CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 634|Reply: 5

[Tempatan] Wanita tidak dilarang pakai jam tangan emas

[Copy link]
Post time 19-4-2022 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Wanita tidak dilarang pakai jam tangan emas

https://www.utusan.com.my/nasion ... ai-jam-tangan-emas/

Oleh AMREE AHMAD
19 April 2022, 4:21 pm


TANGKAP layar mengenai persoalan hukum wanita memakai jam tangan emas yang disiarkan laman sesawang PMWP semalam.

PUTRAJAYA: Golongan Muslimah sebenarnya dibolehkan dan tidak dilarang untuk memakai jam tangan yang diperbuat daripada emas bagi tujuan perhiasan diri atau sebagai aksesori.

Demikian pencerahan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi Irsyad Al-Fatwa yang dimuat naik dalam laman sesawang rasmi agensi berkenaan semalam.

“Ia tidak termasuk kategori peralatan perkakas kerana pengharaman emas bagi perempuan hanya melibatkan isu bekas makanan dan minuman seperti pinggan dan mangkuk. ijmak ulama turut bersepakat mengharamkan penggunaan bekas buatan emas dan perak itu untuk kegunaan makan dan minum tidak kira sama ada lelaki atau wanita, Bahkan azab dahsyat akan menimpa sesiapa yang minum daripada bekas diperbuat daripada dua logam itu berdasarkan hadis Rasulullah SAW diriwayatkan Ummu Salamah,” jelas agensi itu.

Jumhur ulama juga melarang segala jenis perkakas lain yang berasal daripada emas dan perak bagi kegunaan bersuci, mandi, sebagai bekas bara atau untuk kencing terus ke dalamnya, begitu juga penggunaan sebagai bekas celak selain tali pinggang yang menghiasi rumah atau kedai serta bekas perkasas itu dijadikan pula sebagai perhiasan dalam acara majlis tertentu.

Umat Islam juga diingatkan, mereka yang makan dan minum daripada perkakas dua logam itu menyerupai amalan orang kafir berdasarkan hadis Nabi SAW diriwayatkan Huzaifah alYaman.

Takrif perkakas daripada perkataan ina’ dalam bahasa Arab yang digunakan pelbagai hadis tersebut menurut kamus Mu’jam al-Wasith merujuk kepada mangkuk untuk makan dan minum.

“Wanita boleh memakai jam tangan emas yang diharuskan bagi tujuan perhiasan semata-mata, manakala untuk lelaki pula, hukumnya masih kekal adalah haram. Ini berdasarkan hadis diriwayatkan Abi Musa yang memetik sabda Rasulullah SAW bersabda bahawa telah dihalalkan emas dan sutera bagi wanita tetapi diharamkan bagi lelaki,” katanya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 06:21 PM | Show all posts
Teringat dahulu kawan saya setelah beberapa tahun memakai…baru dia tau jam tangan pemberian sultan Brunei tu sebenarnya adalah di perbuat daripada emas.

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 06:26 PM | Show all posts
Ia tidak termasuk kategori peralatan perkakas kerana pengharaman emas bagi perempuan hanya melibatkan isu bekas makanan dan minuman seperti pinggan dan mangkuk


i baru tahu ini. terima kasih atas perkongsian
walaupun memang tak kan mampu makan dalam bekas daripada emas tulen
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua telefon bimbit ada mikrocip yang litarnya diperbuat daripada emas, tak kira lelaki atau perempuan, semuanya akan pakai emas

Emas pulut dakap tersenyum sinis



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham betul zaman sekarang ni semua nak ditanya semua yg remeh temeh nak confirmation.  Adakah melayu is the new yahudi?  Disuruh sembelih seekor lembu mcm2 ditanya nya.  Last2 jatuh haram padan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 09:57 AM | Show all posts
ctaf replied at 20-4-2022 09:33 AM
Ia bukan isu remeh tau..ni org ada tanya sebab ada sorg ustaz cakap haram pakai jam emas..dia yang ...

pasal terlampau ramai ustaz..lepas tu masing2 tk sama kepala.  Kenapa pula tak boleh pakai emas padahal punya berzaman emas dihalalkan dipakai untuk perempuan.  tiba2 tak boleh lak pakai jam emas merepek ke apa.  Itu yg i cakap, perkara remeh temeh segala nak ditanya...esok2 spendar coli jenis apa pun tanya ustaz boleh pakai ke tak.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.293539 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list