaki yang tidak takut untuk mendera wanita," katanya.
Sementara itu, pihak pendakwaan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan berkelakuan baik terhadap Weir. Keputusan mahkamah akan diperolehi pada Julai nanti. - CARI
Sumber: The Scottish Sun, Mirror & Daily Star
|
|
|
|
|
|
|
|
scotland pon dah jadi india pakistan jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ayoooo.. seram btl hubungan toksik mcm nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tahu hubungan toksik nak minta putus tu baru la kawan or break dekat tempat publik boleh la orang bantu kalau apa2 jadi..haih nak buat apa2 pikir dulu jangan terjun je |
|
|
|
|
|
|
|
scotland pun peguam negara ala tomi tomas ka? |
|
|
|
|
|
|
|
buat la gofundme, upah org pkul dgn teruk ex tu, smpai msuk ICU, pstu bayar je denda £1k tu, selesai mslh. |
|
|
|
|
|
|
|
teruknya perangai jantan tu |
|
|
|
|
|
|
|
denda tu bayar kat dia , kan. Kalau kat malaysia … harammm… esp mangsa rogol. sikit pampasan pun perogol tak bayar apa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|