View: 3796|Reply: 24
|
[Tempatan]
Penduduk Kg Sungai Bharu diarah untuk mengosongkan premis rumah mereka
[Copy link]
|
|
Sumber :
Tarik Semula Warta Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu, KL.
[color=gray.dark]Kampung Sungai Baru, Kg Bharu, KL started this petition to Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Perdana Menteri Malaysia) and
[color=gray.dark]
Masa dah suntuk. Penduduk flat dah mula diarah keluar dari rumah dan kosongkan flat dalam bulan Ramadan juga, pemilik teres hanya menunggu giliran saja. Pengenaan Akta Pengambilan Tanah kepada penduduk Kampung Sungai Baru, Kg Bharu sewaktu DARURAT Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah penindasan terang-terangan yang bersifat kejam. Warta dikenakan ketika rakyat melarat, hilang kerja, dan serabut dengan pandemik. Langsung tiada empati. Kerajaan tak membantu langsung dan lebih berpihak kepada pemaju. Padahal rakyat yang patut didahulukan. Atau mungkin kerajaan ada agenda bersama pemaju? Akta ni pemaju yang mohon, dan senang betul diluluskan kerajaan. Adakah ini kerajaan untuk pemaju atau kerajaan untuk rakyat? Apa tahap kredibiliti pemaju yang mudah sangat dapat kelulusan menghalau orang dari tanah sendiri?
Manipulasi Pemaju (Ritzy Gloss & Suez Capital)
Penduduk Kampung Sungai Baru, Kg Bharu tak menolak pembangunan. Tapi bukan pembangunan yang pijak hak penduduk. Kami mengalu-alukan pembangunan yang wajar dan mengambil kira aspek kesejahteraan, impak sosioekonomi & faktor kewangan penduduk. Senang-senang suruh orang keluar dari rumah sendiri. Ritzy Gloss (pemaju projek ini) adalah anak syarikat Suez Cap yang dimiliki oleh taikun Cina. Terang-terang nafikan hak pemilik tanah bergeran. Mereka ada hak. Kenapa pemaju nak nafikan hak ni?
Pemaju kata ini usahasama (JV), tapi berat sebelah dan untungkan pemaju semata. Tahukah anda, lepas projek ni jadi, pemaju akan jadi pemilik penuh geran? Sepatutnya pemilikan tanah kekal kepada pemilik. Ini adalah manipulasi oleh pemaju. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) patut memihak kepada penduduk juga tunduk kepada pemaju.
Kawasan ni terbahagi kepada teres dan flat, jadi kuantiti mengikut unit yang dikatakan bersetuju oleh pemaju tu tak relevan dan tak boleh digunapakai kerana satu unit flat tak sama dgn satu lot teres. Patut ikut keluasan tanah. Tapi pemaju langgar semua ni. Yang anehnya, ada juga sebahagian pemilik teres yang tidak menerima warta walaupun sama-sama terima perjanjian usahasama sejak 2016. Pemaju juga sengaja membeli satu lot teres & satu unit flat untuk dijadikan nilai asas pampasan buat yang menerima warta. Adakah ini taktik kotor pemaju?
Kegagalan Pemaju
Penduduk yang tak tandatangan JV dikenakan akta, tapi peliknya ada juga penduduk yang telah menandatangani JV dikenakan akta. Yang dah tandatangan pula bakal hadapi masalah untuk bayar kos selenggaraan. Lihat track record bagi projek pembangunan Flat Kampung Kerinchi sekarang oleh pemaju yang sama. Benda ni tak dijelaskan secara mendalam kepada penduduk. Akibatnya, sekarang ramai hadapi masalah dan keadaan unit pangsapuri semakin teruk. Pemaju macam tak pernah buat kajian langsung dan takda pelan penambahbaikan dibentangkan. Model pembangunan juga berkonsepkan seperti ‘antara dua darjat.’
Kesan Kepada Penduduk
Hak penduduk tak terjamin sekiranya pemaju gagal atau gulung tikar. Tawaran memang tak munasabah, malah penduduk (flat & teres) juga akan dilonggokkan dalam pangsapuri di kawasan terhujung, bukan ‘prime area’. Kawasan ‘prime area’ berhadapan KLCC khas buat pemaju bangunkan unit komersial dan kaut sebanyak-banyak keuntungan.
Kata mereka penduduk tak layak untuk dapatkan unit komersial di ‘prime area’ yang merupakan tapak perumahan asal penduduk sejak berpuluh tahun. Dibuang ikut suka pemaju. Bagi mereka yang menolak projek ini, dihukum dengan akta dan hanya akan dibayar pampasan semurah-murahnya. Untung betul jadi Pemaju! Modal rendah, dapat lubuk emas, hasil berlipat ganda. Pemilik asal hanya mampu lihat sahaja hasil keuntungan pemaju dari longgokan pangsapuri yang kononnya dijanjikan kondominium. Jadi, apa keuntungan yang pemilik aset dapat sebagai pelabur utama? Siapa yang tamak sekarang?
Kampung Bharu secara keseluruhan memang dah padat. Ditambah lagi dengan pembangunan yang sama di kawasan Kg Sg Baru. Kita tak perlu lagi bangunan tinggi. Kampung Bharu patut dipelihara & dipulihara jadi kawasan perkampungan Melayu tengah bandar dengan nilai sejarah. Bukan dibangunkan bangunan 50 tingkat kerana nak kaut untung semata-mata. Projek ini juga merupakan ‘trial & error’ (projek pengambilan Flat & teres) dan kalau berjaya, tempat lain juga akan jadi mangsa.
BANTU KAMI DAN BERSAMA BERSOLIDARITI UNTUK MENEKAN PEMAJU UNTUK TARIK SEMULA PEWARTAAN AKTA INI. Setiap tandatangan adalah tanda solidariti dan sokongan untuk lawan penindasan kapitalis tamak dan MELAWAN PENGGUNAAN AKTA PENGAMBILAN TANAH DENGAN SEWENANG-WENANGNYA YANG KEJAM DAN MENINDAS RAKYAT.
#KAMPUNGWARISANHAKMILIKSEMUA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
harap bersabar lh....kalo aku PM akan ku tlg tp apekandaya |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa suez capital xboleh mengulang kejayaan di kg kerinchi? |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan umngok kan.. kalau kerajaan dap, korang kg baru akan lebih terjamin sbb kalau dap main kotor melayu dari perlis sampai johor akan turun backup |
|
|
|
|
|
|
|
Ujung2 wpun tanah nama ko, bila2 je kerajaan bleh amik ikut suka dia nak bayar brp (kalau kabel besar, 'org lain' da beli siap sebelum gomen beli)
Atas alasan pembangunan utk rakyat juga
Mak aku nye tanah kena amik sket2 dgn alasan buat longkang
Last2 tanah tu dah terbahagi 2, ape pon dah x boleh
|
|
|
|
|
|
|
|
Setinggan ke..kalau duk tanah kerajaan keluar je lah lainlah ada geran...takkan nk rumah free..kalau gitu pendtg asing pun nk rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde DAP dalam kerajaan pun kena halau.. baik la ada DAP..ada jugak la modal lebai nk tunjuk hero |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya tanah mak sis tu kena kan sewa per year kpd organisasi or pbt yg nak buat longkang Tu...boleh pulak suka sukanhati nak buat longkang
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak hidup sebelah KLCC tapi macam tikus atau nak pindah tempat jin bertendang tapi hidup macam orka
Pilih!
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannnn |
|
|
|
|
|
|
|
manalaah diorang nak pergi ..dah berpuluh tahun di situ .. |
|
|
|
|
|
|
|
boss ku tak mo turun jengok ke cam kes setinggan di selangor kerap turun menjengok penduduk setinggan tu dan katanya kerajaan negeri kejam...
ni kpg baru boss ku...... mu banyak nostalgia di kampong baru ni..... ramai kawan masa zaman kekanak mu duduk di sini
|
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 8-4-2022 07:27 AM
Patutnya tanah mak sis tu kena kan sewa per year kpd organisasi or pbt yg nak buat longkang Tu...b ...
Gomen amik terus...mula amik tepi.
X bape tahun lepas tu amik tgh lak
Rugi gitu2 jer |
|
|
|
|
|
|
|
me12345 replied at 8-4-2022 07:14 AM
Setinggan ke..kalau duk tanah kerajaan keluar je lah lainlah ada geran...takkan nk rumah free..kalau ...
Kau ni memang tak baca berita ke apa.. Mangkuks... Tu rumah dorang, flat dorang beli.. Bukan tanah kerajaan... Duit dapat cuma patutnya bagi tempoh yg munasabah nak pindah.. Bagi notis pun cepat2 nk halau.. Org tgh puasa, nk raya lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pak tiri mak cik aku paling cerdik
Time offer tinggi tu sign ja terus now katanya tunggu duit ajala berjota gak. Rezeki... pilihan ditangan masing2 kan. |
|
|
|
|
|
|
|
fairiza replied at 8-4-2022 04:13 AM
Pak tiri mak cik aku paling cerdik
Time offer tinggi tu sign ja terus now katanya tunggu duit ajala ...
Berjuta? Wow. Memang bijak. |
|
|
|
|
|
|
|
Gampang saja buat naya orang. Tapi jangan sangka tak ada pembalasan di lain hari |
|
|
|
|
|
|
|
me12345 replied at 8-4-2022 07:14 AM
Setinggan ke..kalau duk tanah kerajaan keluar je lah lainlah ada geran...takkan nk rumah free..kalau ...
Eeeuwww.....
Kg baru mana ada setinggan mak long.....
Tu tanah sendiri.....
Flat kg baru pun kena kosongkan...... |
|
|
|
|
|
|
|
Buat atas tanah leasehold ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|