PRESIDEN Amerika Syarikat, Joe Biden menerima dos keempat vaksin Covid-19 keluaran Pfizer di Washington, baru-baru ini. - AFP
GENEVA: Syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat (AS), Pfizer mengumumkan vaksin Covid-19 yang berkesan terhadap pelbagai varian akan dihasilkan sebelum penghujung tahun ini.
Pengerusinya, Albert Bourla berkata, syarikat itu juga berusaha menghasilkan vaksin yang boleh memberikan perlindungan lengkap sepanjang tahun, menyaksikan orang ramai hanya perlu mendapatkan dos penggalak setahun sekali seperti suntikan influenza.
“Saya berharap menjelang musim luruh ini, Pfizer sudah memiliki vaksin yang berkesan terhadap semua varian Covid-19 yang diketahui,” katanya dalam taklimat bersama media.
Vaksin Covid-19 keluaran Pfizer merupakan antara vaksin yang berkesan menentang virus maut itu.
Biarpun kesan perlindungan menurun dari semasa ke semasa, vaksin Pfizer masih menawarkan perlindungan kuat terhadap penyakit serius dan mengurangkan kemasukan ke hospital serta kematian akibat Covid-19.
Dalam pada itu, Bourla menyatakan terdapat risiko berlakunya ‘penolakan vaksin berterusan’ susulan kesan perlindungan vaksin sedia ada yang tidak menyeluruh.
“Apa yang dunia perlukan sebenarnya adalah vaksin yang kesannya boleh bertahan selama setahun dan saya fikir inilah yang bakal menjadi penyelesaian kesihatan awam paling optimum,” ujarnya.
Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenal pasti sebanyak 153 vaksin Covid-19 dalam fasa ujian klinikal, manakala 196 lagi dalam praklinikal. – AFP
Post time 19-4-2022 01:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Idop lagi babi laknat ney? Entah2 vax tu dia bancoh dalam bekas cam kawah masjid je.. Lagi ummah isele nak pircaye. Aku kalo Keri beli ney aku jentik telor dia..
Narratif BIG Pharma untuk menangani Covid hari2 bertukar macam puak liberal. Asas nya, BIG Pharma nak untung berbilion-bilion US$ dari penjualan vaksin Covid dan mungkin pegawai2 WHO, CDC dan kerajaan diberi "kickbacks" berjuta-juta US$ untuk ikut narratif2 BIG Pharma, spt mandat vaksin Covid dan paspot vaksin.
Perlu ingat, vaksin2 Covid tak berapa berkesan kerana virus Covid sentiasa bermutasi, sama spt virus Flu dari kurun2 dulu lagi. Nampak macam BIG Pharma dan konco2 nya kuat kelentong kerana gila wang.
.