CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 637|Reply: 0

[Politik] 'Hanya loyar buruk yang layan surat layang'

[Copy link]
Post time 22-4-2022 03:36 PM | Show all posts |Read mode
'Hanya loyar buruk yang layan surat layang'


Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. - Foto fail NSTP

KUALA TERENGGANU: PAS tidak perlu melayan isu PasLeak yang disifatkan sebagai surat layang bertujuan memfitnah parti, kata presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata, hanya golongan loyar buruk yang berminat untuk melayan surat layang berkenaan.

"Tiada keperluan PAS dan saya untuk membuat penafian selepas penjelasan sudah diberikan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kelmarin.

"Masalahnya siapa yang buat surat itu pun kita tak tahu, jadi tiada guna kita duk layan (melayan) surat layang ini, nanti kita sama-sama melayang," katanya.

Abdul Hadi berkata, hanya yang loyar buruk akan melayan surat layang, kerana dari segi undang-undang pun tidak lekat untuk diambil tindakan.

Mengenai laporan polis dibuat oleh peguam Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Hadi berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berhak membuat laporan polis, tetapi PAS kekal dengan pendirian untuk tidak melayan isu itu.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keratan didakwa minit mesyuarat PAS yang merancang untuk menjatuhkan UMNO dan BN termasuk rancangan menyegerakan usaha untuk memasukkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi ke penjara.

Beberapa nama pemimpin UMNO termasuk Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dikaitkan dengan gerakan menjatuhkan UMNO, BN.

Bagaimanapun Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu yang turut dikaitkan dengan perkara itu, kelmarin menyifatkannya sebagai 'dokumen sampah' dan tidak perlu dipercayai kerana dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

BH telah menghubungi beberapa nama yang disebut dalam dokumen itu tetapi setakat ini belum mendapat penjelasan mereka.

Antara semua nama yang disebut, setakat ini hanya Samsuri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang menafikan kesahihan dokumen itu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -layan-surat-layang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.034627 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list