CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4233|Reply: 39

[Jenayah] Video tular Bella ditemui dalam keadaan luka ditayangkan di mahkamah

[Copy link]
Post time 20-4-2022 02:56 PM | Show all posts |Read mode

Siti Bainun hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Video tular Bella ditemui dalam keadaan luka ditayangkan di mahkamah

KUALA LUMPUR – Video tular kanak-kanak Sindrom Down Bella ditemui di sebuah kondominium pada 24 Jun tahun lalu yang dirakam oleh saksi pendakwaan pertama ditayangkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Bagaimanapun peguam Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor memohon galeri awam dikosongkan dan hanya hakim, pendakwaan dan pembelaan dibenarkan memandangkan Bella merupakan kanak-kanak bawah umur dan dilindungi.

Hakim Izralizam Sanusi kemudian membenarkan permohonan peguam yang kemudian galeri awam itu dikosongkan.

Sejurus selepas prosiding bermula, melalui rakaman video, peguam itu bertanya kepada saksi itu Yasmin Nahar Mahmood, adakah di dalam video tersebut Bella ada menyebut nama Siti Bainun, saksi itu berkata ‘tidak’.

“Dalam video itu, Mommy (saksi pendakwaan pertama Zurianty Sudin) ada bertanya kepada Bella siapa ikat dan Bella mengatakan ‘Shomin’.(Yasmin) Betul? ” tanya peguam itu, Saksi itu mengatakan ‘betul’.

Dalam prosiding sebelum ini Yasmin mengesahkan panggilan Bella kepadanya adalah Shomin.

Dalam prosiding lalu, Zurianty yang juga rakan baik Siti Bainun, menafikan rakaman video yang diambil itu untuk ‘leak’ (bocor) atau disebarkan dalam media sosial selain untuk mendapatkan perhatian umum.

Zurianty turut mengakui bahawa dua laporan polis dibuat masing-masing pada 24 Jun dan 1 Julai 2021 bertujuan supaya Siti Bainun ditangkap selain bersetuju dengan cadangan peguam, dia menulis ‘hari -hari’ di laman sosial Facebook ‘counting days’ (menghitung hari berhubung kes Bella).

Terdahulu dalam prosiding sama saksi pendakwaan kelima itu menafikan bahawa segala keterangan yang diberikan kepada mahkamah adalah untuk ‘mengenakan’ Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali supaya dimasukkan dalam penjara.

Yasmin Nahar Mahmood, 19, turut menafikan bahawa semua keterangannya adalah palsu  selain dia dan ayahnya telah dibayar.

Ketika ditanya soalan cadangan peguam Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor bahawa saksi itu menipu sejak hari pertama memberi keterangan, saksi itu tidak bersetuju.

“Saya cadangkan Yasmin menipu dari hari pertama, supaya Bainun dimasukkan penjara? Yasmin setuju?, soal peguam, saksi itu berkata ‘tidak setuju’.

Dalam pada itu, semasa prosiding peguam turut menyanggah keterangan saksi tersebut yang mengatakan lutut Bella telah dipijak oleh Siti Bainun.

“Dalam laporan perubatan doktor mengesahkan lutut Bella tidak patah, berat Siti Bainun 150 kilogram (kg), saya cadangkan ini penipuan ke – 26 Yasmin,”  kata peguam itu lagi dan saksi mengatakan ‘tidak setuju’.

Perbicaraan bersambung lagi petang ini – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ratus kilogram berat badan bainun ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 03:09 PM | Show all posts
semoga Allah membuka kebenaran dibulan mulia ini...amin
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
150kg berat iblis gundu ni? Ya Allah motif tak mati kena kobid dulu? Ternyata teori KKM salah? So nak kena patah dulu la lutut si Bella tu baru Bainun tu boleh dikatakan bersalah? Patulah laki akak balik2 merungut dulu undang2 civil ini sepertinya banyak mahu lindungi pesalah daripada mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa ni la akak hanya tengok gambar dan baca tajuk...

Betul ke berat dia ni 150kg...rasanya lebih...tengok keadaan badan dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2022 03:32 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 20-4-2022 03:06 PM
Berapa ratus kilogram berat badan bainun ni

3 biji PROTON SAGA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 20-4-2022 03:21 PM
lawyer aminahtul tu rupanya yg fames kt tiktok. dia yg buat mini love kt sebelah benon. smlm dak2 ti ...

Ohhh expert. Ingat kan bbnu perangai serupa gitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 03:37 PM | Show all posts
kenapa kt atas layout forum ni sebesar2 iklan siti nurhaliza skandal besar?
dgn muka tokti lagi
nk kena saman ke ape


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Peguam ni jugak yang pemes sekejap "hey si bodoh, dgr sini". Dalam media sosial gebang melindungi wanita dan kanak-kanak
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 03:44 PM | Show all posts
Fly_over replied at 20-4-2022 03:21 PM
lawyer aminahtul tu rupanya yg fames kt tiktok. dia yg buat mini love kt sebelah benon. smlm dak2 ti ...

rasanya ada peluang bainon lepas,
moga2 tidak la
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 20-4-2022 03:21 PM
lawyer aminahtul tu rupanya yg fames kt tiktok. dia yg buat mini love kt sebelah benon. smlm dak2 ti ...


Ye dia lead loyer benon merangkap bfffffff belon... ehh benon... Pon kabel politaik cekang jugak
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-4-2022 03:12 PM
150kg berat iblis gundu ni? Ya Allah motif tak mati kena kobid dulu? Ternyata teori KKM salah? So na ...

Org jahat memg susah namati kaka
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 03:50 PM | Show all posts
silap2 yasmin yg dituduh dera.. sbb bella sebut yasmin.. bukan bainun..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 03:55 PM | Show all posts
copy_paste replied at 20-4-2022 03:44 PM
rasanya ada peluang bainon lepas,
moga2 tidak la

lawyer main wayang dengan segala konar bukan untuk membuktikan benon tidak bersalah; tapi hanya untuk menimbulkan keraguan.

Game plan biasa loyar jenayah. timbulkan keraguan. biarlah tak masuk akal apa pon.

asal ada sekelumit keraguan, ok KPI tercapai. client either bebas atau hukuman cubit tangan je
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Fly_over at 20-4-2022 04:02 PM
darkness replied at 20-4-2022 03:39 PM
Peguam ni jugak yang pemes sekejap "hey si bodoh, dgr sini". Dalam media sosial gebang melindungi wa ...


yg carut masa pkp kedai tutup awal tu dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_PariS replied at 20-4-2022 03:50 PM
silap2 yasmin yg dituduh dera.. sbb bella sebut yasmin.. bukan bainun..

Ye, Sbnr nya peguam2 bela ni nk pusing fakta tu je, nnti peguam2 bainun tu ckp yg dera kemungkinan adalah 'saksi2' bkn bainun. Mungkin 'saksi2' akan dikambinghitamkan. Last2 peguambela boleh bg teori ' undetermine' , 'not concrete proof ' nk menjurus kesalahan tunggal kpd bainun. Xpun karang ckp mungkin dorg ckp bella yg cederakan diri sendiri.
Tp last year peguambela dia nama Aminahtul ada tersidang instead of dera, bainun ni more to pengabaian. Sbb last year bainun nk saman media ckp dia mendera . Ni aku copy paste.

"Perlu ditekankan pertuduhan yang dikenakan tiada kaitan sama sekali dengan penderaan yang dikatakan secara meluas sebelum ini sebaliknya ia hanyalah berkaitan dengan pengabaian."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok muka pun jenis jahat
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa perasaan loyer2 tu tgk bideo tu? Iols sampai menangis2 tgk video tu dorang tak rasa apa2 ke?
Anehnya laa ada loyer lain duk ckp budak2 lain pun ramai je kena dera hari2 pun ade kes dera.
Adakah sbb bukan anak korang maka tak rasa apa sgt? Mmg loyer yg keje membekap penjenayah ni hati kering2 belaka kan tak rasa empati kat mangsa sbb dorang tau nak keje dorang kena selamatkan okt sama ada selamatkan drpd tali gantung atau dapat ringankan hukuman.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bangsat punya lawyer
skang ko nak putar belit citer dan salahkan saksi lak ye..konon saksi yg dera bella
semoga hiduo loyer betina ni tunggang langgang dan sblm ko mampos,ko diazab ms hidup.
dgn budak 19thn yg x pernah jejak kaki ke court, bleh la ko nak manipulate dia ya
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 20-4-2022 04:00 PM
yg carut masa pkp kedai tutup awal tu dia ke?

Dia lah tu...elokla sangat bahasanya..si bodo dgr sini baik2 kekdahnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.061672 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list