View: 768|Reply: 3
|
[Tempatan]
Sanggup risiko diri demi upah RM200
[Copy link]
|
|
Sanggup risiko diri demi upah RM200
PRODUK kosmetik yang dirampas anggota PGA7 di pangkalan haram Pasir, di sini, jam 7.45 pagi semalam. FOTO ihsan PGA7
Rantau Panjang: Lelaki mendakwa dibayar upah RM200 bagi setiap penghantaran pelbagai produk kosmetik seludup dari pangkalan haram ke kawasan sekitar Pasir Mas.
Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), Superintendan Azhari Nusi berkata, suspek berusia 24 tahun membuat pengakuan itu selepas ditahan pada 7.45 pagi semalam.
Menurutnya, pihaknya sebelum itu mengesan Mitsubishi Triton yang dipandu suspek keluar dari pangkalan haram berkenaan dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, anggota bertindak menahan pacuan empat roda terbabit untuk pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan, anggota menemui 202 kotak dan 56 botol produk kosmetik pelbagai jenama bernilai RM9,400 dipercayai diseludup dari Thailand untuk pasaran tempatan.
"Soal siasat dilakukan terhadap suspek dan dia mengaku tidak memiliki sebarang dokumen barangan dibawa selain mendakwa hanya mengambil upah membawa barangan itu ke lokasi yang ditetapkan.
"Suspek menerima upah RM200 untuk melakukan kerja terbabit dan dia kemudian ditahan manakala kereta serta barangan dirsampas untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Kesemua produk kosmetik ini tidak mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali gus boleh membahayakan pengguna," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iri-demi-upah-rm200
|
|
|
|
|
|
|
|
Bende bodow macam ney yang korang sebok nak tangkap. Lain la kalo dadah.. By now sume orang patot tau dah pase produk timbang kati ney. Yang nak membeli tu yang saje2 nak ambek risiko. Biag pi kat depa la.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh tau bwk bende seludup gigih pakai 4x4....ha kan dh kena sita....30k jugak tu rugi |
|
|
|
|
|
|
|
RM200 per trip? OK berbaloi. Bawa Grab pun tak dapat macam tu silap2 kena kelar leher.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|