Isu wanita langgar lapan remaja basikal lajak lebih kurang lima tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 menjadi bualan hangat ramai.
Malah, editor CodeBlue, Boo Su-Lyn juga tidak terkecuali menyuarakan pandangannya terhadap hukuman dijatuhkan kepada tertuduh.
Kredit foto: Harian Metro
“Ini tidak adil. Dia dilaporkan memandu dalam limit kelajuan, tidak mabuk dan sebagainya.
"Ibu bapa bersalah kerana membiarkan anak-anak mereka lakukan basikal lajak mengarut di tengah malam,” ciapnya di Twitter.
Melihat ciapan editor CodeBlue itu, ramai pengguna media sosial tampil berkongsi pandangan mereka mengenai kes kerani langgar mati remaja basikal lajak di laman Twitter.
Meninjau di Twitter ada yang memberi pandangan bersetuju dengan apa yang dikatakan editor CodeBlue tersebut dan ada juga yang memberi pandangan sebaliknya.
Untuk rekod, kejadian malang berlaku pada 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada pukul 3.20 pagi. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Murai |