CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hart_attack

GEMPAR:Laut Morib Bersemadinya Sosilawati & Rakan. Dato' Disyaki!V 2

   Close [Copy link]
Post time 15-9-2010 04:05 PM | Show all posts
hok mung carut koksey tuh xsey repot jgk ko?
plasterhati Post at 15-9-2010 18:03



    Hok dia carut tu layennnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 04:05 PM | Show all posts
Memang itu pun yg aku rasa.
X5 & 525i tu bukan mangsa yg bawak dan park kat Subang, tapi mac ...
RedDevils Post at 15-9-2010 03:59 PM



    me rasa bukan di estet....kemungkinan besar mereka naik mpv...masa dalam mpv tu kot si arwah call hubby dia dan bila tengok lain macam jer tempat tu...itu yg dia tanya "kau nak bawa aku ke mana ni" sejurus lepas tu..mungkin pisau dah di leher arwah dan phone dirampas.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 04:06 PM | Show all posts
Reply  alahai
naseb ingatan makcik msh kuat, anyway selamt hr raya, bnyak buat ketupat?
AHMADVW Post at 15-9-2010 10:56



   bila sebut amerikana, terus teringat jambang dia
selamat hari raya juga....ketupat?? , cukuplah untuk mabuk 2 hari
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 04:07 PM | Show all posts
ntah kenapa aku rasa, suspek yg umur 19 tahun tuh yg dikatakan org yg membunuh mangsa tuh, sebenarnya dia di arah membunuh sbg bukti/tanda/simbol yg dia diterima masuk ke dlm group gangster neh....

selalunya mmg mcm tu kan kalu kita tgk movie pasai gangster neh....terpaksa atau rela kene buat jugak, kalu tidak ko yg kene bunuh......

teringat insiden kt sekolah menengah anak aku....time balik mesti ada jer mamat2 hindu yg berumur kt tepi sekolah dan dikelilingi oleh budak2 sekolah situ....i wonder depa tuh kepala samseng keje mengrekrut budak sekolah jadi samseng??
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 04:07 PM | Show all posts
me rasa bukan di estet....kemungkinan besar mereka naik mpv...masa dalam mpv tu kot si arw ...
bnmbnm Post at 15-9-2010 16:05


Wah.....CSI cari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2010 04:08 PM | Show all posts
hok mung carut koksey tuh xsey repot jgk ko?
plasterhati Post at 15-9-2010 16:03



  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2010 04:09 PM | Show all posts
korang ada x gambar budak 19thn yg jd tukang bunuh tuh?
nk tgk encem ke idak
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 04:10 PM | Show all posts
Ai pun pikir the same thing. Masuk ke estate ni, jalan dia memang
    terok. So, semua ma ...
natashism Post at 15-9-2010 15:45



    agree. sbb sah2 dua2 bawak keter mewah kan. BMW latest2 edition kan
nak masuk estet ladang ni, usually naik keter yg ala2 nan hadoo sket mcm trak pikap kan
kang x pasal2 rosak lak bmw yg mahal2 tu
so, kalau aku jd mangsa pun, aku pun tak terpikir yg loyer lahanat tu akan bunuh kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 04:10 PM | Show all posts
dah berpuluh report aku hantar...isabel pun nampaknya masih makan tat nenas dan batang bur ...
abgboroi Post at 15-9-2010 13:08



    nasib baik depa2 yg dipotong kreditnya tak bising2 gado2 kt sini.....redhoo giteww...

sundri buat sundri tanggunglah.......


p/s- pd org2 berkenaan...Selamat hari raya..mahap zahir batin...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 04:10 PM | Show all posts
hart_attack Post at 15-9-2010 16:08


....hanya bahasa isyarat?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 04:10 PM | Show all posts
Wah.....CSI cari
aikee04 Post at 15-9-2010 04:07 PM



    Ai ni.....buat bnm malu jer lah....

kes ni punya pasal bnm buat posting kat CI tau.....kelas pun sanggup bnm tinggalkan.... rasanya budak2 tu dah sepahkan kerusi meja dlm kelas.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 04:11 PM | Show all posts
kesian depa ni beraya dengan menyelam je...
mujur bukan bulan posa, kalo dak jenuh menahan
PahBedah Post at 15-9-2010 09:14


harap2  para penyelam ni jangan pulak tekana jangkitan lepto ke apa ke yang sejenis lagi tu........semoga Allah melindungi mereka .......Amin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2010 04:12 PM | Show all posts
Wah.....CSI cari
aikee04 Post at 15-9-2010 16:07



dah lame bnm tahan geram kot...
sbb tu dr SR terkeluar pulak...
same ak jugak mcm ai...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 04:12 PM | Show all posts
ni yang sempat aku gugel.. and aku bersetuju ngan forumer.. sume orang nak publisiti..

1.Murugiah...siap buat press conf depan gate lagi..

GOMBAK: Suspek utama pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya, 47, menjadi penaja terbesar pemberian hamper satu program untuk penduduk Orang Asli di Bukit Cheding, Banting, baru-baru ini.
Hal ini didedahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah yang turut hadir dalam program anjuran penduduk di sana pada 8 September lalu.

“Saya diberitahu peguam (suspek) itu salah seorang penaja terbesar untuk program berkenaan. Saya terkejut apabila melihat gambar suspek di media massa,” katanya.

Malah beliau berkata, suspek juga pernah menyatakan hasrat untuk menyertai MIC dan ingin menyumbangkan jasa dalam parti berkenaan.

“Saya menyuruhnya menghantar borang ke pejabat MIC, dan akan meminta Datuk Seri Samy Vellu mempertimbangkan, tapi siapa sangka rupanya dia peguam yang mempunyai banyak rekod jenayah. Malam tadi (semalam) saya tidak dapat tidur kerana saya mengingati perwatakan suspek yang pemurah dan peramah. Murugiah juga meminta polis menyiasat lebih terperinci mengenai suspek yang mendapat gelaran Datuk itu.

“Saya hairan bagaimana seorang peguam yang mempunyai banyak rekod jenayah, layak mendapat gelaran Datuk, dan dari mana dia mendapatnya, itu semua harus disiasat,” katanya. Sementara itu, Murugiah mewakili kaum India di negara ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan lapan suspek utama kes pembunuhan jutawan terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, serta tiga lagi rakannya yang mati dibunuh, dibakar kemudian abu mereka dibuang ke dalam sungai berhampiran kawasan Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting, Selangor. Beliau menyifatkan tindakan suspek berkenaan adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan hingga sanggup membunuh disebabkan wang.

“Saya mewakili kaum India di negara ini mahu polis menyiasat kes ini secara terperinci dan jika betul lapan suspek itu adalah pembunuhnya, bawa mereka ke muka pengadilan. Jika mereka bersalah, jangan bagi peluang lepas daripada tali gantung, kerana apa yang mereka lakukan sangat kejam,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah Sosilawati, semalam.

2. Mashitah .....katanya berjiran, kelassss kawan2 ustazah..  

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang merupakan rakan serta jiran Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak berkata selagi DNA tulang yang ditemui belum mengesahkan ia adalah Sosilawati, selagi itulah beliau masih berharap ada harapan untuk melihat rakannya itu pulang.
“Saya masih berharap akan berlaku keajaiban dan sehingga belum dapat dipastikan saya tidak menganggap dia telah menjadi arwah,” katanya ketika mengunjungi keluarga Sosilawati hari ini.
Beliau berkata penduduk di sekitar Taman Harmonis yang prihatin atas apa yang menimpa Sosilawati telah membuat solat hajat sejak beliau dilapor hilang dan ia akan berterusan sehingga mendapat pengesahan.

3.Datuk Suhaimi Ibrahim… pun tanak kalah nok!!
Bagi Datuk Suhaimi Ibrahim yang merupakan setiausaha politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pembunuhan yang berlaku itu sukar dipercayai kerana ia sesuatu yang sangat kejam, zalim serta tidak bertamadun.
Beliau yang merupakan kenalan rapat Sosilawati sejak tujuh tahun lepas, berkata kali terakhir beliau dihubungi Sosilawati ialah pada 29 Ogos lepas iaitu sehari sebelum Sosilawati bersama tiga lagi mangsa ke Banting bagi urusan pembelian tanah.
“Sosilawati menghubungi saya untuk berjumpa pada tarikh itu bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, Pulau Pinang tetapi saya tidak boleh menemui beliau pada hari itu kerana ada urusan lain dan saya maklumkan padanya untuk bertemu pada 31 Ogos,” katanya.
Beliau berkata pada 31 Ogos, beliau cuba menghubungi Sosilawati untuk mengesahkan pertemuan itu tetapi panggilannya tidak dijawab.
“Sangat pelik bila dia tidak jawab telefon sebab Sosilawati jarang buat begitu, kalau ada ‘miss call’ dia akan cepat-cepat telefon semula. Pada 1 September saya cuba menghubungi beliau lagi tetapi telefonnya dimatikan,” katanya.
Beliau berkata pada pertemuan mereka sebelum bulan puasa, Sosilawati pernah memaklumkan kepadanya tentang tanah itu selain hasrat untuk menyenaraikan syarikatnya dalam bursa saham.
“Beliau merupakan ikon wanita, beliau salah seorang pelopor usahawan kosmetik yang menjadi ikutan dan contoh pada usahawan lain,” katanya.

4. adik Sosilawati, Masturi Lawiya- yang ni logikla kalu nak bagi statement.. ahkak die!!
Masturi Lawiya berkata malam ini solat hajat dan kenduri tahlil akan diteruskan di kediaman Sosilawati manakala solat hajat dan tahlil turut diadakan di rumah ibu bapanya di Batu Pahat semalam.

5. Stokis NV pun tumpang glamer.. -anonymous
Pengusaha stokis produk kecantikan Nouvelle Visages di Kampung Baru pula berkata beliau mengenali Sosilawati sejak tahun 1985 dan sepanjang perkenalan itu Sosilawati adalah seorang wanita yang baik hati dan dermawan.
“Kali terakhir kami berjumpa sebelum Ramadan lalu dan amat sukar untuk mempercayai apa yang berlaku. Diharapkan anak-anak dan keluarga Sosilawati tabah dan redha dengan apa yang berlaku,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

6. Otai PAS pun nak bersuara-Datuk Mahfuz Omar
“Yang saya mempersoalkan ialah apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu?” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider hari ini.
Sehubungan itu kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini, pihak polis perlu memberi penjelasan terperinci status laporan yang dibuat terhadap suspek utama yang kini dikaitkan dengan pembunuhan Sosilawati sepanjang tahun lalu.
“Polis mengakui mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India.
“Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini... apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu,” kata beliau.
Mahfuz menambah, apakah suspek utama ini kemungkinan tidak dapat ditangkap sekiranya tragedi terbaru ini tidak berlaku dengan suspek akan kekal bebas.
“Nampaknya suspek ini hanya dapat ditangkap selepas Sosilawati dan tiga lagi mangsa sudah menjadi abu,” kata beliau lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 04:13 PM | Show all posts
7.Ijat ....statement 'neraka pun tak terima' yg kelless!!..
Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Sosilawati, 3 Individu - Shahrizat
Oleh SALWA SHA'ARI

Shahrizat (kanan) menenangkan Balqis Dayana (berselendang hitam) sambil diperhatikan anak Sosilawati pada majlis tahlil di rumah pengasas kosmetik itu. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG
KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jenayah yang dilakukan sangat kejam dan menyifatkan 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah' seperti itu.
"Kami mendesak supaya keadilan dilaksanakan. Kami meminta pihak polis untuk menyelesaikan siasatan dengan secepat mungkin.
"Mereka yang terlibat hendaklah dibawa ke mahkamah dan kes juga didengar secepat mungkin, diberi keutamaan dan tidak ditangguh.
"Jika disabitkan, mereka mestilah dikenakan hukuman maksimum," katanya.

Majlis tahlil diadakan di rumah Sosilawati pada Selasa. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil di kediaman Sosilawati dekat sini, Selasa.
Shahrizat yang mengenali Sosilawati sejak kira-kira tiga tahun lalu menyifatkan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu sebagai seorang wanita yang sangat positif dan menjadi inspirasi kepada individu lain.
"Beliau (Sosilawati) datang ke kementerian sebagai seorang yang berjaya dan mahu membantu golongan wanita.
"Beliau seorang selebriti yang mempunyai banyak pengikut dan tarikannya adalah sikap yang cekal, sering fokus, rajin bekerja dan mempunyai impian serta tidak mudah mengalah," katanya mengulas penampilan Sosilawati.

8. Hishamuddin- tetap tanak kalah.. kena jaga nama KDN woo
“Semua pihak diminta supaya tidak menyebar sebarang khabar yang tidak benar atau berita tohmahan yang berkaitan dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya and tiga individu lain, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.”

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang membuat gesaan itu berkata beliau melihat kes berkenaan sebagai satu kejadian jenayah kejam dan berat yang merentasi batas kaum dan agama.

“Semua kaum dan agama dalam negara dengan nada yang sama mengutuk apa yang terjadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Katanya beliau berharap tindakan lanjut polis dan tindakan undang-undang nanti akan meredakan kemarahan orang ramai dan mampu menangani apa jua kemungkinan, termasuk menangani sebarang persepsi negatif antara mana-mana kaum.

9. Muhyiddin- komen standard seorang TPM
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengutuk perbuatan pembunuhan kejam membabitkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Terkejut dengan kes pembunuhan empat individu itu di bulan Syawal yang mulia ini, Muhyiddin dalam satu kenyataannya hari ini berkata: "Tiada insan yang berfikiran waras akan bertindak sedemikian".

Muhyiddin turut menyampaikan salam takziah kepada anggota keluarga Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, Ahmad Kamil Karim dan Noorhisham Mohammad berikutan kehilangan orang tersayang dan berharap kaum keluarga terbabit tabah menghadapi tragedi itu.
"Saya berdoa roh mereka ditempatkan di kalangan para solihin. InsyaAllah. Amin Ya Rabbal Amin," katanya


buleh tak korang nie pun sedekahkan alfaatihah jugak kat yang dah tiada nie??
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 04:13 PM | Show all posts
Dari raya pertama, bawak lah ke semalam, bila gi bertandang beraya rumah sedara mara, mesti akan bercerita pasal kes ini.Hangat sungguh..

Korang bercerita tak pasal kes ini masa berziarah raya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 04:13 PM | Show all posts
Aku tak gerti nak sebut Nama loyar tu lidah rasa macam keras sikit nak sebut...kalau Nathan tu senan ...
sueism Post at 15-9-2010 15:51



    ala ko sebut je loyer lahanat atau loyer keparat.senang kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 04:14 PM | Show all posts
itu trademark kaka Senah..
zehra2 Post at 15-9-2010 16:00


trademark? pity her
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 04:15 PM | Show all posts
Dari raya pertama, bawak lah ke semalam, bila gi bertandang beraya rumah sedara mara, mesti akan ber ...
RedDevils Post at 15-9-2010 16:13


kitaorang cite pasal yg berSERI - SERI tue je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 04:15 PM | Show all posts
dah lame bnm tahan geram kot...
sbb tu dr SR terkeluar pulak...
same ak jugak mcm ai...
hart_attack Post at 15-9-2010 04:12 PM



    patutlah avvy pun bertukar ya hart?.............

tak tahan jari wei...nak juga keluarkan pendapat.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.053351 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list