View: 505|Reply: 1
|
[Tempatan]
200,000 tiket bas habis dijual. Byk permintaan utk balik naik bas tapi pemandu pulak tak cukup
[Copy link]
|
|
Aidilfitri: Permintaan tinggi, pemandu bas pula kurang
Oleh ARIF AIMAN ASROL
24 April 2022, 7:39 am
PETALING JAYA: Lebih 20,000 tiket bas melibatkan perjalanan seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu bermula 26 April hingga 2 Mei ini habis dijual sekali gus menandakan permintaan terhadap perkhidmatan itu mencapai 100 peratus.
Yang Dipertua Persatuan Bas Ekspress Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa), Laili Ismail berkata, destinasi desa yang paling tinggi mendapat permintaan adalah ke kawasan Pantai Timur dan Utara.
Katanya, permintaan perkhidmatan bas meningkat lebih 50 peratus berbanding hari biasa yang melegakan pengusaha-pengusaha bas selepas memasuki fasa endemik.
“Lebih kurang 55 trip bas pada Aidilfitri ini dilaporkan setakat ini. Ia jumlah perjalanan dari seluruh negara iaitu Kuala Lumpur hingga Alor Setar untuk pulang ke Kota Bharu, Kelantan.
“Dengan permintaan yang drastik ini, masih ada masalah belum diselesaikan iaitu dari segi pemandu bas. Kita masih kekurangan pemandu jadi sukar untuk memenuhi permintaan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.
Jutaan penduduk dijangka pulang ke kampung masing-masing menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, awal bulan depan selepas dua tahun tidak dapat pulang beraya ekoran pandemik Covid-19.
Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Gabungan Bas Malaysia, Thiagarajan Renganathan menjelaskan, penambahan bas mungkin tidak dilakukan dengan skala besar ekoran kekurangan pemandu.
“Selain disebabkan ketiadaan pemandu, banyak pengusaha bas sudah mengangkat ‘bendera putih’ semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Malah, ada yang risau terhadap permintaan menurun kerana hanya beberapa laluan sahaja yang mendapat permintaan tinggi, jadi mereka tidak mahu mengambil risiko,” ujarnya. – UTUSAN
HABIS
RAMAI penduduk dijangka pulang ke kampung masing-masing menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, awal bulan depan selepas dua tahun tidak dapat pulang beraya ekoran pandemik Covid-19. – UTUSAN
sumber: .utusan.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu bas dah balik kampung terlebih dahulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|