View: 4000|Reply: 59
|
[Tempatan]
Bunuh, makan kucing melarat ke Kuantan
[Copy link]
|
|
Bunuh, makan kucing melarat ke Kuantan
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... melarat-ke-kuantan/
Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN dan NORHAFIZAN ZULKIFLI
11 April 2022, 9:55 am
Ahli Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang menyantuni sebahagian kucing yang terdapat di Kuantan baru-baru ini.
KUANTAN – Kehilangan kucing dalam kuantiti yang banyak yang dipercayai untuk dijadikan hidangan oleh warga asing didakwa berlaku secara berleluasa bukan sahaja di Temerloh tetapi di sekitar daerah ini.
Pengerusi Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang, Jurina Abdul Rani berkata, pihaknya banyak menerima aduan mengenai isu berkenaan daripada orang ramai, namun tidak mempunyai bukti yang cukup untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa.
“Kucing-kucing jalanan yang kami beri makan setiap hari di beberapa kawasan semakin berkurangan. Jika ada kucing baru dibuang, ia akan hilang selepas beberapa hari.
“Kami berharap pihak berkuasa boleh memasang kamera litar tertutup di kawasan tertentu yang bukan sahaja dapat mengenal pasti individu yang menangkap dan menganiaya haiwan berkenaan tetapi mereka yang membuang kucing,” katanya kepada Kosmo!.
Semalam Kosmo! Ahad melaporkan mengenai keresahan penduduk dan peniaga Pasar Besar Temerloh mengenai kehilangan kucing dalam kuantiti yang banyak kerana mengesyaki haiwan itu menjadi hidangan oleh warga asing.
Peniaga mendakwa pernah terserempak dengan beberapa warga asing yang menangkap sebelum memukul kepala haiwan tersebut dengan kayu lalu dimasukkan ke dalam guni dan dibawa ke lokasi tertentu untuk dilapah serta dimakan.
Lebih menguatkan dakwaan apabila sebahagian makanan untuk kucing terbiar langsung tidak diusik sedangkan kawasan itu menjadi tumpuan haiwan berkenaan berkumpul.
Menurut Jurina, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera dalam isu yang menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat ini agar kucing-kucing ini tidak terus teraniaya.
Tambahnya, kelab pernah memohon agar pihak berkenaan khususnya Jabatan Veterinar mengetatkan undang-undang sedia ada tetapi tiada tindakan lanjut.
Sementara itu, pencinta kucing, Che Wan Nornajiha Che Wan Rozali, 27, melahirkan rasa geram dan sedih dengan tindakan kejam segelintir warga asing itu.
Katanya, dia pernah mendengar mengenai perbuatan tidak berperikemanusiaan itu berlaku di sebuah kawasan perumahan di Balok dekat sini ketika bekerja di sebuah pasar mini.
Katanya, penduduk memaklumkan ada warga asing yang menjadikan kucing sebagai makanan hingga mengakibatkan kekecohan dalam kalangan penduduk.
“Banyak kucing hilang dan apabila dicari hanya bulu haiwan itu sahaja ditemui. Ia kejadian lama dan kalau tak silap kes itu sudah diselesaikan oleh pihak berkuasa dan penduduk.
“Bila dapat tahu ia berlaku di Temerloh, saya rasa sedih, sakit hati dan marah apabila mengenangkan nasib kucing-kucing yang hilang itu,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dekat rumah iols dulu pun ada kejadian mcm ni. Tapi dorang curi kucing yg bertuan. Lepas dah kena belasah ramai2, terus tak nampak dah vietnam tu. Rela pun rajin meronda |
|
|
|
|
|
|
|
Survival hidup Vietnam kacang biji teratai |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la di makan .dari hidup melarat tinggal tulang. semua mahluk akan mati.cara je lain lain. harap di sembelih dengan betul.bukan di hentak kepala sampai mati |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lattehazelnut at 11-4-2022 02:11 PM
Plastik2 tu uols buang x lepas bg makanan?
Bawak la balik kucing2 tu, neuter, xpun letak kat animal shelter..
Kalau x kne makan org vietnam boleh jugak kne makan dgn anjing..
Takat bg makan je mne cukup utk claim pencinta kucing..
Manusia lain yg kne gigit anjing, bunuh, pukul, ragut pun uols xsuro pasang cctv.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bakingsoda at 12-4-2022 09:39 AM
Kurex replied at 11-4-2022 10:50 AM
Dekat rumah iols dulu pun ada kejadian mcm ni. Tapi dorang curi kucing yg bertuan. Lepas dah kena be ...
curi kucing bertuan sbb gemok dan lebih bersih. kucing jalanan kalau dorang amik yg berpenyakit sporo ke fip ke parvo silap2 timbul virus baru ala kobid tersebar kat manusia sporo tu dah tentu mmg mudah berjangkit kat manusia melalui sentuhan.
entah laa nak salahkan pemakan kucing pon, yg membela kucing tu lagi zalim masa buang, breeders kucing ajak orang beli kucing, yg membeli kucing tak nak adopt semuanya takde beza dgn pemakan kucing tu, sama2 MEMBUNUH. pemakan kucing ni lagi mulia kot sbb cepat2 mengakhiri penderitaan kucing di jalanan, kalau yg lain2 tu lagi menyeksa perlahan2 kucing mati sbb kebuluran atau penyakit! |
|
|
|
|
|
|
|
pernah ada kat kawasan iols dlu., kata jiran org vietnam yg curi n makan.. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah ada kat kawasan iols dlu., kata jiran org vietnam yg curi n makan.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap 2 lepas ni makan hanjing pula, bila takde kucing, tikus byk, jd makan la tikus pula , |
|
|
|
|
|
|
|
kat tempat aku ni.. org tgkap meow kat pasar, bg mkn buaya..
sekali Allah nk tunjuk, banjir besar.. bertempiaran buaya nya terlepas. baru lah org kampung tau.. selalu depa bg mkn ayam. ayam mahal kan. meow ni free..
|
|
|
|
|
|
|
|
ada orang tolong cuci taik kucing patut terima kasih lah
PBT senyum sinis
|
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya rakyat pahang berterima kasih kerana ada manusia yg makan anjing dan kucing...bangsa kita usah memandang sinis org lain...mungkin itu makanan normal bagi mereka...
kalau ada yg makan burung gagak, tikus, ular, etc...ok juga... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada jumlah kucing yg banyak...apa salah di beri makan kpd buaya?
sama juga dgn jumlah anjing yg tak terkawal...ini semua hukum alam...
|
|
|
|
|
|
|
|
ya allah ko ni takda rasa kesian ke pada kucing
|
|
|
|
|
|
|
|
ko tak kesian kpd ayam, kambing, biri-biri, lembu dan arnab?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 selera makan turun temurun dorang tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mcm tempat yg sama ada seekor kucing tengah bersalin tapi still lari kejar minta makanan kan? Baby dia terhayun2 kat bontot dia.. tak keluar sepenuhnya lagi. Kesian lapar sgt kut.. tengah bersalin pun boleh lari2 minta makanan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rumpun Siam dan Cina suka makan benda pelik2. |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak la diorang. Mungkin diorang tengah sengkek sebab takde job. |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 12-4-2022 09:38 AM
curi kucing bertuan sbb gemok dan lebih bersih. kucing jalanan kalau dorang amik yg berpenyakit sp ...
sis soda..nak tnya psl kucing
mitk tips bawak kucing travel balik kg...selain bg dia posa..apqnlg..pernah tak uols |
|
|
|
|
|
|
| |
|