View: 1936|Reply: 10
|
[Tempatan]
Pinjam 720k:Mawar Karim disaman dan berdepan risiko bankrap, didakwa lari bayar hutang
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 13-4-2022 01:26 PM
GARA-GARA ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang sahabat, usahawan Mawar Karim bakal berdepan tindakan pengisytiharan bankrap.
Usahawan berusia 33 tahun itu dikatakan meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.
Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya, Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.
Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu gagal untuk melangsaikan hutangnya.
Justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada sebarang jawapan.
Mawar diminta bayar semula wang yang dipinjam
Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.
“Pihak mahkamah telah pun mengeluarkan penghakiman ingkar kehadiran kerana tiada sebarang respons yang diterima daripada pihak defendan (Mawar).
“Mawar dikehendaki membayar semula wang yang telah dipinjam dan kami juga akan teruskan dengan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank miliknya.
Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah
“Jika jumlah masih tidak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharaan bankrup boleh dilakukan atau jualan lelong harta milik Mawar,” ujarnya kepada mStar pada Selasa.
Sementara itu, Zarith berkata anak guamnya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak Mawar sehingga hari ini dan kali terakhir mereka berhubung adalah sekitar Oktober tahun lalu.
“Sebelum tindakan undang-undang diambil, anak guam cuba menghubungi Mawar beberapa kali namun tiada sebarang maklum balas.
“Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah,” jelasnya.
https://negaramerdeka.com/gagal-bayar-hutang-mawar-karim-bakal-diisytihar-bankrap/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kaya nya Nabil Mat Yahya.. siapakah? |
|
|
|
|
|
|
|
baru nk tanya.. sapa Nabil tu |
|
|
|
|
|
|
|
Din takiri tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali pandang pesen tudung gitu hauk dh level ikatan kepala jenazah plak |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 15-4-2022 01:46 AM
Sekali pandang pesen tudung gitu hauk dh level ikatan kepala jenazah plak
Tak pernah nampak orang lain pakai. Hanya dia sorang je pakai. Kesiann plak. Memang pelik pun tudung style tebal atas kepala tu..rose pakai kadang cantik kadang tak cantik..tak kena sebab rasa nampak muka besar sangat. Tak balance |
|
|
|
|
|
|
|
Pulak dah. Bukan rmi org kata mawar ni kaya ke. Siap jd mesin atm lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Peti ais adududu pregnant tersenyum happy
|
|
|
|
|
|
|
|
Ex tasabar tunggu reputs minta komen sepatah dua kata. |
|
|
|
|
|
|
|
Kekrose dah leh tukar style pakai tudung.. nampak kepala besar nau muka pun jd lebor pinggan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|