Jual martabak RM2.50
ROSILAWATI ROSEDI | | 11 April 2022
LIPIS - "Saya tetap rasa tak sampai hati jual dengan harga RM2.50 sekeping," kata seorang peniaga martabak, Nur Fatihah Kamil,30 di Kampung Aur Gading di sini.
Walaupun dihimpit dengan pelbagai kenaikan kos barangan, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu memilih untuk mengekalkan harga jualan menu popular tersebut pada tahun ini.
Menurutnya, martabak daging yang dijual di gerainya sejak lima tahun lalu adalah hasil resipi ibu dan hanya dijual pada bulan Ramadan selain ditebar sendiri oleh Nur Fatihah.
"Kalau bulan biasa, saya jual roti canai RM0.50 sekeping dan kemahiran menebar ini diperoleh daripada bapa, Md Kamil Abdullah kerana keluarga juga melakukan perniagaan sama di Kelantan.
Martabak daging yang dijual dengan harga RM2.50 sekeping oleh Nur Fatihah
"Ini pun saya rasa macam tak sanggup jual dengan harga RM2.50 sekeping memikirkan orang lain yang kurang berkemampuan, ramai anak mesti rasa terbeban nak beli banyak," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Ujarnya, setiap hari sebanyak 300 keping terjual dan mengakui tidak dapat menghasilkan lebih banyak martabak kerana seorang diri menebar selain dibantu suaminya, Mohd Fauzan Borhan,37 di gerai tersebut.
"Saya bersyukur kerana suami pun berpandangan sama dan setuju untuk menjual dengan harga tersebut.
"Selain jual di gerai, saya juga mendapat tempahan dari pihak masjid, surau dan asrama sekolah berhampiran," jelasnya ibu kepada dua cahaya mata itu.
Post time 11-4-2022 02:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Padanla nipis pun..harga baru RM2.50..kat tempat iols ni murtabak ayam RM5, murtabak daging RM7..bukan tebal sangat pun..beli dua kali ja nak lepaskan gian bulan puasa teringin berbuka murtabak..
Post time 11-4-2022 02:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Murtabak i suka rm3 jah. Dari sblm pkp mmg rm3. Mmg nipis tp nipis ni yg lg sedap dari yg tebal. Tebal2 tu rasa telur kuat, bawang & rempah jah. Daging apa pon xde. Yg rm3 jugak boleh nmpk ketulan daging walaupon ciput tp sedap
Kalau ada masa, boleh buat sendiri kat rumah guna filo pastry untuk kulit. Dulu masa puasa obersea teringin iols google camne nak buat sekali jumpa yg tak payah nak pening canai kulit bagai..selamat mencuba.