View: 958|Reply: 6
|
Nak Uji Jaket Kalis Peluru, Remaja Mati Katak Ditembak Kawan Sendiri
[Copy link]
|
|
TALLAHASSEE: Seorang remaja berusia 16 tahun maut ditembak oleh rakan sendiri selepas mangsa dan dua rakannya didakwa bergilir-gilir main menembak antara sesama sambil memakai jaket kalis peluru.
Lapor Daily Mail, Colton Whitler dan Joshua Vining ditahan pada Khamis lalu berkaitan kes kematian rakan mereka, Christopher Leroy Broad Jr.
Menurut Jabatan Polis Belleview, kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu akan didakwa seperti suspek dewasa.
Foto: WFTV
“Saya nampak seorang remaja lelaki keluar sambil menjerit dengan kuat.
“Amat menyedihkan remaja berkenaan tidak menyedari kemungkinan implikasi tindakan mereka,” kata seorang jiran, Joe Vanhouten yang menyaksikan kejadian tembakan itu.
Kejadian itu berlaku di Belleview, kira-kira 112.6 kilometer (km) barat laut Orlando selepas polis menerima panggilan kecemasan pada Ahad lalu.
Menurut polis, mangsa ditemukan dalam keadaan cedera parah dengan kesan tembakan di rumah.
Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Berdasarkan laporan Click Orlando, seorang lagi rakan, Evan Vowell yang turut berada bersama ketika kejadian dilaporkan merakam video insiden itu dan menyerahkannya kepada polis.
Vowell memberitahu pihak berkuasa bahawa Vining yang memulakan permainan itu dengan membawa jaket kalis peluru dan pistol.
Bagaimanapun, polis memaklumkan rakaman video dan keterangan Vowell bercanggah dengan keterangan Whitler selepas dia memberitahu rakannya ditembak di bahagian dada.
Whitler yang dilaporkan sebagai saksi kejadian tembakan itu turut mendakwa Vowell menembak mangsa namun polis menegaskan bukti menunjukkan sebaliknya.
Vining didakwa atas kesalahan membunuh kanak-kanak bawah umur menggunakan senjata api manakala Whitler pula didakwa atas kesalahan memberi maklumat palsu kepada penguatkuasa undang-undang. -CARI
Sumber: Utusan Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Marjorie Taylor Greene senyum sinis
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ibubapa takda tindakkan ka? macam mana budak2 tu boleh jumpa senjata tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kok ya pun gunalah dummy untuk ujian bukan guna yang masih hidup. Tak pasal2 dah nak kena menjawab dengan polis turun naik mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
Nape x sarungkan jaket tu kat babi dulu? Gatal sgt nk buat experiment kt manusia, igt ni beksin ke hapa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|