View: 1487|Reply: 12
|
[Jenayah]
Nenek 73 tahun ditahan, dadah yang dirampas boleh digunakan 10,300 orang
[Copy link]
|
|
IPOH: Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun diberkas dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di sebuah rumah di Taiping, Perak, pada Rabu.
Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, polis menjumpai satu bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat satu kilogram dan 30 bungkusan plastik mengandungi bahan dadah disyaki heroin, anggaran berat 450 gram.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, turut dirampas peralatan membungkus dadah dengan nilai keseluruhan dadah yang dirampas ialah RM115,750.
"Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek adalah negatif dan suspek juga tidak mempunyai rekod sabitan lampau. Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh lebih kurang 10,300 orang penagih dadah.
"Dadah tersebut disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan. Suspek telah direman selama lima hari bermula daripada 21 April 2022 sehingga 25 April 2022. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati," katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh, pada Jumaat.
Menurutnya, dalam satu serbuan berasingan pada hari yang sama, polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di Bandar Seri Botani, Ipoh dan menjumpai dadah disyaki heroin dengan anggaran berat 3.1 kilogram, bernilai kira-kira RM111,580.
Katanya ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine di samping mempunyai empat rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.
Suspek direman enam hari sehingga 26 April dan kes juga disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/nenek-73-tahun-diberkas-bersama-dadah-145-kilogram-358087
|
|
|
|
|
|
|
|
Nenek tu tukang simpan..
xpun dibayar mengaku salah..
She lived her life..
Kne gantung ke pape nanti tokey dadah tu bg duit ke anak cucu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nek, ko dipergunakan? Atau Dr muda Nek buat kerja kutuk ni? ..hmm xtau NK Komen pe..bertaubatla Nek diakhir usia ni..even Klu Nek dianiaya.. taubat la juga .SBB sbg Muslim..Kita sgt2 digesa untuk buat solat taubat even sekali seumur hidup .begitu jua DOA dijauhkn penyakit ahmar.. kite digalakkan berdoa even sekali seumur hidup.. sekian tazkirah Malam msh muda.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah kenapa aku rasa nenek ni tak bersalah |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek sapa ni
Pandainya buat duit
Ke accidently dok dlm umah tu masa kena rush |
|
|
|
|
|
|
|
kot lawyer dia boleh guna hujah..nenek dah tua,dh nyanyuk..dia tak tau/igt/sedar secara waras benda yg dia buat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nek oi.. knp la buat kerja terkutuk ni. Aishhh! |
|
|
|
|
|
|
|
Yang paling pelik tu mumia fossil atokcow ijau ron97tahun tak nyanyuk-nyanyuk lagi! |
|
|
|
|
|
|
|
umoq mcm tu boleh kena gantung lagi ka? sebat juboq pon ikut umoq |
|
|
|
|
|
|
|
Kena naya cucu dia kot nenek tu |
|
|
|
|
|
|
|
..ni kamben itam nii.. normal laa mat dadeh expert tipu. Kalau x reti tipu, x yahh men dadeh kek dah nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya..melayu ke cina ke india?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Rohana replied at 22-4-2022 11:36 PM
Nek oi.. knp la buat kerja terkutuk ni. Aishhh!
apa cu..nenek ta igt la cu nenek lupa la...dh nanyuk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|