View: 2620|Reply: 34
|
[Jenayah]
Mufti: Peguam membela orang bersalah lebih 'berat' dosa berbanding seorang pelacur
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 19-4-2022 05:13 PM
KUALA LUMPUR – Berdosa jika seorang peguam membela pihak diketahui bersalah dan wang pembayaran yang diterimanya adalah merupakan rezeki yang haram.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dosa wang yang diambil daripada pihak yang salah itu lebih buruk daripada hasil pelacuran.
“Kerana dosa pelacur antara dia dengan Allah sahaja. Sementara dosa wang guaman yang batil merupakan kezaliman ke atas pihak yang lain,” kata Mohd. Asri.
Beliau menjawab pertanyaan oleh beberapa peguam mengenai kerjaya mereka yang kadang-kala membela atau mempertahankan kes-kes yang mereka tahu berada di pihak yang salah ataupun zalim.
Mohd. Asri berkata, menjadi prinsip Islam untuk menyuruh membela yang benar dan mengharamkan membela yang salah ataupun yang dosa.
Tegasnya, kebenaran dan kesalahan diukur dengan pengetahuan seseorang mengenai hakikat sesuatu perkara yang dibela tersebut.
“Jika dia percaya itulah yang benar berdasarkan keilmuannya yang mencukupi pada keyakinannya maka pembelaan itu menjadi pahala untuknya. Sekalipun kemungkinan pada ijtihad orang lain pendapat itu salah.
“Demikian juga kesalahan atau kebatilan. Jika seseorang itu tahu bahawa perkara yang dibela itu salah atau dia percaya tidak benar namun dia tetap membela kerana kepentingan dirinya atau ketaksubannya atau sikapnya yang tidak adil maka dia berdosa,” katanya.
Justeru menurut Mohd. Asri, seseorang peguam patut menilai kes-kes yang dia ambil untuk dibela.
Tambahnya, peguam perlu diingatkan bahawa pembelaan perkara batil akan memenangkan pihak diwakili tetapi menzalimi pihak yang ditentang.
Kezaliman tersebut akan dituntut dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
“Jika ia membabitkan harta atau nyawa atau maruah atau apa sahaja, maka doa pihak yang dizalimi akan memburu orang yang zalim.
“Kehidupan itu bukan sahaja di mahkamah, tetapi di luar mahkamah ada kehidupan sebenar peguam itu sendiri.
“Demikian kehidupannya di akhirat. Allah tidak lupa kepada orang yang zalim. Maka berhati-hati bagi setiap kes yang diambil dan dibela agar tidak menzalimi pihak yang lain,” kata Mohd. Asri.
https://malaysiagazette.com/2022/04/19/berdosa-peguam-bela-pihak-yang-salah-wang-diterima-haram-mufti-perlis/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mungkin pendapat 'undang2 konvensional' berbeza...cuma canna nk 'citer' bab org islam yg terlibat dgn undang2 konvensional ni..drp perspektif Islam??? |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti dia ulang jawab
Saya buat sukarela selepas meneliti dokumen kes
Saya dah dengar cerita dedua pihak
Tiada bayaran diterima so halal hahahahaha
Jangan lupa dia libas sambil joget |
|
|
|
|
|
|
|
Kes bella jer berani bunyik..masa kes wak jahid,jibi...ada pak mopti sound macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
I rasa maza start berani bunyi start drp apaknya sakit....seblm ni mcm lunak lg...so hopefully klu ada kesalahan pihak pemerintah mahupun politikus lain..maza jgn diam diri ya |
|
|
|
|
|
|
|
peguam bela ni mesti ada sifat husnuzon yg tinggi. kalau iols ni mmg x boleh la jd peguam bela.. |
|
|
|
|
|
|
|
Peguam akaun artis youtuber mmg |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jer lawyer hidup kucar kacir. Nampak mcm ok tapi kecohrable life family. Mcm kena sumpah dengan orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingeramdhan at 19-4-2022 03:01 PM
Pictures that paint thousand words...lawyers of varying magnitudes
[youtube]dz_jNHNywwo[/youtube]
[youtube]mjIGrfkcD8c[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
I'm sure dia faham apa fungsi peguambela.
The problem is when people fight, they fight to win.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan dia ulas jawapan bbrapa peguam yg tanya dia,
kalu ko hadap jawapan isu zahid ke apa, pi la tanya maza |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 19-4-2022 03:03 PM
I'm sure dia faham apa fungsi peguambela.
The problem is when people fight, they fight to win.
Dia nak beri gambaran si penjenayah sila ngaku salah saja....jgn engage serta palitkheun peguam utk membelanya at the expense of tanggung dosa seorang pelacur....
Iteww maksud tersurat dan tersiratnya kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
Peguam najibun tersunyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Ditanya pasal bella, takkan nak jawab pasal jahid. Korang ni pung... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada peguambela share evidence sembunyi2 dgn pendakwaraya sbb xnak anak guam dia mng. Maybe sbb rse brsalah ke apa xtau. Satu lgi yg zalim ni, saksi palsu/yg bgi keterangan palsu. tup2 pnjenayah trlepas. Or yg xbersalah dhkum. N hakim yg ambik rasuah. Mak kwan iol kerani stu mhkamah ni, dia kata byk je cubaan duit bwah meja. N nasib baik dorang xtrima. Huhu. Respek. |
|
|
|
|
|
|
|
Drmu replied at 19-4-2022 05:25 PM
Ada peguambela share evidence sembunyi2 dgn pendakwaraya sbb xnak anak guam dia mng. Maybe sbb rse b ...
The case boleh dibakulsampahkhen jika benar perkara seperti ini berlaku dan boleh dapat dibuktikheun..sharing informations to give advantage to the other party.... |
|
|
|
|
|
|
|
anak aku taknak ambik course undang2 sbb kata kata macam ni.
susahla weiii kalo org islam semua takmo jadik lawyer. amende la.mufti pun...pikirla masa depan career lawyer lawyer islam semalaysia dgn ulasan camni. mendela. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-4-2022 01:37 AM
Mopt pun dah bangang?
Macamana tau bersalah jika ianya tidak di adili dahulu?
Maaflah saya baca tajuk sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
stingeramdhan replied at 19-4-2022 05:29 PM
The case boleh dibakulsampahkhen jika benar perkara seperti ini berlaku dan boleh dapat dibuktikhe ...
Yup.
Harslah ada pkatan konspirasi dblakang |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 19-4-2022 01:24 PM
Kes bella jer berani bunyik..masa kes wak jahid,jibi...ada pak mopti sound macam ni?
Pak mopti bersuara apabila beliau diajukan soalan
Bukan saje2 nak bg komen |
|
|
|
|
|
|
| |
|