CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1827|Reply: 8

7 Tahun Bela, Isteri Baru Tahu Anak Angkat Rupanya Anak Kandung Suami Dengan Skandal!

[Copy link]
Post time 18-4-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita terkejut apabila mengetahui bahawa anak angkat yang dipelihara selama tujuh tahun rupa-rupanya merupakan anak kandung suaminya dengan kekasih gelap lelaki itu, lapor akhbar Daily Star UK.


Ibu kepada lima anak itu berkata, dia memilih untuk mengambil anak angkat selepas doktor menasihatinya untuk tidak hamil lagi selepas kelahiran anak keempat.


Dia dan suaminya, Dave, berbincang untuk mengambil anak angkat ketika lelaki itu diarahkan bertugas di luar negara dan mereka bersetuju untuk menunggu Dave pulang ke rumah bagi meneliti pilihan yang ada.




Gambar Hiasan: Getty Images




Namun begitu, ketika berada di luar negara, suaminya secara tiba-tiba mencadangkan pengambilan anak angkat antarabangsa dan wanita itu akhirnya bersetuju.


Dave mengendalikan semua kertas kerja dan pasangan itu menyambut kehadiran seorang bayi lelaki bernama Kalen dalam keluarga tersebut.


Rahsia identiti Kalen bagaimanapun terbongkar selepas kanak-kanak itu berusia tujuh tahun.


“Sebenarnya, sejak mengambil Kalen menjadi anak angkat, ramai ahli keluarga yang tidak percaya dia bukan anak kandung kami.


“Ini kerana wajahnya sama seperti adik-beradik lain. Tiada perbezaan ketara antara mereka,” kata wanita itu.


Tidak lama selepas itu, wanita berkenaan menyedari terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sijil kelahiran Kalen, lantas memutuskan untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).


Keputusan ujian itu membuktikan bahawa Dave ialah bapa kandung Kalen.


“Kalen ialah anak saya, tidak kira apa juga keputusan ujian DNA. Namun, saya tidak boleh memaafkan Dave dan saya telah memfailkan perceraian dengannya.


“Sekarang saya sedang berfikir bagaimana untuk memberitahu anak-anak mengenai perpisahan kami,” kongsi wanita itu di laman Reddit. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu.. biasa lelaki omputih lain biar je anak kat situ.. kalau kat asia tenggara anak tu boleh jd artis bila da besar..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
what is past is past?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:16 AM | Show all posts
Kokesen ka? Agak pelik anak dah 4 masih tak cukup nak amik lagi anak angkat.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 02:51 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-4-2022 11:16 AM
Kokesen ka? Agak pelik anak dah 4 masih tak cukup nak amik lagi anak angkat.

tak pelik lah, sebab dlm perancangan dia mmg nak hamil lagi tapi doctor suruh stop lepas ank ke4. and kat situ la laki mainkan peranan untuk main kayu 3
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kan kes melayu punya mcm ni..akhirnya anak angkat yakni anak suami dia tu dia tak sengaja terbunuh..

Tapi kan aku perasan jugak..melayu kalau suami curang meroyan habis siap rakam..jarang tgk cina buat mcm tu padahal cina lg bnyk mcm tu..kata kawan cina aku skandal dpt lg banyak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-4-2022 11:16 AM
Kokesen ka? Agak pelik anak dah 4 masih tak cukup nak amik lagi anak angkat.

Kokesen mmg gituh.. anak dah 5-6 pun masih ambik anak angkat. Ni biasanya jenis yg percaya setiap anak yg lahir perlu dpt peluang disayangi so dorang adopt atau kalau x mampu adopt dorang just foster
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 04:51 PM | Show all posts
Atata replied at 18-4-2022 03:53 PM
Kokesen mmg gituh.. anak dah 5-6 pun masih ambik anak angkat. Ni biasanya jenis yg percaya setiap  ...

but those are exceptions la kan. Yang anak berderet2 ni conservatives eg macam mormon. Tapi yang ini sempat juga membirah ala2 lobai tersungkur gitu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam kisah Elizabeth Fritzl Yang dikidnap Dan sexually abused by her father.kes yg menggemparkan dunia satu ketika dulu.sampai beranak pinak hasil sumbang mahram. Salah satu anak merangkap cucu bapaknya bela,cakap kat mak Elizabeth ni anak angkat.padahal anak kandung suami sendiri. Sampai Hollywood buat movie kes ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.088115 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list